Lepaskan Tekanan, Tengok Wayang
Sebagai usahawan, saya pasti berbagai bagai tekanan akan anda hadapi. Keluarga, kredit,supplier dan banyak lagi faktor yang akan meningkatkan tekanan darah anda.:p. Bagi saya ia adalah satu keperluan untuk usahawan berehat dan melepaskan tekanan.
Saya baru sahaja pulang tadi menonton wayang. Saya dah tersilap tengok dah.Buat kali pertama kali saya tengok filem yang membuatkan saya hampir termuntah. Nasihat saya, jangan tengok filem Cloverfield. Preview memang best, bila tengok saya pasti anda akan pening.
Pertama kalinya saya rasa tak sabar nak keluar dari melihat wayang.Oh..Ini adalah kerana saya dah mula sendawa sebab pening dengan kamera dia yang terpusing pusing. Camera yang tak stabil membuatkan ramai yang keluar sebelum filem tamat. Bile balik still rasa pening. Nasib baik tak termuntah…:P
Menyesal pun ada tengok filem tu. Mula mula nak tengok Ghost Island, tengok preview CloverField mcm best je. Terus beli tiket. Kalo ada yang nak tengok gak tu, jangan kata saya tak bagi warning dulu. hu.hu.hu
Saya menonton bersama rakan rakan di Cineleisure. Filem yang saya sedang tunggu ialah John Rambo, Iron Man, Dragon Ball & Knight Rider 2008. Itu adalah filem yang saya akan tengok & nantikan.Filem aksi memang best tengok dalam pawagam. Namun filem Alien Vs Predator 2 sedikit mengecewakan.Filem pertama dia memang best.Saya tengok first day ia ditayangkan.Filem pertama saya tengok kat Penang masa still belajar kat UUM.
Jika saya di Terengganu, saya ada hobi tersendiri mcm memelihara ikan keli, berkebun & beberapa lagi yang akan memberi hasil kepada saya.Bagi saya,lebih baik saya mempunyai hobi yang memberi pulangan kepada saya, bukan menghabiskan duit.Namun, ia terpulang la kepada anda untuk mempunyai hobi bagaimana…:)
Oh..pening ye kepala.. terpaksa la tido awal.huhuhuh
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






15 Responses to “Lepaskan Tekanan, Tengok Wayang”
By smartzul on Jan 24, 2008 | Reply
Knight Rider? Hmm, drama feveret saya masa kecil dulu ni. Tapi ramai yg komen tak suka dgn kereta yg digunakan dalam versi baru ni (Knight Rider 2008).
*Saya pun lebih suka filem/drama aksi terutama martial arts.
By Han on Jan 24, 2008 | Reply
tak pernah lah saya masuk panggung wayang sham…
tak rasa nak masuk pun…hehe
memang tak minat sangat…
hobi saya pun tak tahu apa dia…
By sham on Jan 24, 2008 | Reply
Han, Terengganu dah lama takde panggung.Takde orang nak buat kot.:p
By sham on Jan 24, 2008 | Reply
Zul, Knight Rider start tahun 1981.Saya takde lagi.Tapi dia ada 4 musim + knight rider 2000&2010.
Dengar cerita pelakon utama knight rider lama,still ada kat cite baru.
Knight rider 2008 guna mustang,dah lama tak tengok Kitt beraksi..hohohoh
Tunggu la 17 Februari nanti.
By Han on Jan 24, 2008 | Reply
memang dah lama pun terengganu ni takde panggung wayang sham…
saya masih ingat lagi dulu ada 3 panggung…1 kat plaza, 1 kat hock kee seng, 1 lagi kat bas sten…
tapi tak pernah masuk pun…hehe
By zuhairy on Jan 24, 2008 | Reply
betul tu. selama saya duk terengganu 3 tahun (2000-2002), tak pernah masuk panggung pun. layan VCD jer,huhu..
By sham on Jan 24, 2008 | Reply
teringat zaman pkai tape dulu. Siapa ada video player dulu kira hebat la.
tahun 2000-2002 baru nak start zaman Vcd..
Saya tak tahu ada tak member saya simpan tape persembahan Form 5 masa kat Sains Dungun. Nak tanya cikgu,cikgu tu dah takde kat SMSD dah.
Teringat member yang dah kembali kepada-Nya.
By Jebat on Jan 25, 2008 | Reply
Yup sama Sham.. Memang tengah tunggu cite John Rambo tu. Melaka hari ni pembukaan cite tu. Tengok midnight sebab kerja petang hari ni :-).Last tengok cite ‘I am legend’, pun tak berapa menarik juga. memula je best, dah masuk pertengahan cite dah bosan.
By smartzul on Jan 25, 2008 | Reply
Han, tak pernah masuk pagawam? Hoho.. Saya dulu pun macam Han juga, tak nak masuk dan tak minat nak masuk. TAPI kalau dah masuk sekali, biasanya akan masuk berkali-kali lah lepas tu.
Seingat saya, sehingga skrg saya hanya baru 3 atau 4 kali jer masuk pawagam. Tu pun lepas ‘dipengaruhi’ oleh member. Tapi lepas tu dah pandai masuk sorang2. :p
Saya akan masuk bila betul2 nak tgk filem tu kat pawagam lah. Kalau yg kurang best tu, saya tunggu DVD keluar je atau tengok nanti2. Yg paling best ialah filem Transformers. Amat syok kalau tgk kat pawagam. Memang 5 star!
By Jebat on Jan 26, 2008 | Reply
Rambo4 dah tengok.. pun tak berapa menarik la. Kalau 5 bintang, saya hanya bagi 3 bintang je. Bukan apa action cepat sangat dah macam kartun pun ada. Pastu sekejap je rambo habiskan orang-orang jahat tu. Tak de cabaran langsung. Wayang pun sekejap je habis. Rasanya sejam 10 minit je. Tak seperti yang saya harapkan
By silentleo on Jan 26, 2008 | Reply
Hehe..dah lama gila aku tak tengok wayang ni. Rindu giler..kawasan rumah aku sekarang dah takde panggung wayang. TUtup suda..
By Mohd Sufian on Jan 28, 2008 | Reply
Mcm tu ke. Samalah kita, ingatkan cloverfield tu best bila tgk preview kat TV.
Nasib baik tak pergi tgk lagi.
National Treasure 2 dan tgk ke sham?
By alongovtx on Jan 28, 2008 | Reply
hehe…saya tertidur sekitar 20 min.Tak pasti bila start genre filem macam ni,kalau tak salah jackass punya konsep pun lebih kurang macam cloverfield jugak,urm…selain tu kalau yang lama2 cannibal holacost kot ada sikit la ikut genre filem ni.
Citer tu kalau tak buat macam tu mesti lebih menarik.Hanya nak menunjukkan yang situasi tu mmg benar2 terjadi…padahal audion dah tau dah benda tu filem je.
Mungkin mat saleh dah biasa dgn genre mcm tu.
Kat Malaysia tak ada siapa buat lagi…kalau nak cuba,buleh buat pakai hp.Buleh jadi pioneer.
By sham on Jan 29, 2008 | Reply
Sufian, saya dah tengok dah national treasure 2. Best gak la. Transformer saya siap beli DVD ori untuk koleksi peribadi.:p
Cerita best memang berbaloi buat koleksi.