Raja Adsense

Program Pengiklanan Usahawan 2008

Written on February 4, 2008 – 9:16 pm | by sham |

Saya baru sahaja balik dari program Pengiklanan Usahawan di KLCC. Ia merupakan satu ekspo pengiklanan media yang terbesar yang dianjurkan oleh MeCD. Kebanyakan syarikat besar dalam pengiklanan membuka booth mereka diantaranya Media Prima Group, Astro, Sinar Fm, Utusan, NTSP,Karangkraf dan banyak lagi media pengiklanan lain.

Kesemua harga pengiklanan adalah ribu riban..hohoho..Namun, MeCD menawarkan grant 50% daripada kos pengiklanan iaitu sehingga RM32,000. Para usahawan perlu membayar separuh daripada kos pengiklanan yang disediakan. Namun, ia hanya untuk radio,Tv dan media cetak sahaja. Untuk pengiklanan online takde lagi.

Pengiklanan online dikira sebagai New Media Advertising. Mecd masih belum menawarkan geran untuk pengiklanan jenis ini. Diharap tahun depan, Mecd akan menambah satu lagi kategori ini. Tahun lepas hanya media cetak. Tahun ini mereka menjemput radio dan televisyen untuk memeriahkan ekspo iklan.

Kami ditawarkan satu pakej yang agak menarik dari Utusan Online dan Karangkraf untuk pengiklanan di laman web mereka. Pakej yang ditawarkan oleh Kumpulan Karangkraf memang cukup murah bagi pengiklanan di 3 majalah mereka. Terdapat banyak pakej kerana  mereka memang mengeluarkan banyak majalah yang mendapat sambutan di Malaysia.

Dalam masa yang sama, saya cuba mencari bahan untuk ebook Pengiklanan di Media Offline. Saya cuba mengumpulkan nombor contact bagi memudahkan usahawan yang ingin membuat pengiklanan di media nanti. Semoga ebook ini akan banyak membantu usahawan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Pengiklanan sememangnya menjadi keperluan. Sebab itulah kementerian membuat program sebegini. Namun, syarat untuk mendapat geran ialah syarikat yang berdaftar dengan ROB dan ROC sahaja. Jadi sesiapa sahaja boleh iklan. Namun, kumpulan The Star takde plak booth diorang…

Ekspo ini berakhir esok. Jadi jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh la ke sana esok di KLCC atau KL Convension Center bersebelahan dengan KLCC..hehehe..nama pun dah sama. Ia diadakan di Hall 1.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Program Pengiklanan Usahawan 2008”

  2. By zaizen on Feb 4, 2008 | Reply

    Great info sham! segerakan ebook tu, booking satu bang :-)

  3. By titan on Feb 5, 2008 | Reply

    Aku menanti dengan sabarnya. Hehe..:D

  4. By SyedHafidz on Feb 6, 2008 | Reply

    Kalau saya tak silap ni merupakan satu usaha kerajaan (MeCD) utk membantu usahawan kecil n sederhana dalam pengiklanan..

    2 3 hari ni saya terdengar daripada berita berkenaan perkara nie…dengar khabar kerajaan aka n bagi peruntukan..betul kan..

    peluang baik utk usahawan2…
    :)

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan