Harga Ebook Panduan Adwords
Saya dah ada pricing strategi dah untuk ebook ini. Saja nak tahu harga yang pembaca blog ni nak. Saya tak masukkan plugin pool kat blog ni. Insyaallah saya akan masukkan kot nanti. Panduan Google Adwords ada 2 ebook iaitu Asas Pengiklanan dengan Google Adwords dan Tips Memaksimakan Iklan Google Adwords.
Asas Google Adword ada 83 muka surat manakala Tips akan melebihi 50 muka surat(tak siap lagi).Saya sedang masukkan satu study case Affiliate Marketing dengan satu ebook Malaysia.Ebook ni agak controversi kat Wangcyber.Tapi sales letter dia memang power.Sebab itulah saya memilih ebook ini untuk dijadikan sebagai satu study case.
Saya letakkan range harga, anda pilih.Mesti korang pilih yang termurah punye,tapi saya nak tahu sampai limit mana yang anda sanggup bayar untuk ebook.
1.RM60
2.Rm70
3.RM80
4.RM90
5.RM100
6.RM100++
Tu adalah untuk asas.Untuk Ebook kedua harga lain tapi mahal kalau beli asing, murah kalo beli pakej. Ebook Ringgithit RM140++ pasal YSM 40 muka surat lebih. Takkan tak boleh saya letak lebih dari RM100. huhuhuhu.:p. Banyak saya habis untuk eksperimen je.
Yang beli adalah “usahawang”.Mesti banyak ada duit.Tak kisah la kan?




25 Responses to “Harga Ebook Panduan Adwords”
By kita on Feb 18, 2008 | Reply
ermmm agak mahal gak ebook yang bakal sham keluarkan…saya kurang arif dalam bab tentukan harga yang saya mampu….tap saya rasa ler..saya hanya mampu bayar sampai rm70 jer
By Abooain on Feb 18, 2008 | Reply
Emph, bagi saya mungkin sekitar RM60-70 boleh la!
By Noorizam on Feb 18, 2008 | Reply
kalau letak RM157, pun mesti ada pembeli
By Rammel Firdaus on Feb 18, 2008 | Reply
Saya setuju dengan Sham, sedangkan ebook Ringgit hit hanya setebal 40ms, tapi harganya RM97 (masa saya beli awal2 dulu). Kalau convert ke USD, baru je USD35. Average untuk ebook pasaran Bahasa Inggeris.
Tapikan, kalau kita tengok harga hard cover (fizikal) kat malaysia, lebih kurang RM37 – RM50, nak dekat 100m/s jugak.
By sham on Feb 18, 2008 | Reply
Yang pasti saya letak bawah rm100 je..
RM80 utk asas, rm40 utk tips..tapi harga akan naikkan dari masa ke semasa sehingga harga sesuai..
Saya akan tunjukkan mcmana saya buat rm650 dengan rm3.39 modal adwords dalam kempen ebook saya & rm289 dengan kos rm14.11 dalam case study saya buat dengan affiliate malaysia..
saya pun agak teruja, nak kongsi semua ni..
kalo hard copy,tak support…ni ada support,saya nak letak murah sangat nanti support sakit plak saya nak entertain.adwords ni teknikal skit…
By Dauz on Feb 18, 2008 | Reply
Wah….RM 157>>>???
Kalau isi padat dan lengkap pasti ada sambutan ramai
Semoga berjaya
Memang dah berjaya pun abang sham ni
By Fai on Feb 18, 2008 | Reply
Saya rasa RM79.00 << magik number..
PS: Wah.. akan tiba golongan-golongan yg fokuskan ppc lps ni.. best ni..
By Han on Feb 18, 2008 | Reply
wah…lps ni, ramai lah org buat PPC pula ni…
nak bid pun kena bid mahal…sebab ramai sgt pesaingan…hehe
By titan on Feb 18, 2008 | Reply
Tak sure sham. Bawah Rm50, confirm banyak pembeli. Kalau dekat RM100. Hanya Pembeli yg betul2 berminat je beli..F2R je yang letak tinggi sekarang. Okla. F2R pasal YSM. Sham buat plak Adword..ok apa..
Launch je. Kita tengok berapa ramai yg beli..
By sham on Feb 18, 2008 | Reply
titan, saya yang pening kepala untuk support sebab ppc ni games boleh buatkan orang habis duit..:p
biasala advertising ni benda yang berlainan hasil dia..sebab tu nak letak agak tinggi bagi mengurangkan pembeli..jadi saya boleh fokus untuk support diorang..
By Hamid on Feb 18, 2008 | Reply
Biasanya harga yang mampu untuk membeli produk berbentuk ebook sekitar RM30-RM35 cam tu la
By Zamri Nanyan on Feb 18, 2008 | Reply
Sham, kalau ebook mat saleh orang sanggup bayar lebih $17 hingga $27 dollar untuk sesuatu yang asas (basic), maksudnya kita juga boleh jual mahal. Bukan RM17 tapi USD$17 x 3.3 = RM56. Kalau rasakan ebook terbaru Sham ni layak untuk dijual pada harga melebihi RM100, jual pada RM100. Dengan cara promosi yang efektif, ada possibility untuk jual dengan baik.
Kadang-kadang kita perlu set the trend… tak boleh terlalu murah dan tak boleh terlalu mahal. Lagipun, bukannya mudah untuk mendapatkan ilmu bisnes internet dalam BM ni berbanding 5-7 tahun dulu (even sekarang pun).
Bagi saya, ebook saya masterpiece saya dan saya memang hargai setiap mukasurat yang saya terbitkan. Kalau orang boleh hargainya seperti yang saya hargai ebook saya, great! Kalau tak, tak perlu beli ebook saya dan saya masih lagi gembira – sebab saya tahu harga yang sepatutnya saya letakkan ke atas produk saya.
All the best dengan pricing strategy Sham!
Zamri Nanyan
By sham on Feb 18, 2008 | Reply
Thank Bro Zamri,
Saya tak bercadang nak letak rm100 pun..Bawah skit jela, bagi saya ia still affordable untuk mereka yang nak belajar adwords..
Saya tulis ebook berlainan topik tetapi niche yang sama.Biasanya saya buat satu per satu,tapi sekarang nak test kalo saya release 4 sekali gus.Semuanya ebook dalam BM.
Saya taknak bagi bonus ebook english sebab saya pasti anda tidak baca.
By Han on Feb 19, 2008 | Reply
memang takde org baca pun ebook BI tu…
jarang lah org nak baca…
saya sendiri tak download pun ebook BI kecuali ia memerlukan…
han
By titan on Feb 20, 2008 | Reply
Entahla sham. Tapi memang confirm aku beli salah satu ebook ko. Kalau bawah RM100. Aku rasa buyer still ramai. Tapi nak cecah 100-200 buyer. Itu aku tak sure. Aku pernah buat market luar. Ebook atas RM100. Buyer tak cecah 50 pun..
Tapi kalau RM50 ke bawah. Nak dapat 3-4 ratus semua dalam tangan je klu ebook tu memang bagus. Ebook bagus atau jenis panduan ni, memang orang cari. Lagi2 plak dalam bm. Janji, ebook tu memang membantu.
Launch je sham. Aku rasa ramai buyer tengah tunggu ko lancar produk nih. 4 ebook. Mesti ada ramai buyer angkat 1-2 ebook..
By Shueqry on Feb 20, 2008 | Reply
Walau berapa pun harganya, saya tetap menanti kemunculan kedua-dua ebook tersebut.
All the best to Sham!
-Shueqry-
By smartzul on Feb 21, 2008 | Reply
Saya harap dalam ebook Sham tu ada explain sikit pasal pilihan currency, nak pilih USD atau RM? Pro dan kontra dia.. Apa yg saya tahu, once kita dah set currency ni, dah tak boleh ubah kan?
By sham on Feb 21, 2008 | Reply
ada zul bagitau pro & contra pasal currency tu..
bila dah register tak tukar currency dah..kalo nak jugak register lain la
saya ada include jugak mcmana nak request coupon credit percuma..huhuhuh
By smartzul on Feb 23, 2008 | Reply
Hmm.. Pasal kredit percuma tu the same thing. Tak boleh nak dapat dah kan kalau dah register? Hehe.. Jangan jawab Sham. Nanti saya refer ebook tu.
Kepada yg belum ada akaun adwords tu, sabar2 dulu. Dapatkan ebook ni dan ikut panduan Sham. Hehe, tolong promote. :p
ps. Ebook case study tu yg saya teringin sangat.
By sham on Feb 24, 2008 | Reply
syarat untuk kredit, ialah akaun berusia kurang dari 14 hari.Caranya ada saya masukkan dalam ebook.tak leh bagitau kat sini..Rahsia penting tu untuk dapat kredit free 30 pound, bukan dollar..:p
By smartzul on Feb 24, 2008 | Reply
Hoho.. Pound yer. Banyak tu. Lebih kurang RM150++ kan?
Hmm.. Saya hari tu ada cuba Adwords. Nak study kat web Google ‘malas’, sebab banyak sangat nak faham sendiri. Lebih bagus dan menjimatkan masa kalau belajar terus daripada ebook Sham ni.
Serius saya katakan, banyak betul masa saya habis semata-mata nak trial & error sendiri. Ebook Mat Saleh tak banyak membantu saya sebab target market saya ialah Malaysia. Sebab tu nak beli je ebook ni, jimat masa.
Bak kata Gobala, “Nak jimatkan masa, atau nak buat duit?”.
Cepat2 Sham, be the first. Hehe.. Biasanya yg pertama keluarkan sesuatu topik ebook itulah yg akan berjaya lebih2 pasaran Malaysia ni.
Semoga sukses seperti ebook Raja Adsense.
By naem | diariadsense on Feb 26, 2008 | Reply
wow..30 pound percuma…saya ada cuba sendiri en sham tadi..tapi cuma usd$55 je la…dalam currency malaysia, dapat RM176..baru je try tadi…hohoho…charge rm20, pastu dpt balik rm20 tu..so balance jadi rm156
esok pagi saya nak cuba dapatkan tambahan USD$150 dari adword ni pulak..nak test lagi kot-kot boleh dapat tambahn USD$150 atau USD$100..ingatkan YSM je…hehehe..
ps: YSM saya dah cuba, tapi cubaan hanya untuk pasaran us dan dapat kredit percuma USD$100 dlm masa sehari…insyaAllah, untuk YSM saya akan dedahkan cara mudahnya nanti..
pps: cara Adword, biar en sham je yang dedahkan.. Saya? hohoho..masih belajar