Raja Adsense

Kejurujualan dan Broker

Written on January 29, 2008 – 5:24 pm | by sham |

Kejurujualan merupakan satu perkara sangat penting dalam perniagaan. Namun tak semua orang boleh menjadi penjual. Itu adalah hakikat. Saya boleh jadi penjual di internet, tetapi agak kurang bila dalam dunia sebenar. Teknik kejurujualan boleh dipelajari. Itulah yang saya ingin lakukan sekarang.

Apa yang saya ingin tekankan ialah sehebat mana pun jurujual pasti tidak dapat menjual semua benda. Mungkin ada segelintir yang cukup power sehingga boleh menjual aiskrim kepada orang eskimo tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Kebanyakan jurujual akan fokus dalam bidang mereka. Seorang jurujual tak boleh sekejap nak jual kereta, sekejap nak jual tanah. Maklum lah Proton Saga baru cukup mendapat sambutan sekarang, mereka masih tidak boleh jual banyak benda dalam satu masa.

Kaedah Upsell mungkin membantu tetapi jika apa yang diupsell sangat berbeza daripada apa yang dijual pasti tidak akan berjaya. Jika jual kereta dan selepas itu upsell insurans ia boleh kerana ia berkaitan. Kereta di Malaysia diwajibkan mempunyai insurans. Namun, kalo jual kereta pastu upsell tanah, memang orang kata jurujual gila. Orang nak beli kereta dia offer tanah pulak.

Ia berlaian dengan broker. Broker atau orang tengah boleh jual mcm macam. Mereka hanya nak makan komisen semata mata. Ada projek A, cari orang nak dengan syarat komisen skit. Cerita kat broker lain, mereka pun sama. Sehingga la ada orang dapat projek tersebut. Mereka yang berjaya, dapat la komisen.

Saya dapati kat KL ni cukup ramai broker. Sembang mcam aku orang kaya, member datok, member menteri padahal duit takde.Mereka yang menjadi broker ni hidup agak tidak menentu, sentiasa mencari projek & sangat bergantung kepada orang lain. Apa yang bagusnya, mereka ada network yang ramai. Apa sahaja yang mereka sembangkan mereka akan alert.Tapi kebanyakannya, kosong la.:p. Itu adalah pemerhatian saya bila sertai perbincangan mereka. Mereka sentiasa berangan angan untuk dapat “Jackpot” dalam kerja broker.

Saya hanya memerhati je.Saya tak suka jadi broker. Saya lebih suka jika ada produk sendiri & tidak bergantung kepada orang lain. Kepuasan lebih tinggi jika anda mempunyai produk sendiri. Anda boleh hidup walaupun takde projek & langsung tidak bergantung kepada orang lain.

Namun, di dunia nyata.Kita pasti akan bertemu golongan broker& penjual ini. Saya just join mereka tapi tak nak jadi broker. Hanya sekadar berkawan. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak baik kita jadikan sempadan. Semalam saya ada sertai satu perbincangan broker kat hotel berdekatan KL Sentral…

Ada satu perkara yang menyebabkan saya tak nak ikut perbincangan kedua pada malam tersebut disebabkan oleh seorang broker ni. Macam macam jenis manusia ada kat dunia ni. Saya tengok satu perangai buruk broker. Nasib baik saya ikut pun just untuk teman kawan.Mau je nak sound.Mulut dah rasa ringan je.Nasib baik tak terkeluar.:P

Ini adalah pandangan saya je. Mungkin anda lebih banyak pengalaman…Betul tak?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 5 Responses to “Kejurujualan dan Broker”

  2. By kita on Jan 30, 2008 | Reply

    betul kata sham..nak tambah cikit..kebanyakan kaki broker ni kaki tipu

  3. By silentleo on Jan 31, 2008 | Reply

    Memang pun banyak kuat kelengtong. Tapi tak leh salahkan diorang. Dah diorang rasa itu cara paling bagus untuk cari duit. So, biarla diorang. Janji depa heppy dan tak langgar apa2 undang2 dunia tau neraka. Hehe..

  4. By naem | DiariAdsense on Jan 31, 2008 | Reply

    saya pun perasan jugak sebab member2 pakcik saya banyak yang jenis broker..Sembang semuanya nak projek besar-besar..Tak main le bisnes online kecik macam ni..Kononnya…

    Walhal, huh..diri sendiri tahu le

  5. By sham on Feb 1, 2008 | Reply

    hehehee..Kat terengganu,saya tak jumpa sangat jenis broker ni..

    kalo kat Kl ni, bersepah..asyik nak duit orang je keje diorang..huhuhu

  6. By SyedHafidz on Feb 3, 2008 | Reply

    broker?
    adakah mereka spesis dealer?
    Yang nyatanye saya pun kurang berkenan dengan golongan camni..walaupun ramai sedara yang jadi broker..
    cakap gebang bukan main..tp habuk pun tarak!
    nak kuar makan pun mintak duit kat ayah..
    huhuhu

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :