Raja Adsense

Komisen Januari Selesai Dibayar

Written on January 16, 2008 – 5:22 pm | by sham |

Komisen Januari dah selesai dibayar. Tahniah kepada mereka yang berjaya membuat sales dari 16hb Disember 2007 ke 16hb Januari 2008. 2 tahun tu.:p

Saya dah cukup bengang skit pada hari ni. Ada lagi lagi orang yan tak tahu bezakan ebook dan book/buku. Yang paling menyampah ialah saya dah sent kat dia 7 kali ke email dia. Kejap tadi dia email maki maki. Perempuan tau bukan lelaki. Terkejut gak saya bila dia email macam tu.

Saya geram, saya hantar link download lagi 2 kali dengan email domain lain. Buat pertama kalinya saya gunakan email personal untuk email support. Biasanya saya akan reply dengan email domain berkenaan. Tapi bila dah berkali kali hantar, kata tak sampai ditambah kena maki. Agaknya dia tunggu posmen hantar kat rumah dia kot.

Saya reply elok la.Tak la maki balik sebab customer is always right. Kalo dia mintak refund pun, saya akan uruskan dengan segera. Macam macam perangai customer ni yang perlu dihadapi terutama yang tak pernah beli online & tak tahu pape. Bila ditanya beza ebook dengan buku,cakap tahu sedangkan tahu pun.

Ada sesetengah orang,mereka ingin menjadi profesor serba tahu. Tak tahu pun cakap tahu. Lepas tu,dia akan start menyalahkan orang lain akibat kekurangan diri sendiri. Saya pernah jumpa orang sebegini. Bukan secara online, tapi dunia nyata la. Sembang mcm pakar dalam semua bidang…sedangkan semua tak betul..huhuhuh

Kalo siapa yang pernah jumpa saya, saya ni tak suka cakap banyak & suka dengar orang bercakap pape. Bagi saya, tindakan adalah lebih penting berbanding hanya kata kata. Kalo tak tahu,saya dah cakap tak tahu. Tak semua benda saya tahu & tak semua benda saya boleh buat…Saya akui itu semua..

Langkah terbaik ialah perbaiki kelemahan diri. Saya kurang dalam public speaking,saya bukan natural speaker. Langkah saya, saya JV dengan orang yang selalu buat seminar. Jadi saya boleh belajar & mendapat pendedahan tentang public speaking dan public relation. Yang penting adalah kita perlu sanggup untuk belajar. Bukan jadi profesor serba tahu tapi tak tahu.

Jangan malu untuk belajar. Belajar di sekolah atau universiti adalah berlainan dengan belajar di dunia sebenar. Impak adalah lebih besar jika di dunia sebenar. Jika di sekolah atau universiti anda berada dalam kelompok yang sama iaitu sesama pelajar,rakan-rakan dan guru sahaja.

Bila di luar, anda akan jumpa la Dato’, Tan Sri dan mereka yang berprofil tinggi. Masing masing ada perangai masing masing. Jadi jangan malu untuk belajar. Saya rasa mcm nak sambung Master la. Rindu pulak zaman belajar. Dah masuk tahun ke 3 saya grad. Cepatnya masa berlalu…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Komisen Januari Selesai Dibayar”

  2. By titan on Jan 16, 2008 | Reply

    Ehm. biasala tu sham. Produk aku dulu pun camtu gak. Yang terbaru lagi best. Baca kat newsletter terang2 tulis e-book. Bila dah bayar dan beri bukti pembayaran. Dia siap SMS, bila e-book nak sampai rumah? Berapa hari? La.e-book smpai rumah email la. You kene download dari link yang diberikan.

    Pulak. Tanye2. Ini first time dia beli e-book. So, gelak jela sorang2. Sabar jela. Lelaki. Tak apa. Biasa dah benda2 camni..

    Aku rasa dia nak wat lawak kot dengan aku..:D

  3. By sham on Jan 16, 2008 | Reply

    maybe sebab ecover kot.. nampak mcm buku…:p

  4. By naem | DiariAdsense on Jan 17, 2008 | Reply

    dulu 1st time saya beli ebook ( ebook rajaadsense ), memang menunggu jugak la kat mailbox tu..hehehe..lastly baru terfikir nak check emel..ngeh2 masuk dalam emel rupanya..mujur tak jadi bengong lama2

  5. By irwan.dahnil on Jan 17, 2008 | Reply

    Mereka ni kurang pengetahuan mengenai online learning concept ni.

    Maybe Sham patut consider untuk tulis buku bercetak. So lepas ni, sapa2 yang rasa selesa dengan memegang buku, boleh beli buku. Sape suka dokumen digital, boleh dapatkan ebook..

    Bertambah la juga passive income :)

  6. By abdfatah on Jan 17, 2008 | Reply

    errr… mana komisen saya? takder? takpe laa lain kali laa pulok mintak komisen lagi…

    kehkehkeh… mintak komisen…???

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :