Raja Adsense

Minta Refund jika Tidak Puas Hati

Written on February 16, 2008 – 2:37 pm | by sham |

Iklan komuniti servis skit. Saya menerima email daripada Smartzul yang mengatakan ada satu komen kat blog dia yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan ebook saya. Saya pun pelik kenapa p komen kat blog orang sebab tak puas hati dengan saya. Komen la kat blog ni. Baru la gentlement skit.hohoho

Konsep saya senang je. Tak puas hati saya akan refund tanpa banyak soal. Anda cakap je anda tak puas hati & berikan no akaun anda. Saya akan refund dengan kadar yang segera. Itu janji saya. Memang ada kes yang tak berpuas hati sebab saya tak reply email dia.Bukan tak nak reply, tapi bila benda dah ada dalam ebook saya takkan reply.

Ada jugak baru apply Akaun Adsense & dapat email pengesahan dari Google. Dah tanya kenapa tak leh login. Saya dah nyatakan dalam ebook, tunggu Google aprove akaun dulu baru leh login. Jadi saya takkan jawap la soalan mcm tu.Tapi kalo rajin, saya reply jugak mcm ni… “Refer ebook!”…hohohoh

Saya suka sekiranya ada yang menyatakan kelemahan ebook saya. Malah saya pernah berikan hadiah kepada orang yang nyatakan kelemahan ebook saya. Beliau menegur kesalahan ayat BM dalam ebook saya.Saya akai ada kalanya saya terlepas pandang perkara mcm tu.Tapi saya suka guna ayat pasar, bukan BM yang standard.Namun, saya hargai teguran sebegitu.

Tapi kalo nak minta refund tu dalam masa 30 hari la. Jangan beli tahun lepas, tetiba nak minta refund. Bagi saya,itu namanya tak berusaha. Kalo berusaha, tak mustahil anda mampu menjadi seperti Naem DiariAdsense yang dalam masa beberapa bulan dah berjaya mengalahkan saya..:p.Saya tak mampu untuk melakukan pemasaran agresif sebagaimana beliau lakukan.
Ingat pepatah melayu; “Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih“. Jangan hanya memberi alasan sedangkan tiada tindakan yang dilakukan. Jangan asyik menyalahkan orang lain diatas kegagalan diri. Tak patut pun sebenarnya. Kita yang gagal, cikgu yang dipersalahkan. Kenapa tidak, ambil cermin…cermin diri, tanya diri..dimana silap yang anda lakukan.

Itu yang saya lakukan sebelum tido.Bayangkan apa yang nak buat esok,sebab itu adalah matlamat saya untuk esok. Saya gagal jika tidak mencapai matlamat hari tersebut.Jika tidak tercapai,saya akan fikirkan apa kesilapan yang saya lakukan sehingga ia gagal dicapai.Ubah strategi pada keesokan harinya.Ia dilakukan sebelum otak saya direhatkan beberapa jam pada malam hari.

Itu cara saya.Cara anda tentu berlainan. Tapi jika anda silap, anda salahkan orang lain. Mesti ada “something wrong” dengan diri anda!

Muhasabah diri anda dulu ye.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 15 Responses to “Minta Refund jika Tidak Puas Hati”

  2. By Abooain on Feb 16, 2008 | Reply

    Macam tu la perangai orang kita Sham – sesetengah tu depan kita melangit dipujinya tetapi belakang kita dikutuknya habis-habisan.

    Bukankah lebih baik beritahu kita sendiri jika tidak puas hati atau ada sebarang cadangan atau teguran mengenai produk kita. Dengan cara itu kita pun boleh ‘improve’ kita punya produk, pelanggan pun dapat yang terbaik dari kita.

  3. By smartzul on Feb 16, 2008 | Reply

    Biasalah tu Sham. Apabila mereka mahukan sesuatu hasil dgn cepat dan mudah, maka itulah jadinya. Tak ada kesabaran. Semuanya nak mudah.

    Sama kes je dgn ebook saya. Kita dah tunjuk dalam ebook, tapi tanya lagi. Pelik kan? :D Kita dah cakap awal2, baca elok2 satu demi satu. Tapi degil tak nak ikut. Lepas tu salahkan kita..

    Bagi saya untuk kes ebook adsense Sham ni, yg komen tu tak faham basic. Kalau ‘niche’ blog lain, maka hasilnya sudah tentulah lain. Kalau tak buat promosi dan marketing yg konsisten, maka sudah pastilah dapat beberapa sen jer sebulan.

    Pendek kata, sebelum salahkan orang lain, cuba semak dan analisis dulu, kot2 diri sendiri yg buat silap. :p

  4. By naem | DiariAdsense on Feb 17, 2008 | Reply

    mana boleh nak dapat usd$1-USD$100 sehari kalau baru baca ebook sehari. Seminggu pun mustahil lagi.. Tambahan kalau masih terlalu baru.. Pelan-pelan kayuh..

    Kalau sekali baca dah boleh jadi pakar, macam tu ramai le yang blh ganti bill gate. Takyah tunggu bertahun2 lamanya.

  5. By sham on Feb 17, 2008 | Reply

    Saya tengah nak restructure balik RajaAdsense.com. Tapi lepas launch ebook baru la.Mungkin akan tampil dengan wajah baru kot..sales letter pun akan berubah skit nanti.:)

  6. By titan on Feb 17, 2008 | Reply

    Haha..biasala tu. Biasanya. Sebelum beli, tanya. Boleh refund tak? Kalau boleh. BErapa hari..So, diorang kenela baca dan fahamkan. BIasala. Orang melayu. Semua nak duit in 24 hours selepas berusaha. Kalau tak dapat, mula la diorang salahkan orang..

    Senang je. Ebook yg aku buat kekadang tak leh refund. Even takde refund. Still ada buyer..:D

  7. By Han on Feb 17, 2008 | Reply

    haha…sham…
    mcm tv2… ambil cermin, cermin diri, tanya diri..dimana silap….

    biasa lah tu sham…
    dia takut kot nak bagitahu sham…hehe

  8. By kita on Feb 17, 2008 | Reply

    kadang-kadang mereka hanya baca sekali imbas sahaja tanpa memahami isi kandungan dalam ebook tersebut..ada seorang hamba yang komen mengenai tulisan saya dalam blog wife saya…beliau dapat usd1 dalam masa 5 bulan..so bila saya tengok blog beliau :) kalau ada peristiwa lucu dengan adsense sila kongsi bersama saya yea

    http://blog.biz…lucu-dengan-adsense/

  9. By sham on Feb 17, 2008 | Reply

    Ebook panduan adwords takde refund ye..Buy at your own risk..pengiklanan kena kuarkan duit,kalo takut nak kuar duit beli ebook,tak payah bli…hohoho

    kalo bab buat duit ni,sya ada refund polisi la..kalo pengiklanan,takde la..tak paksa beli pun..

  10. By Isman on Feb 17, 2008 | Reply

    Adat lah Sham kalau dlm bidang ni/usahawan,
    ada suka dan ngata. Angaplah asam garam kejayaan.

  11. By sham on Feb 17, 2008 | Reply

    Dah biasa dah isman…Sebab tu saya straight forward je..

  12. By amirol on Feb 18, 2008 | Reply

    Kadang kala tak tau nak explain macam mana lagi supaya pembeli – pembeli faham. Nak kata tak bagi arahan, ada je arahan. :)

  13. By komenebook.com on Feb 21, 2008 | Reply

    (salam)
    saudara sham..

    bagi saya, orang yang mintak refund ni macam orang yang kurang bermaruah sikit la. lagi tak bermaruah kalo main hentam dalam blog orang lain…ibarat beli prepaid celcom, g wat komplen ke customer care maxis sebab tak reti nak masukkan kod topup..takdak akai ka!!!(maaf kalau bahasa saya ni agak kasar ye!).

    sepanjang saya beli mana2 ebook, tak pernah terniat nak mintak refund, coz setiap ebook@produk itu ada kelebihan dan kekurangannya. lagipun, mana ada kat dunia ni jenis manusia yang perfect, right?

    malah, ebook yang dikeluarkan itu, ada bersi updatenya..so, apa yang nak rasa rugi..update bukangnya kena bayar..malah F.R.E.E…percuma!!!hohoho

    tak pernah pulak saya dengar ebook versi update perlu dibayar oleh sesapa yang pernah beli versi yang terdahulu.

    sepatutnya, kita (selaku pembeli&pembaca) ni perlu rasa bangga coz ada yang dah nak permudah usaha nak cari extra income dengan cara yang betul..tak tipu orang! malah kita tak perlu sangat refers pada ebook yang mai dari negara mat saleh (in case kalo mereka yang kurang gemar dengan bahasa inggeris la).

    pengarang dari mat saleh,kita tak kenal..jarak negara pun jauh..penulis ebook tempatan kita kenal, coz mereka2 ni sume dari malaysia..nak berhubung pun senang..

    mereka2 a.k.a geng2 penulis ebook nii la yang dok sengkang mata, tulis buku panduan semata2 untuk beramal (on the same time, dapat sikit extra income hasil dari tulisan mereka. kalau mereka nak kaya sengsorang, mereka tak akan share sume2 ni..

    saya sendiri pun, pas beli ebook sham, beli jugak ebook adsense yang lain, semata2 nak menambahkan lagi pengetahuan tentang adsense.malah, langsung tak rasa rugi beli ebook ni…ilmu tak akan bertambah kalu tak dicari, right!

    lagipun, kes2 mereka yang mintak refund ni, bukan nak baca sangat ebook tu. beli sekadar nak tau isi kandungan. bila dah tau, bukan nak ucap terima kasih pun..siap anggap, panduan yang diberikan tu tak lengkap..tak menarik..kurang berisi…dah nama buku panduan kan…bagi panduan kepada mana3 orang yang tak berapa mahir..kalau rasa pandai, buat apa nak beli kan?? >>:-)

    kalau mereka baca dengan penuh penghayatan, ikut arahan dengan sabar, yakin dengan kredibiliti orang yang menghasilkan ebook,kes2 mintak refund ni tak akan berlaku.

    sekadar nak share, kalau negara omputih, mereka tak akan refund duit untuk sesuatu barang yg telah dibeli, kecuali mereka betul2 tak puas ati..beserta dengan komen mereka pada penjual produk..

    kat malaysia ni lain sikit syle dia, baca lebih kurang, tak nak berusaha dengan gigih, takut nak buat eksperimen..cepat sangat nak kaya sampai tak sabar2..mane ade duit terus masuk dalam akaun kalau tak usaha dengan sungguh2? tup-tup mintak duit refund..saya sendiri pun, sebelum dapat akaun google adsense, banyak kali jugak try maa…

    saya cadangkan, saudara sham sediakan satu form khas untuk mereka2 yang tak puas hati dengan mana2 ebook keluaran saudara..wajib bagi komen,selagi mereka tak tulis komen/kritik yang membina, selagi tu duit tak akan direfund..baru la mereka2 ni berfikir pat lima kali sebelum nak refund kot.mungkin ni cara terbaik untuk didik orang di sini kot..

    on the same time, saudara sham dapat juga idea free2 dari mereka2 yang mintak refund ni..untuk improvekan lagi versi ebook adsense akan datang :-) ..sapa kata tak penat pikir time nak buat ebook? penat woo..

    sham, teruskan usaha anda…kalau niat baik dan ikhlas, sume usaha anda akan memfruitkan kejayaan :-)

  14. By abdfatah on Feb 22, 2008 | Reply

    wah… pemasaran yang agresif. memang hebat dan menarik… namun kena usaha lebih daaa…

  15. By abdfatah on Feb 22, 2008 | Reply

    buat apa laa nak fikirkan sangat mereka yang tak puas hati… hambik sebagai pengajaran boleh laa. masukkan aje mereka dalam kolum ruangan kerenah pelanggan.. lagi puas hati… biarkan mereka fikir sendiri…

  16. By beduz on Mar 2, 2008 | Reply

    sabar la sham..setiap manusia ada 1001 ragam. mcm saya praktikal kat hospital, tiap2 hari ada orang datang komplain x boleh makan ubat..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :