Koleksi Karenah Pelanggan
Kat WangCyber ada topik pasal koleksi Karenah pelanggan yang pernah dihadapi oleh usahawan internet.Ramai la yang menceritakan pengalaman masing masing termasuk saya. RajaAdsense.com kini dah hampir 2 tahun, lagi 3 bulan saya kena renew balik la Domain RajaAdsense ni. Jangan risau sebab saya biasa renew awal.Bukan macam Advertlets tu…
Ini adalah antara koleksi pengalaman saya dengan pelbagai karenah pelanggan.
1.Tak tau beza ebook & buku…Dah banyak sangat dah kena. Ada jugak yang kol tanya kat kedai mana ada jual buku..huhuhuh
2. Bayar dengan paypal, lepas tu minta link download sedangkan dh leh dapat terus lepas bayar. Malah ada yang sampai saya sent link download lebih dari 7 kali.Buang karen betul.
3.Minta refund, dah refund..pastu dispute dengan paypal.oh..
4. Nak jumpa, p la jumpa sebab nak bayar cash.Siap mintak diskaun lagi.Nasib baik ebook…
5.Beli ebook,dia nak tahu semuanya dari A-Z & jadi expert dari saya.Buat separuh jalan..tak leh buat blog..maki maki & minta refund. Saya refund je sbb tak nak pening kepala dengan customer mcm tu.Kalo perasan,ada dia bising kat forum saya.
6.Beli ebook, 4 hari lepas tu bising tak dapat income pape dari Adsense.Saya terus refund & cakap kat dia.Dia tak sesuai dengan adsense.
7.Email kat saya, mintak ebook secara percuma.Kalo dia dah berjaya baru bayar.
8.Beli ebook bulan Januari 2007, pada Disember 2007 minta refund. Saya buat tak layan je.Polisi saya refund dalam masa 30hari, bukan 1 tahun.
9.Beli ebook guna pos. Ebook lambat sampai,dia hantar surat jugak bagitau ebook tak dapat. Camana la nak buat duit di internet kalo tak reti guna email.Kusut kepala den..
10. Bulan 7 beli ebook, bulan 10 dok asyik email saya tanya pasal meta tag nak sumbat kat mana. Orang dah sampai ke angkasa dah..takpe la slow learner..huhuhu
11.Beli ebook.pastu nak personal coaching kat rumah dia.
12.Hantar surat tanya pasal adsense & internet biz. Dia bagi address & setem 20sen suruh saya reply. Sampai sekarang saya tak reply lagi.Kalo dia email dah lama saya reply.
13.Beli ebook, pastu nak saya buatkan laman web untuk dia…Kalo dia bayar takpe jugak kalo saya buatkan.Mengarah mcm mcm.
14.Email saya cakap dia ada masalah kewangan, nak kawin 2 bulan lagi.Biz rugi. Minta duit untuk makan…ohh..
15.Orang indon email nak ebook free. Dia nak buat laman web adsense untuk fakulti kat universitas dia..:P. dalam hati takkan universiti takde duit nak bayar untuk develop laman web.Macam macam..
16.Isi borang pengesahan bayaran PenulisEbook.com, lepas tu cakap nak ebook RajaAdsense.com.sedangkan saya dah hantar link download semua tu.
Ada yang lawak pun ada. Buat mereka yang baru dalam perniagaan internet, jangan cepat mengalah dan melatah. Jika ini terjadi kepada anda. Hadapi dengan bijaksana. Ini adalah asam garam dalam perniagaan. Tak semuanya indah.Ada jugakĀ bahagian pahit disebalik kemanisan.
Jangan jadikan ia sebagai halangan untuk anda berjaya.
Salam Usahawan!





15 Responses to “Koleksi Karenah Pelanggan”
By zuhairy on Jan 17, 2008 | Reply
Ni pernah berlaku kat saya. Time tu saya baru kenal internet biz ni….
Waktu tu Shuth ada buat offer jual sebundle ebooks dgn harga yg murah gak. Saya siap tanya dia lagi, kenapa tak sampai2 ebooks tu ke rumah melalui email lepas 2-3 hari.
Lepas dia bagitau kena download, baru saya faham..klu ingat dulu, ketawa sorg2,hehehe..
memang betulla, ecover tu nampak macam buku betul!Tu yang saya keliru tu,hehe
By kita on Jan 17, 2008 | Reply
seronok jugak baca yang zul tulis hari ini…macam-macam ragam erkkk…
By naem | DiariAdsense on Jan 17, 2008 | Reply
macam-macam keletah..mujur yang ni online..kalau jenis offline, tentu lagi haru biru..
By zaidi razali a.k.a edyanie on Jan 17, 2008 | Reply
huhu..banyak tuh ragam orang…biaselah, lain orang, lain ragamnya..yang penting, kita tangani dengan penuh bijaksana dan tenang sentiasa
By titan on Jan 17, 2008 | Reply
Kekadang. Rasa nak gelak pun ada. So, sabar ajelah ubat paling sesuai. Nak marah-marah pun bukan untuk 1 sen pun kan? Kan?
By SyedHafidz on Jan 17, 2008 | Reply
Yang no 15 2 mmg takleh tahan 2…boleh ke dia paham eBook tulisan bhasa melayu?
ssh 2 nak pahamm…
1 lg, universitas dia dah takde duit ke smpai nak kena join adsense cari duit…?
huhuhu
By Labanon on Jan 18, 2008 | Reply
Hehe memang lawak jugak baca karenah pelanggan nihs..
p/s: Bro check PM
By Abooain on Jan 18, 2008 | Reply
Ye, memang lawak kalau diingatkan karenah pelanggan ni….namun yang pasti kena sabar je le walaupun kekadang tu naik boring gak ….
By kakrozs on Jan 21, 2008 | Reply
zuhairy,awak mmg lawak..:-) xpela..org baru mmg biase la tu…nasib baik dlu saye blaja IT..1st time bace pasal ‘ebook’ saye x terkejut la, dan dapat bayangkan rupe dia camner,walaupun saye tau pasal ebook ni baru 3 4 bulan lepas..ade member saye pulak mmg takut betul pegang pc..apatah lg internet..klua ada popup msg je dah gelabah..pernah dia mintak cancel a/c friendster dia,coz dia kate,lpas ade a/c tu dia xboleh nak buka email dia
..heyy..kawan..kawan..mcam2
By Noorizam on Jan 21, 2008 | Reply
baru2 nih ada org beli ebook saya isi form… dalam form tulis bayar guna kad kredit..
kemudian call saya.. saya dah bayar guna kad kredit..
saya tanya macam mana? dia jawab, encik tolak lah dari kad kredit saya.. ohohohoho
saya cakap mana boleh saya tolak duit dari kad krdit dia macm tu je.. dia kena la call bank.. saya tanya kenapa tak bayar guna paypal..
saya tak ada paypal..
saya ingat encik tolak dari kad kredit saya..
owh…
kemudian hari, dia bayar guna maybank.. hehehe..
dia kata sori.. dia tak tau membeli online guna kad kredit.
By wanwma on Jan 21, 2008 | Reply
HAHAHAA…kelakar betul! Kalu tak jadi camni tak mencabar la pulak buat bisnes. Kalau dah tak mencabar mesti la boring! Sebenarnya, kadang2 orng2 macam ni la yg mewarnai dunia perniagaan kita. Buat kita lebih bersemangat dan baiki yang mana patut…tp..diaorang tu memang kelakar la…hehehe…
By smartzul on Jan 22, 2008 | Reply
Benda yg selalu saya hadapi ialah:
Pelanggan minta sesuatu yg kita tak janji untuk bagi. Maksud saya, ia di luar skop support kita. Bila mereka ni minta dan kita tak bagi atau tak jawab, mulalah mereka anggap kita ni tak mesra pelanggan.
Inilah dikatakan, “bagi satu, nak lima”. Meminta tak salah, tapi lagi salah kalau yg satu itu tak dihabis guna lagi.
“Pelanggan itu selalu betul, tapi TAK SEMUA pelanggan adalah betul”.
Walau apa pun, inilah dunia perniagaan. Hadapilah dengan bijaksana dan setabah mungkin. Kita berurusan dengan manusia dan kita sendiri tahu bahawa manusia itu ada lemah dan kurangnya. Pelajarilah untuk handle kekurangan2 manusia itu dgn sebaik-baiknya. Tak semuanya sempurna dan akan mahu ikut apa yg kita mahu.
By emet on Jan 24, 2008 | Reply
lawak3! Nasib la saya tak mcm tu walau pon baru kenal Internet Marketing ni