Ebook Siri Pengiklanan
Apa khabar semua? Just nak update perkembangan terkini Ebook yang akan release tak lama lagi. Saya sedang menyiapkan 3 lagi ebook berkaitan dengan pengiklanan. Apa yang saya akan dan telah tulis ialah:
1. Asas Pengiklanan di Internet (dah siap)
2. Asas Google Adwords (dah siap)
3. Tips Memaksimakan Iklan Google Adwords (dah siap)
4. Pengiklanan di Media Online (50% dah siap)
5. Pengiklanan di Media Offline (belum start)
Esok saya akan ke Ekspo Pengiklanan di KLCC,jadi saya akan cuba cari bahan sebanyak mungkin untuk ebook Pengiklanan di Media Offline esok.Ia adalah salah satu faktor saya belum mulakan walaupun saya dah buat beberapa ujian di media offline sebelum ini.
Konsep yang akan saya ketengahkan ialah Konsep Add on. Anda boleh pilih untuk beli ebook yang mana yang anda minat dan ingin miliki. Rasanya ramai yang ingin memiliki kesemuannya.:p. Ini adalah kerana ia sangat berkaitan dengan usahawan tidak kira usahawan internet atau usahawan offline.
Saya tidak akan masukkan bonus ebook bahasa Inggeris sebagai orang lain termasuk saya buat sebelum ini. Ini adalah kerana ada yang bermasalah untuk faham bahasa inggeris. Jadi saya hanya akan berikan ebook BM sahaja. Ia juga akan menjadi pakej add on saya yang paling mahal kot(sebelum ni RM97).Kos untuk buat kajian dan ujian pun boleh tahan jugak la.
Ia add on, anda tidak perlu membelinya semua.Namun, saya galakkan anda beli semua sebab ia berkaitan antara satu sama lain. Perlu saya ingat, pengiklanan melibatkan kos. Ia adalah termasuk untuk mendapatkan ilmu. Jangan beli jika anda tiada duit untuk iklan.
Anda memerlukan modal sekurang kurangnya RM30 untuk iklan. Jika anda ada lebih daripada jumlah tersebut, boleh la beli ebook ini.Ini adalah kerana yuran pengaktifan Google Adwords adalah RM20. Jika pengiklanan di media anda memerlukan lebih dari RM150 seminggu. Ia bukanlah suatu perkara yang murah tetapi ia perlu untuk perniagaan anda.
Faktor kejayaan perniagaan anda bergantung kepada pengiklanan. Hendak atau tidak, kita mesti berdepan dengan pengiklanan. Jika tidak, anda keje makan gaji jela.Tidak perlu kuarkan modal iklan..huhuhuh
Salam Usahawan!
Sham
p/s: Harga akan bermula pada RM50. Rasanya ia mampu dimiliki pada harga tu.Kalo beli semua sekalipun, kurang dari RM200 la buat permulaan.Namun,ia bukan harga tetap.Saya akan naikkan harganya sebab ia juga melibatkan konsultansi. Konsultansi pengiklanan mahal tau sebab ia melibatkan banyak usaha,wang dan masa.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “Ebook Siri Pengiklanan”
By zaidirazali a.k.a edyanie on Feb 4, 2008 | Reply
bagus tuh..teruskan usaha sham hasilkan ebook bahasa melayu. tak perlu nak hasilkan english, coz dah banyak panduan dalam english. tumpukan pada usaha hasilkan ebook bahasa melayu banyak2 supaya dapat lebih banyak bantu usahawan malaysia ni
ebook dah kerap ni boleh hasilkan, cuba la hasilkan satu buku dipasaran pulak yer. buku anda memang bagus..teruskan usaha ye sham
By titan on Feb 4, 2008 | Reply
Wah. banyak gila..takpe. Kita tungguu bila dah launch semua. Yang pasti aku akan angkat satu punye..
By kita on Feb 4, 2008 | Reply
wauuu banyaknya ebook yang bakal dikeluarkan…saya lebih berminat pada ebook google adwords…
By Han on Feb 4, 2008 | Reply
memang google adwords yang ramai tunggu ni…
harap tak lah mahal sgt…sham…hehe
By azul on Feb 11, 2008 | Reply
haha.. banyak betul permintaan untuk ebook adwords ek..
harap launch sham berjaya!