Archive for February, 2008
Wednesday, February 27th, 2008
Saya tak berapa suka bercerita pasal politik. Lepas baca berita pasal Nenek Maimun iaitu calon bebas melawan Pengerusi PTPTN (BN) dan Mohamad Sabu (Pas), ia menarik minat saya untuk menulis pasal PRU 12. Saya akan balik Terengganu pada 6hb ni. Seperti biasa, time pilihanraya memang “panas” kat Terengganu.
Saya agak terkejut jugak dengan calon baru tempat saya akan mengundi. Calon yang bukan saya respek sangat berbanding calon dulu.Kenapa “dia” buat macam tu? Takut tak terpilih jadi MB ke apa dengan menyingkirkan pemimpin yang berkarisma lain. Walaupun saya tak tengok lagi keadaan @ feel pilihan raya kat Terengganu, saya dapat rasakan ia adalah satu pilihan raya yang sengit.
BN Menang lagi?Mungkin…Pas Menang? Pun ada kemungkinan sebab 3 nama besar PAS bertanding kat Terengganu. Bagi saya sekarang ni 50-50 peluang antara 2 parti. Kita tengok saja lah nanti siapa yang menang.
Selamat Mengundi, Ingat Undi Anda adalah Rahsia….:p
p/s:Saya nak p bergambar dengan Tok Maimun la nanti. Saya cari dia bila balik nanti.Interview skit.Billi Lim saya dah pernah jumpa & bergambar dengan dia…hohohoho
p/p/s: Bagi saya politik sekarang politik kotor, tak kira la parti mana sekalipun.Saya tak percaya kalo mereka katakan mereka “bersih”.Dah takde politik bersih pada zaman sekarang.Anda boleh bangkang jika tak bersetuju kat ruangan komen.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 12 Comments »
Tuesday, February 26th, 2008
Lama saya tak update blog bagi menulis 5 ebook yang akan dilancarkan pada Mac nanti. Saya tunggu minisite siap, copywriting pun dah settle. Senak kepala sekejap untuk menulis banyak serentak mcm tu. Berbulan bulan dihabiskan untuk menulis 5 ebook serentak dengan jumlah muka surat melebihi 250 muka surat.
Jika bahan yang cukup, saya boleh menulis sehingga 20 muka surat sehari. Saya pernah buat dan saya makan breakfast & lunch pada pkul 12 malam. Jika saya dah mendapat momentum untuk menulis saya biasanya akan terus menulis sehingga siap atau hampir siap. Jika saya berhenti sekerat jalan, susah untuk mula balik kerana momentum takde.
Cara saya ialah dengan keluar dari comfort zone. Ketika saya di Terengganu,saya memang berada dalam comfort zone.Rumah tak perlu bayar, makan free & sangat relax. Badan pun makin tembam. Prestasi maintain je. Jadi penyelesaiannya, saya ke KL. Satu tempat yang mencabar, saya kena bayar sewa rumah, bayar bil, makan kena beli & semuanya memerlukan duit yang banyak.
Ini adalah kerana saya telah keluar dari comfort zone. Sekarang baru lah tahu macamana kalau tinggal di bandar besar. Banyak dugaan.Hiburan & rakan rakan baru.Still boleh control la.Saya jadi kaki tengok wayang pulak bila dok dekat dengan panggung wayang.huhuhuh
Apa yang bagus, saya boleh push diri saya buat lebih effort. Wat research & eksperimen. Semuanya saya lalui sendiri & ada sedikit tips daripada sahabat saya untuk menyiapkan ebook saya. Dalam masa 4 bulan, saya berjaya siapkan 7 ebook sedangkan sebelum ini saya hanya menghasilkan 2,3 ebook setahun.6 adalah ebook berbayar.
Matlamat saya seterusnya ialah menghasilkan buku. Bahan saya dah mula kumpul. Target saya ialah sebelum pertengahan tahun ni saya berjaya menyiapkan manuskrip buku saya. Tajuknya tentang internet marketing la. Tetapi dari perspektif berlainan. Harap saya dapat siapkan secepat mungkin.
Selepas menghasilkan buku, saya bercadang untuk sambung pengajian. Tu kalau dimurahkan rezeki la. Dah lama saya pasang niat untuk sambung ke peringkat master. Untuk mencapai matlamat ni, saya kena bekerja dengan lebih bijak & kuat. Untuk sambung belajar ni, lepas kawin la. Saya nak ambik MBA kot. Tak tahu la feel macamana bila belajar balik.
Tahun ni, saya akan all out skit. Mungkin saya akan menulis beberapa lagi ebook & buku. Kepada peminat skim cepat kaya…“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”.Orang berjaya bekerja lebih berbanding orang yang belum berjaya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 3 Comments »
Sunday, February 17th, 2008
Saya dah ada pricing strategi dah untuk ebook ini. Saja nak tahu harga yang pembaca blog ni nak. Saya tak masukkan plugin pool kat blog ni. Insyaallah saya akan masukkan kot nanti. Panduan Google Adwords ada 2 ebook iaitu Asas Pengiklanan dengan Google Adwords dan Tips Memaksimakan Iklan Google Adwords.
Asas Google Adword ada 83 muka surat manakala Tips akan melebihi 50 muka surat(tak siap lagi).Saya sedang masukkan satu study case Affiliate Marketing dengan satu ebook Malaysia.Ebook ni agak controversi kat Wangcyber.Tapi sales letter dia memang power.Sebab itulah saya memilih ebook ini untuk dijadikan sebagai satu study case.
Saya letakkan range harga, anda pilih.Mesti korang pilih yang termurah punye,tapi saya nak tahu sampai limit mana yang anda sanggup bayar untuk ebook.
1.RM60
2.Rm70
3.RM80
4.RM90
5.RM100
6.RM100++
Tu adalah untuk asas.Untuk Ebook kedua harga lain tapi mahal kalau beli asing, murah kalo beli pakej. Ebook Ringgithit RM140++ pasal YSM 40 muka surat lebih. Takkan tak boleh saya letak lebih dari RM100. huhuhuhu.:p. Banyak saya habis untuk eksperimen je.
Yang beli adalah “usahawang”.Mesti banyak ada duit.Tak kisah la kan?
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita | 25 Comments »
Saturday, February 16th, 2008
Iklan komuniti servis skit. Saya menerima email daripada Smartzul yang mengatakan ada satu komen kat blog dia yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan ebook saya. Saya pun pelik kenapa p komen kat blog orang sebab tak puas hati dengan saya. Komen la kat blog ni. Baru la gentlement skit.hohoho
Konsep saya senang je. Tak puas hati saya akan refund tanpa banyak soal. Anda cakap je anda tak puas hati & berikan no akaun anda. Saya akan refund dengan kadar yang segera. Itu janji saya. Memang ada kes yang tak berpuas hati sebab saya tak reply email dia.Bukan tak nak reply, tapi bila benda dah ada dalam ebook saya takkan reply.
Ada jugak baru apply Akaun Adsense & dapat email pengesahan dari Google. Dah tanya kenapa tak leh login. Saya dah nyatakan dalam ebook, tunggu Google aprove akaun dulu baru leh login. Jadi saya takkan jawap la soalan mcm tu.Tapi kalo rajin, saya reply jugak mcm ni… “Refer ebook!”…hohohoh
Saya suka sekiranya ada yang menyatakan kelemahan ebook saya. Malah saya pernah berikan hadiah kepada orang yang nyatakan kelemahan ebook saya. Beliau menegur kesalahan ayat BM dalam ebook saya.Saya akai ada kalanya saya terlepas pandang perkara mcm tu.Tapi saya suka guna ayat pasar, bukan BM yang standard.Namun, saya hargai teguran sebegitu.
Tapi kalo nak minta refund tu dalam masa 30 hari la. Jangan beli tahun lepas, tetiba nak minta refund. Bagi saya,itu namanya tak berusaha. Kalo berusaha, tak mustahil anda mampu menjadi seperti Naem DiariAdsense yang dalam masa beberapa bulan dah berjaya mengalahkan saya..:p.Saya tak mampu untuk melakukan pemasaran agresif sebagaimana beliau lakukan.
Ingat pepatah melayu; “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih“. Jangan hanya memberi alasan sedangkan tiada tindakan yang dilakukan. Jangan asyik menyalahkan orang lain diatas kegagalan diri. Tak patut pun sebenarnya. Kita yang gagal, cikgu yang dipersalahkan. Kenapa tidak, ambil cermin…cermin diri, tanya diri..dimana silap yang anda lakukan.
Itu yang saya lakukan sebelum tido.Bayangkan apa yang nak buat esok,sebab itu adalah matlamat saya untuk esok. Saya gagal jika tidak mencapai matlamat hari tersebut.Jika tidak tercapai,saya akan fikirkan apa kesilapan yang saya lakukan sehingga ia gagal dicapai.Ubah strategi pada keesokan harinya.Ia dilakukan sebelum otak saya direhatkan beberapa jam pada malam hari.
Itu cara saya.Cara anda tentu berlainan. Tapi jika anda silap, anda salahkan orang lain. Mesti ada “something wrong” dengan diri anda!
Muhasabah diri anda dulu ye.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Teguran | 15 Comments »
Thursday, February 14th, 2008
Ini adalah soalan yang saya terima pada email saya sekejap tadi. Saya rasa elok ia dikongsikan bersama.
Assalamualaikum rajaadsense,
1. Blog sy telah di index oleh google cuma belum di ranked lagi. Boleh tak sy membuat beberapa tambahan atau perubahan utk blog sy semasa blog tersebut sudah di indexed cuma belum di rank oleh google. Adakah penambahan yang dibuat akan menyebabkan blog sy lambat utk di rank oleh google?
2. Berdasarkan pengalaman rajaadsense, adakah terdapat kaedah lain utk blog disenaraikan dgn cepat oleh setiap search engine?
Harap mendapat tunjuk ajar dari rajaadsense. TQ.
Saya akan cuba jawab disini. Harap ia memberi manfaat. Daripadanya penyataan diatas, blo beliau telah di indexed atau telah tersenarai di Google, cuma kedudukannya tidak ada lagi la(ranked). Kedua dua soalan adalah hampir sama je sebenarnya.
Penyelesaiannya ialah:
- Update sentiasa blog anda. Ini adalah kerana rank biasanya berdasarkan tajuk post anda. Jadi buat post tentang apa yang anda inginkan. Contohnya saya ingin blog saya di”rank” dengan keyword ” memelihara ikan keli” jadi saya membuat post dengan tajuk yang sama. Ia berjaya!
- Jangan bersaing dengan keyword yang terlalu “famous” dan banyak persaingan. Anda tidak akan berjaya jika ingin bersaing dengan blog yang lama dengan keyword kesukaan ramai.
- Nama domain yang berkaitan.Ia memainkan peranan penting dalam SEO.Contohnya anda nak buat blog tentang memelihara ikan keli, jadi guna domain ikankeli.com.:)
- Blogging for fun! Jangan terlalu memikirkan sangat kenapa tak index, xde orang komen @ sebagainya. Jadikan blog sebagai teman anda. Jangan terlalu memikirkan cara untuk monetized blog. Duit akan datang sendiri setelah anda buatnya dengan seronok.
- Konsisten. Update blog secara konsisten dan kandungannya juga konsisten. Jangan ubah tema blog anda. Jadi pakar dalam bidang berkenaan.
- Link building atau membina link ke blog anda.Caranya dengan submit ke link directory, komen kat blog orang, link exchange dan sebagainya.
Ini adalah penyelesaian bagi soalan diatas. Diharap ia membantu orang lain juga yang mengalami masalah yang sama.Saya juga penanya pun membaca blog ini ini. Jadi tak perlu la saya reply email beliau.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Soalan | 13 Comments »