Apabila Ebook Anda Di”pirate”, Apa nak buat?
Apa khabar semua?Sekarang ni semakin banyak ebook yang kena pirate. Irwan Dahnil pun dah kali ke 4 kena. Saya pulak dah melebihi 10 kali dah.Malas nak kira dah. Tapi apakah tindakan yang boleh penulis ebook lakukan untuk melindungi hak cipta mereka? Jika ikut protokol, memang rumit la.
Sebenarnya apa apa sahaja penulisan anda,ia akan dilindungi jika anda nyatakan ia tidak mahu disalin atau digunakan oleh orang lain.Tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab menyalin bulat bulat daripada sales letter atau menjual secara haram ebook adalah satu perkara yang serius. Anda sebenarnya boleh mengambil tindakan undang undang jika anda dapat buktikan ia adalah kepunyaan anda.
Apa yang perlu anda buat? Anda boleh lakukan:
- Memberi amaran/teguran kepada mereka yang menjual ebook anda.Sesetengah daripada mereka tak tahu mereka tak boleh jual & biasanya yang menjadi dalang ialah orang yang membina laman web untuk mereka.
- Jika ebook anda dilelong di Ebay atau Lelong.com.my. Anda boleh laporkannya kepada pihak lelong. Pada setiap listing,anda boleh laporkan.Jika di ebay, orang berkenaan akan digantung keahlian atau ditamatkan terus. Jika dilelong, lelongan berkenaan akan ditamatkan dalam masa 24jam setelah dilaporkan. Penjual pulak akan dikenakan denda RM25 jika bersalah.Itu jika mereka digantung keahlian.
- Meningkatkan keselamatan seperti meletakkan password pada ebook anda. Ia adalah satu tindakan yang paling efektif.Namun, ia juga menyusahkan anda dan pembeli anda.:)
- Buat laporan polis. Ini adalah paling ekstrem. Jika mereka berdegil & terus menjual produk anda walaupun telah ditegur. Ia adalah satu tindakan yang wajar. Kita ada undang undang hak cipta.
- Buat Resell Right. Hah,kalo mereka nak jual sangat.Suruh diorang beli pakej RR daripada anda. Ia bergantung la kepada anda.Jika saya, saya tidak akan buat RR jika produk berkenaan adalah perkara teknikal dan memerlukan saya membuat support after sales yang lebih. Ia adalah untuk memudahkan saya mengawal dan menfokuskan perhatian kepada pelanggan saya.
Itu adalah antara cara yang boleh anda buat jika ebook anda dipirate. Jika ebook yang berkualiti, ia pasti akan menjadi sasaran untuk dijual secara haram. Biasanya ebook yang “hot” akan menjadi pilihan kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran.
Bagi menghasilkan ebook yang hot & berkualiti. Banyak masa diperlukan dan diambil. Bukan senang nak tulis. Jadi jangan la senang senang je jual balik ebook orang tanpa kebenaran. Hasil jualan ebook haram adalah Haram.Takkan nak bagi anak bini makan duit haram. Nilai sendiri la ye.
p/s: Oh ya, anda boleh dapatkan Ebook Rahsia Penulis Ebook di http://www.penulisebook.com jika anda ingin menjadi seorang penulis ebook. Siap promote plak..hehehe
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






6 Responses to “Apabila Ebook Anda Di”pirate”, Apa nak buat?”
By titan on Feb 13, 2008 | Reply
Susah gak. Aku penah dapat sms dan mesej kat YM tanya aku pasal ebook aku. Aku tanya. Dia beli ke? Tak. Tapi camana tau YM aku? Tahu dari ebook berbayar aku..
Aku tanye balik. Camana dapat ebook tu? Kawan bagi..
Pulak..
Dan macam2 lagi perangai yg aku jumpa. Ada yg nak ebook atau produk aku tu untuk jadi bonus. Aku dah kata awal2. Memang tak boleh. So, kenapala tanya lagi..
Pendek cite..Bende nih memang akan berlaku. Terutamanya pada newbie..
Alasan best dari newbie. Saya baru tahu je bende2 camni..
Hehe..:D
By bizmalaya on Feb 13, 2008 | Reply
ermmm…tu yg susah kat malaysia ni..kesedaran menghormati hak orang lain masih di tahap yg rendah
By sham on Feb 13, 2008 | Reply
Sebab tu dalam ebook baru saya ada letak soal jawap pasal benda ni semua..huhuhu.. harap ada yang baca la..:p
By Hamid on Feb 14, 2008 | Reply
nak buat laporan kat internet ni tak ada ke?
By sham on Feb 14, 2008 | Reply
kat internet mcmane tu en.hamid? kalo nak wat laporan polis online takde lagi la..:p
kalo isp, biasanya kes spamming je..
kalo hosting plak, diorang tak leh wat apa apa.diorang just boleh bagi nasihat/amaran je.
By apiz on Feb 20, 2008 | Reply
Mcm yang en. Sham tulis kat para 4 tu, memang ebook yang kita hasilkan adalah tertakluk bawah Akta Hakcipta. Buat je laporan polis kalau ada yang masih degil tak nak dengar nasihat.Kita kena tolong dan warning bagitahu kat mereka ni, walaupun mereka ni dah tau buat salah.Saya akan komen lanjut lagi di blog saya.