Raja Adsense

Hampeh Tul Advertlets

Written on January 6, 2008 – 1:11 am | by sham |

Saya just buang semua kod advertlets dari blog ni. Kod dia menggangu blog ni & redirect ke site suruh renew domain. Dah la baru ni saya ada buat post pasal pengiklanan di blog dengan nuffnang,advertlets dan nufflets. Sekarang saya tarik balik la apa yang saya tulis tu. Sabri Saifulsham email saya mengatakan blog saya digangu advertlets bukan kat luar je,kat dalam admin panel blog ni pun dia kacau sehinggakan saya terpaksa remove cepat cepat kerana saya gunakan plugin untuk letakkan kod advertlets sebelum ni.

Ada ke patut domain Advertlets expired dan tak direnew lagi sedangkan dah 3 hari expired. Mereka dah dapat banyak duit dari iklan.Rasanya beberapa orang je yang dah dapat duit dari Advertlets tu. Kat Wangcyber dah bising mengatakan Advertlets dan Nuffnang adalah scam. Ini adalah kerana ada yang request dari bulan November still tak dapat lagi duit mereka..hohoho.Kesian…

Saya sukakan konsep yang mereka bawakan.Bila dah jadi macam ni, pandangan saya dah berubah terhadap pengiklanan yang mereka buat. Mereka hanya nak meminjam trafik dari blogger saja nampaknya. Nasib baik la income dari advertlets ni tak seberapa sangat. Tak kisah sangat la.Saya just geram bila dia kod dia kacau blog ni je.

Kalo advertlets dipulihkan balik pun,saya takkan letak dah kod advertlets tu.Takkan nak bayar domain yang harga beberapa dollar tu pun tak mampu. Memang diorang nak lari kot. Duit blogger tak yah bayar,kaya la Josh Lim tu. Nak kata haram, dia tu cina..Kisah apa halal haram..Lantak dia la, kalo ada blogger saman dia pun best jugak ni.

Sapa yang rugi beratus ratus tu berpakat la wat report polis & saman. Saya tak kisah sangat sebab dalam tu ada tak sampai seratus. Sekarang berita Advertlets menjadi isu panas dikalangan blogger selain isu Chua Soi Lek bagi blogger politik.Bagi saya tak kesan pape pun sebab saya memang tak sukakan politik ni apatah lagi nak berblog tentang politik.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 14 Responses to “Hampeh Tul Advertlets”

  2. By naem on Jan 6, 2008 | Reply

    saya pun naik geram jugak ngan advertlets ni. Nak acces masuk diariadsense..takleh..

    sebelum tu,saya masuk direct terus ke dashboard.Tak perasan kata dekat homepage dah redirect ke domain expired tu..Patut le takde orang tinggalkan komen lansung kat blog sy.

    kemudain bila saya remove semua advertlets code, ok balik..tup2 ada 2 komen terbaru masuk.Leceh sungguh advertlets ni.

    ps: setakat ni, saya rasa Nuffnang je la yang ok.

  3. By kita on Jan 6, 2008 | Reply

    nasib baik saya perasan awal-awal..terus buang kod tu..tu ler cara orang kita berniaga….

  4. By SyedHafidz on Jan 6, 2008 | Reply

    Patutla blog sya takleh bukak…
    mati2 saya ingatkan yang blog saya kena hack @ serang virus…
    tp bula masuk ke akaun boleh pulak..
    :)

  5. By saiful on Jan 6, 2008 | Reply

    memang hampeh pun..hu hu..dah jadi satu kerja lak nak buang semua kod tu…

  6. By JimieRay on Jan 6, 2008 | Reply

    Fuhh…Nasib baik sehari sebelum pelancaran ebook Jaga Kesihatan tu saya dah buang iklan dia kat blog Jaga Kesihatan atas nasihat sifu. Kalau tidak memang mendatangkan masalah.

  7. By naem on Jan 6, 2008 | Reply

    tak sangka kes macam ni boleh jadi. Dah ada kredibiliti sendiri, buat kes macam ni plak. Kan dah jadi satu kerugian.

  8. By smartzul on Jan 7, 2008 | Reply

    Saya dari sejak awal lagi tidak ‘berminat’ dengan program-program sebegini. Lagi2 masih baru. Banyak lagi sumber income yg lebih menguntungkan.

    Dalam kes Advertlets ni, saya letak beberapa hari je iklan diaorang sebab sy tak nampak apa ‘kelebihannya’ dari sudut jangka masa panjang.

    Nak join program buat duit boleh, tapi join lah yg sudah terbukti dan berpengalaman seperti Google Adsense.

    Saya juga kurang minat letak iklan yang kurang menguntungkan & menjadi ‘paip bocor’ untuk trafik di blog saya. Blogger mesti bijak sebaik mungkin untuk optimize pengunjung blog. JANGAN bagi kat orang lain mudah-mudah bgtu sahaja.

    Scam tak semestinya tak bayar, tapi ada trik tersendiri. Hanya yang bijak boleh elak menghidu benda-benda Scam sebegini dari saat awal lagi.

    Apapun, kita tengoklah cerita sebenar pasal Advertlets ni. Betul2 SCAM atau apa masalah yg sebenarnya.

    Wallahu ‘alam.

    ps. Mempunyai produk sendiri lagi best. Tak gitu Sham? :D

  9. By titan on Jan 7, 2008 | Reply

    Ehm..aku cuba je. Dapat atau tidak. Itu belakang kira. Kalau tak cuba, kita takkan tahu apa-apa..

    Tapi aku terpakse buang gak Advertlets. Sori Josh, i need to said good bye.

  10. By abdfatah on Jan 11, 2008 | Reply

    saya dari dulu lagi dah cop pengiklanan begini nak tarik traffik dari blog aje. saja je nak cuba tengok…

    kecuaian yang tak sepatutnya…

    pinjam traffik kejap boleh? nak buat iklan kat blog anda… boleh gitu?

    takpe laa nampak gayanya terpaksa laa jugak kena buang iklan pinjam traffik orang. biarkanlah dulu… daku sudah rajuk dengan advertising pinjam traffik blog orang nih. nak tarik pembeli dari traffik blog laa tuuu…

  11. By reezluv on Jan 15, 2008 | Reply

    erm..pasal advertlets ni aritu saya pun ada kena..so..totally removed je..saya masukkan banner produk saya dan free ebook saya je..senang..

  12. By kuasadua on Jan 15, 2008 | Reply

    Saya pun mula2 ingatkan PC saya ni kena sppyware, ialah nak buka blog saya pun dia redirect ke web lain..Sampailah perasan sumer PC pun mcm tu jugak..Rupa2 nya advertlets yg buat hal..Betul2 mengganggu traffic yg nak ke blog..

    Satu lagi program advertlets ni tak memberi pulangan sangat pun..Rasanya baik tak payah letak jer…

  1. 3 Trackback(s)

  2. Jan 6, 2008: PELUANG PERNIAGAAN INTERNET » Domain Advertlets Expired ?
  3. Jan 17, 2008: Koleksi Karenah Pelanggan | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet
  4. Mar 5, 2008: Open Case : Advertlets Titan Tak Best! -- EarnCent.com

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan