RM1600 dalam masa beberapa minit!
Fuh..Macam best je tajuk tu kan? Sebenarnya itu adalah iklan yang saya beli hari ini untuk Ebook baru saya nanti dalam Harian Metro nanti. Saya belum tentukan tarikh mula iklan sebab saya akan beri laluan kepada Pilihan Raya terlebih dahulu.Apa kena mengena politik dengan bisnes? Ia akan mempengaruhi minat untuk beli kerana ketika itu orang akan menumpukan perhatian kepada apa yang akan terjadi kepada negara kita…
Saya bersama Irwan Dahnil shopping iklan tadi.Iklan pun ada orang shopping.Habiskan duit je..Ops..Betul ke habis duit mcm tu? Sebenarnya tidak. Pengiklanan sebenarnya digunakan untuk branding dan mempromosikan produk mereka. Ketika ekspo pengiklanan adalah masa yang bagus untuk membeli dan menempah iklan kerana harga ia akan turun daripada rate sebenar.
Selain itu ada geran 50% daripada MeCD. Lagi jimat untuk kos pengiklanan. Biasanya kos untuk masuk TV ialah RM30,000 untuk 60 slot. Usahawan hanya perlu bayar RM15,000 dengan kos per slot adalah RM250. Kadar biasa 1 slot ialah RM800 kat Tv3. 1 slot maksudnya sekali keluar la. Percuma plak satu sesi interview kat MHI. Harga biasa untuk masuk MHI selama 10 minit ialah RM13,000!Maknanya usahawan membayar RM1,300 seminit untuk diinterview kat MHI.
Namun, kesannya untuk branding sangat besar jika masuk TV tu. Tapi bersediakah kalo nak masuk TV? Jika produk dah ready boleh la.Kalo tak, anda pasti tidak dapat menampung permintaan..
Bagi mereka yang ingin iklan, pastikan anda bersedia menyediakan stok yang sebanyak mungkin kerana permintaan akan diluar jangkaan. Mungkin juga, tiada permintaaan pada peringkat awal kerana kesan pengiklanan akan dirasai setelah 3 bulan anda konsisten iklan.
Saya menempah iklan besar skit kali ini.Bukan Iklan baris seperti sebelum ini. Pelaburan yang cukup besar kali ini kerana saya yakin dengan ebook saya pada kali ini. Target saya bukan sahaja usahawan online tapi juga usahawan offline sebab tu ada 5 ebook. Siapa kata info produk tidak laku di Malaysia? Saya pasti ramai yang sanggup keluarkan duit untuk memajukan perniagaan mereka.
Cukup dulu untuk buat masa sekarang. Saya sambung tulis ebook dulu ye…:)




10 Responses to “RM1600 dalam masa beberapa minit!”
By nazri on Feb 5, 2008 | Reply
Yaa..samalah kita sham. Tadi saya pon shopping iklan sakan kat KLCC tu. Amik maksima lagi..15K! Sapa nak bagi RM7.5k woooo..?
By bizmalaya on Feb 6, 2008 | Reply
fuhhh betul orang kata…kalau nak duit mesti ada duit
By sham on Feb 6, 2008 | Reply
Bizmalaya, nak biz apa apa pun kena ada modal..termasuk la modal pengiklanan..Orang iklan sebab ia berbaloi..
Wah, bro nazri ambik 15K, iklan sakan la pasni ye.
By Han on Feb 6, 2008 | Reply
mahal2 iklan ni ek…
kalau orang baru mula memang kena pinjam bank ni…hehe
By nazri on Feb 6, 2008 | Reply
Harap2 sume ok, nanti saya akan kongsikan dlm wangcyber kalau sume tu menjadi. Yang jadi mahal sbb amik banyak & ruang besar, lagipun para penyedia iklan memang tak bagi iklan kecik utk ditaja separuh. Karangkraf lagi, terus buat pakej 15k. Kalau boleh jgn bagi iklan tempat lain…
By titan on Feb 6, 2008 | Reply
Kalau nak duit besau. Modal pun mestila besau. JIka cukup syarat. Memang menjadi punyer..
By SyedHafidz on Feb 6, 2008 | Reply
mahal 2 nak masuk MHI kena bayar sampai camtu..
saya nak dapat RM 10K pun kena tunggu 4 bulan baru dapat..
hehehe
RM 1600 beberapa minit tu utk eBook ape?
eBook panduan adwords ke?
By sham on Feb 6, 2008 | Reply
Yup, ia adalah utk ebook siri pengiklanan Untuk online bajet saya ialah rm500.
By smartzul on Feb 8, 2008 | Reply
Erm, nampaknya ulasan di atas dan bakal produk sham nanti ada kaitan dgn ebook saya yg akan datang. Tgh rancang idea JV ni.
Kepada yg takder modal, lakukan apa yg anda mampu dulu sikit2. Bila dah ada modal terkumpul, laburkan untuk iklan.
Sebab, kbykn usahawan bermula dari modal yg kecil dan kemudian bila dah ada modal besar, gunakan ia utk pergi lebih jauh.
By azul on Feb 11, 2008 | Reply
ala, kalau dah dapat rm 1600 dalam beberape minit rm10k tu ape la sangat?