Raja Adsense

Kriteria Laman Untuk Iklan

Written on January 10, 2008 – 2:47 pm | by sham |

Lama jugak tak update blog ni..4 hari saya wat research balik untuk buat ebook baru..bahan dah ada,cuma terkonfius sebab jadi mcm terlalu advance. Saya kena pecahkan la nampaknya. Asas dan Intermediate.Untuk advance,belum lagi kot, tunggu saya dapatkan profesional certification dulu la baru layak untuk buat yang advance.

Saya juga akan offer service selain ebook nanti. My target ialah syarikat yang berminat. Saya dapat banyak offer untuk buat laman web. Saya hold dulu bagi menyiapkan apa yang patut dulu. Jika tidak,saya akan “cram” di tengah jalan. Ia memerlukan proper planning.

Bahaya jugak kalo terlalu banyak idea nak buat. Saya kena pecah satu per satu dulu la. Dah capai satu target, baru gerak ke peringkat seterusnya. Saya kena siapkan peringkat pertama pada Januari ini jugak walaupun dah jauh terlepas target awal atas sebab sebab tertentu. Saya pada awalnya dah outsource, tetiba bila nak due..cakap tak mampu buat.. Sabor jela..

Terpaksa la saya buat dari awal,kene research dulu,buat rangka, menulis,copy writing & etc terpaksa saya buat sendiri…Saya akan hati hati skit lain kali.

Berbalik kepada topik asal, apakah kriteria untuk iklan online ni? Saya cerita la skit asas iklan online ni.Kriteria yang perlu anda pastikan ialah

  1.  Niche
    Anda perlu kenal pasti apakah niche atau kecenderungan laman web tersebut.Pilih yang berkenaan dengan produk kita. Kalo ia sememangnya direktori pengiklanan, tak pe.Tiada masalah sebab memang tujuannya adalah untuk iklan. Kini direktori iklan tumbuh macam cendawan selepas hujan. Kalo rajin,boleh postkan semua.Kalo malas, outsource je kepada siapa yang berminat. Kalo yang takde keje tu,leh la buat servis submit iklan kat direktori iklan Malaysia.
  2. Traffic Ranking
    Penting ni. Anda boleh gunakan Alexa.com untuk tentukan ranking laman web tersebut. Cari la yang mempunyai ranking yang tinggi. Maksud saya rendah kat Alexa. Ranking kat Alexa terbalik skit.Laman web yang mempunyai nombor yang rendah adalah laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.
  3. Harga
    Pastikan harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu untuk anda. Jika anda mampu iklan, RM10 seminggu cari yang jarak harga tu.Kalo anda mampu iklan RM500 seminggu, cari yang sesuai.Jika boleh pelbagaikan tempat anda iklan, cari yang paling berkesan.
  4. Jenis Iklan
    Pastikan jenis iklan yang ditawarkan. Jika mereka menawarkan iklan teks dan banner. Boleh cuba kedua duanya. Buatkan banner yang berkesan. Gunakan ayat yang menarik minat perhatian orang untuk melawat laman web anda.Ada sedikit percangahan pendapat tentang iklan teks atau banner yang yang lebih baik. Bagi saya, kedua duanya baik jika anda mampu mencetus hati dan perasaan orang untuk klik iklan anda.
  5. Kaedah Pembayaran
    Pastikan kaedah pembayaran mudah. Jika mensyaratkan macam macam.Jangan iklan lagi senang. Ini adalah iklan online, jadi jika ia menyusahkan anda. Cari yang lain.Biasanya mereka ada menyediakan pembayaran melalui perbankan internet dan pembayaran kad kredit.Pembayaran dengan SMS pun ada.

Itu adalah antara kriteria yang perlu anda ambil kira. Jangan biarkan mereka meyusahkan anda. Masa adalah emas. Jangan guna khidmat mereka yang menyusahkan anda. Itulah konsep perniagaan yang sebenarnya. Anda pantas, bagus..anda akan mendapat pelanggan dan kepercayaan.

Rasanya ramai yang tertunggu tunggu tentang bagaimana untuk buat iklan yang berkesan dengan Adwords. Tunggu ye. Nanti saya postkan..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Kriteria Laman Untuk Iklan”

  2. By SyedHafidz on Jan 10, 2008 | Reply

    Thanks abg sham,
    new info saya dapat hari nie…
    :)
    yang kelima 2, jarang2 jumpa…ada ke laman wab yang menysahkan org nak bayar?
    2 macam tolak rezeki je…

  3. By sham on Jan 10, 2008 | Reply

    Memang ada laman yang menyusahkan..contohnya dia guna e-gold,ebullion & etc.. hanya orang yang ada ecurrency tu je boleh..kalo tak kena beli fund..huhuhu

    kebiasannya orang lebih suka yang free…susah yang cari yang suka berbayar..:p

  4. By titan on Jan 11, 2008 | Reply

    Haha..Memang menyusahkan. Tapi terpulangla pada owner dia. Mungkin ada orang ada e-gold atau e-bullion. Diorang prefer beli pakai cara tu. Tak mustahil kan?

    Tapi biasanya, bagila yang normal cam maybank ke, cimb ke..

  5. By smartzul on Jan 12, 2008 | Reply

    Point ke-5 tu pun termasuk juga petua 3 klik. Jangan biarkan bakal pembeli klik lebih dari 3 kali untuk mula membayar. Kalau banyak sangat klik-klik, mereka pasti tak jadi membeli sebab ia membosankan, mengelirukan & ambil masa.

    Paling bagus ialah 1 atau 2 kali klik dan mereka terus boleh buat bayaran.

    Dan keterangan cara membayar juga perlulah jelas dan jangan mintak macam-macam info. Utama yang penting sahaja.

  6. By sham on Jan 13, 2008 | Reply

    Zul dah tambah dah perkara yang menyusahkan tu..:)

  7. By hafiza on Jan 14, 2008 | Reply

    satu perkongsian yang menarik. diharap dapat dimanfaatkan oleh semua

    Regards,
    hafiza
    http://www.eOneNet.com
    Internet Marketing company since 2000

  8. By saiful on Jan 14, 2008 | Reply

    Salam Sham,

    Apsal blog kau ni Page Rank dia kosong? pelik tu…

    p/s sori lari tajuk sikit

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :