Raja Adsense

Keluar Dari Comfort Zone Anda

Written on February 26, 2008 – 12:55 pm | by sham |

Lama saya tak update blog bagi menulis 5 ebook yang akan dilancarkan pada Mac nanti. Saya tunggu minisite siap, copywriting pun dah settle. Senak kepala sekejap untuk menulis banyak serentak mcm tu. Berbulan bulan dihabiskan untuk menulis 5 ebook serentak dengan jumlah muka surat melebihi 250 muka surat.

Jika bahan yang cukup, saya boleh menulis sehingga 20 muka surat sehari. Saya pernah buat dan saya makan breakfast & lunch pada pkul 12 malam. Jika saya dah mendapat momentum untuk menulis saya biasanya akan terus menulis sehingga siap atau hampir siap. Jika saya berhenti sekerat jalan, susah untuk mula balik kerana momentum takde.

Cara saya ialah dengan keluar dari comfort zone. Ketika saya di Terengganu,saya memang berada dalam comfort zone.Rumah tak perlu bayar, makan freeĀ  & sangat relax. Badan pun makin tembam. Prestasi maintain je. Jadi penyelesaiannya, saya ke KL. Satu tempat yang mencabar, saya kena bayar sewa rumah, bayar bil, makan kena beli & semuanya memerlukan duit yang banyak.

Ini adalah kerana saya telah keluar dari comfort zone. Sekarang baru lah tahu macamana kalau tinggal di bandar besar. Banyak dugaan.Hiburan & rakan rakan baru.Still boleh control la.Saya jadi kaki tengok wayang pulak bila dok dekat dengan panggung wayang.huhuhuh

Apa yang bagus, saya boleh push diri saya buat lebih effort. Wat research & eksperimen. Semuanya saya lalui sendiri & ada sedikit tips daripada sahabat saya untuk menyiapkan ebook saya. Dalam masa 4 bulan, saya berjaya siapkan 7 ebook sedangkan sebelum ini saya hanya menghasilkan 2,3 ebook setahun.6 adalah ebook berbayar.

Matlamat saya seterusnya ialah menghasilkan buku. Bahan saya dah mula kumpul. Target saya ialah sebelum pertengahan tahun ni saya berjaya menyiapkan manuskrip buku saya. Tajuknya tentang internet marketing la. Tetapi dari perspektif berlainan. Harap saya dapat siapkan secepat mungkin.

Selepas menghasilkan buku, saya bercadang untuk sambung pengajian. Tu kalau dimurahkan rezeki la. Dah lama saya pasang niat untuk sambung ke peringkat master. Untuk mencapai matlamat ni, saya kena bekerja dengan lebih bijak & kuat. Untuk sambung belajar ni, lepas kawin la. Saya nak ambikĀ  MBA kot. Tak tahu la feel macamana bila belajar balik.

Tahun ni, saya akan all out skit. Mungkin saya akan menulis beberapa lagi ebook & buku. Kepada peminat skim cepat kaya…“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”.Orang berjaya bekerja lebih berbanding orang yang belum berjaya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Keluar Dari Comfort Zone Anda”

  2. By titan on Feb 26, 2008 | Reply

    Ehm..aku tunggu gambar kawin ko. Ramai gak suruh aku wat master. Tapi aku dah tak berminat sangat nak belajar even otak masih tak berkarat. So far, cari aset dulu. KOman-koman pun, keta dah habis bayar dan dah setat kumpul duit beli rumah..

    Apapun, tunggu je ebook baru sham tu. Hoho..

  3. By kakeru on Mar 5, 2008 | Reply

    Keluar dr comfort zone? Yup, mmg susah. Tp, itulah cabaran, Insya-Allah akan bersambut. Cerita pasal nak amik master nih, saya pun baru terfikir nak amik master. Entah kenapa, tiba2 pulak rasa mcm tu…dah sampai seru gaknyer..hehe.. Fikir balik, klu nak amik master, kurang2 kena ada duit poket sendiri gak, tu yg kena berusaha lebih sket. Klu kena master kat oversea lak, belanja mesti tinggi. Kena detailkan plan lagi la nampaknya…

    En. Sham nak sambung master kat mana? Teruskan usaha anda nanti. Selamat Belajar!

  4. By sham on Mar 5, 2008 | Reply

    Kalo saya sambung pun dalam Malaysia je..Kalo phd tu, luar la.Sementara masih muda ni,belajar la..kalo dah tua,susah nak belajar..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan