Raja Adsense

Dapat Duit Melalui Internet Satu Mitos Atau Realiti

Written on February 12, 2008 – 3:59 am | by sham |

Apa khabar semua? Saya baru sahaja baru balik dari outstation.Saya balik ke Terengganu selama 3 hari bagi mencari peluang perniagaan sempena SUKMA 2008 dan Tahun Melawat Terengganu 2008.Ada perbincangan yang agak membina tetapi macam biasa, birokari yang menjengkelkan.Terpaksa la follow rentak diorang ni.

Jika diikutkan banyak peluang,tetapi disebabkan birokrasi ia menjadi susah untuk dilaksanakan.Pilihanraya pun dah dekat. Perang bendera pun dah bermula kat Terengganu.Saya tengok merah,putih dan biru berselang seli di serata jalan utama dari Marang ke Kuala Terengganu.

Kembali kepada topik kita…Buat duit di Internet adakah ia satu mitos atau satu realiti? Bagi yang dah buat duit di internet sudah tentu mereka kata ia adalah realiti.Sebab mereka dah buat duit pun. Bagi yang baru nak mengenal pasti persoalan yang timbul…Betul ke boleh buat duit? Tunjuk skit bukti…

Ya..Yang baru ni nak bukti sedangkan walaupun dengan bukti mereka tak semestinya dapat buat duit nanti. Ini adalah kerana hasil duit dari internet ini bergantung kepada usaha mereka sendiri. Jika sekadar buat seperti melepas batuk di tangga, pasti hasilnya sedikit atau tiada langsung. Kemudian mula menyalahkan orang menipu lah sebab dia tak dapat duit.

Anda boleh buat duit di internet sebenarnya. Antaranya program pengiklanan seperti Adsense,Jual iklan dan banyak lagi yang belum diterokai sepenuhnya seperti affiliate, ebay dan sebagainya. Semakin ramai yang berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan di internet.

Realitinya, internet hanya digunakan sebagai satu channel/cara untuk berniaga. Namun, perniagaan internet memerlukan kepercayaan dan kejujuran. Kenapa? Sebab pembeli perlu meletakkan kepercayaan dengan membayar terlebih dahulu dan kejujuran penjual untuk menghantar barang/produk yang ditempah. Jika anda jujur, mereka pasti akan membeli lagi daripada anda. Ringkas je bukan…

Tanpa Kepercayaan dan kejujuran, buat duit melalui internet akan menjadi metos bukan realiti. Selamat memulakan perniagaan anda di internet!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 6 Responses to “Dapat Duit Melalui Internet Satu Mitos Atau Realiti”

  2. By Han on Feb 12, 2008 | Reply

    betul tu sham…
    mereka tak dpt duit, mereka salah kan orang lain…hehe
    padahal dia sendiri yang buat dia jadi mcm tu…huhu

  3. By SyedHafidz on Feb 12, 2008 | Reply

    Dalam dunia ni manala ada dok diam dapat duit..
    kenala berusaha n bekerja keras utk dapatkan duit..
    :)
    Peluang banyak dan luas..Cuma kita kenala bijak mencari peluang..
    :)

  4. By megat on Feb 12, 2008 | Reply

    Akan menjadi realiti bila anda dapat memahami konsepnya.

    Akan menjadi mitos bila mereka masih menafikan kebenaran dan hanya berpeluk tubuh.

    Terima kasih kongsi info ini!

  5. By saiful on Feb 12, 2008 | Reply

    Salam,

    Bagi aku pulak Sham ini semua rezeki masing2 la..kita kena akui yang rezeki itu sumbernya dari si Pemberi Rezeki (Allah). Yg penting ada usaha berterusan pastu berserah je la…

    Kenapa aku cakap camtu? kadangkala kita guna teknik,tool, promosi yang sama utk cari duit adsense, affiliate,jual ebook dan sebagainya namun hasilnya tak sama bagi setiap orang..itu kalau kita perasan la..he he..amin

    p/s panjang lak aku membebel

  6. By kita on Feb 13, 2008 | Reply

    betul ler sham…jujur dan amanah sangat penting dalam perniagaan internet.satu lagi yg penting support tu mesti power.

  7. By titan on Feb 13, 2008 | Reply

    Pokoknya. Rajin usaha. Kalau dok diam je. Memang tak dapat apa-apa la..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan