Anda Berani Atau Tidak?
Satu pertanyaan buat anda samada anda seorang yang berani atau tidak? Maksud saya, berani untuk gagal… Saya pernah jumpa dan bersembang dengan Billi Lim iaitu penulis buku “Berani Gagal” atau Dare to Fail yang famous tu. Kata beliau buku tersebut kini telah terjual lebih dari 4 juta salinan di seluruh asia tenggara.
Fuh..4 juta salinan tu. Caranya promosi dan pemasaran yang agresif ia tidak mustahil.Lagipun bukan di Malaysia sahaja.Cara yang digunakan juga lain daripada yang lain.Ketika orang bercerita tentang kejayaan,dia pulak bercerita tentang kegagalan. Namun,kegagalan tidak dapat dielakkan untuk berjaya. Tanya lah siapa yang sahaja yang berjaya, mereka pasti pernah merasa kegagalan sebelum mencapai kejayaan mereka.
Buat sesuatu kelainan. Trend sekarang ni media dah mula buat portal hiburan seperti Gua.Com.My dan Murai.com.my . Mungkin mereka dah sedar internet merupakan media paling berpotensi tinggi untuk hiburan dan perniagaan atau dengan ayat mudah perniagaan hiburan. Ia adalah gabungan hiburan+perniagaan.
Mereka akan bersaing sesama sendiri untuk menjadi portal hiburan online yang paling hot. Mereka dibelakangi oleh media yang besar.Jadi kos pengiklanan mereka pun besar. Jika Gua adalah dari Media Prima, manakala Murai dari Astro. Semua syarikat besar memayungi mereka. Kalo anda dapat bangunkan sesuatu yang bagus, mungkin kumpulan ini akan membeli laman web anda. Saya jangkakan mereka akan menjadi seperti Google dan Yahoo dimana mereka membeli syarikat yang berpotensi tinggi.
Ataupun anda bangunkan untuk komuniti antarabangsa lagi bagus. Mungkin ia menarik minat Google,Yahoo atau Ebay untuk membelinya.Tapi pastikan ia adalah unik dan digunakan secara meluas di internet. Siapa tahu anda mendapat satu jackpot dimana gergasi tersebut membeli laman web anda. Siapa tahu bukan?
Persoalannya, adakah anda berani untuk membuat kelainan? Mungkin orang boleh menerimanya atau ia akan menjadi satu projek yang gagal. Tapi ingat, kegagalan akan membantu anda bangkit kembali. Jangan mengangap kegagalan sebagai penamat. Malah usahawan berjaya pun pernah gagal.
p/s: Ada lagi yang tertukar saya dengan team saifulsham. Kami adalah individu yang berlainan. Bukan adik beradik atau pape.Tapi kami adalah sahabat dalam perniagaan internet.Saya kenal mereka,mereka kenal saya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






10 Responses to “Anda Berani Atau Tidak?”
By kita on Jan 6, 2008 | Reply
masalah berani atau tidak sesuatu soalan yang unik.Bagi pendapat saya, kalau kita berseorang peratus untuk takut itu tinggi , kalau kita berkumpulan peratus takut rendah
By SyedHafidz on Jan 6, 2008 | Reply
Saya ada buku “dare to fail” Billi Lim..
memang saya kagum dengan buku yang dihasilkan..nichenye adalah kegagalan…
By sham on Jan 6, 2008 | Reply
memang best Billi tu..Banyak idea & bersungguh sungguh..
Kalo sembang dgn dia,dia suka tepuk orang.. Style cina kampung skit la dia
By edyanie on Jan 6, 2008 | Reply
o, baru tau murai.com.my astro punyer..
patut banyak pulak modal iklan kat surat khabar..
By sham on Jan 7, 2008 | Reply
Astro sedang mencabar Media Prima dalam online entertainment plak…
Tapi Gua.com.my lagi mengila iklan dia..merata rata kalo kat KL ni,LRt,bill board,tv,paper & etc..
Kelemahan astro sebab dia adalah stesen yang berbayar,jadi yang subcribe jela terdedah dengan murai tu..
saya tengok murai.com.my lebih mcm blog je..
By Han on Jan 7, 2008 | Reply
slmt pg sham…
gua.com.my dan murai.com.my tu…mesti banyak modal utk dia kuarkan…
utk kes berani ke tidak tu,
bukan senang nak org beli web kita…hehe
tambah lagi kalau nak unik…fikir pun tak terkeluar…
kalau ada pun modal beribu2…
By titan on Jan 7, 2008 | Reply
Bagi aku, kalau nak berani. Kenalah bertempat. Takkan main redah bodo camtu je..
So, kenela selidik dan wat research apa2 yg patut..:D
By sham on Jan 8, 2008 | Reply
tak mustahil kalau ada berjuta komuniti,diorang akan beli kalo benda tu unik..
youtube start dari garage je..banyak biz berjaya kat us hanya start dari garage je..
By abdfatah on Jan 11, 2008 | Reply
hek eleh tertukau lagi sham dengan saifulsham.
hafsham noorhisham takder ke?
By abdfatah on Jan 11, 2008 | Reply
nampaknya kena lakukan banyak kegagalan yang berguna dalam kehidupan. bukan gagal semata-mata gagal. gagal yang menguntungkan… memang bagus jugak merasai perit kegagalan yang berguna ittewww…