Raja Adsense

PIlihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) Terengganu

Written on February 27, 2008 – 11:05 am | by sham |

Saya tak berapa suka bercerita pasal politik. Lepas baca berita pasal Nenek Maimun iaitu calon bebas  melawan Pengerusi PTPTN (BN) dan Mohamad Sabu (Pas), ia menarik minat saya untuk menulis pasal PRU 12. Saya akan balik Terengganu pada 6hb ni. Seperti biasa, time pilihanraya memang “panas” kat Terengganu.

Saya agak terkejut jugak dengan calon baru tempat saya akan mengundi. Calon yang bukan saya respek sangat berbanding calon dulu.Kenapa “dia” buat macam tu? Takut tak terpilih jadi MB ke apa dengan menyingkirkan pemimpin yang berkarisma lain. Walaupun saya tak tengok lagi keadaan @ feel pilihan raya kat Terengganu, saya dapat rasakan ia adalah satu pilihan raya yang sengit.

BN Menang lagi?Mungkin…Pas Menang? Pun ada kemungkinan sebab 3 nama besar PAS bertanding kat Terengganu.  Bagi saya sekarang ni 50-50 peluang antara 2 parti. Kita tengok saja lah nanti siapa yang menang.

Selamat Mengundi, Ingat Undi Anda adalah Rahsia….:p

p/s:Saya nak p bergambar dengan Tok Maimun la nanti. Saya cari dia bila balik nanti.Interview skit.Billi Lim saya dah pernah jumpa & bergambar dengan dia…hohohoho

p/p/s: Bagi saya politik sekarang politik kotor, tak kira la parti mana sekalipun.Saya tak percaya kalo mereka katakan mereka “bersih”.Dah takde politik bersih pada zaman sekarang.Anda boleh bangkang jika tak bersetuju kat ruangan komen.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 12 Responses to “PIlihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) Terengganu”

  2. By komenebook.com on Feb 27, 2008 | Reply

    (salam)..saudara sham

    saya pun jenis tak suke sangat berpolitik, tapi la nie selalu sangat balik lewat smp pkl 1-2 pagi..tengok gelagat penyokong dua-dua pihak (esp BN dan PAS) buat persiapan..macam2 peel.

    apapun, ni la p.raya paling unix coz “tok maimun” akan bertanding selepas 4x apply nak jadi calon. saya cuma kesian kalo dia ilang wang pertaruhan..RM10 ribu bukan satu jumlah yang sikit!

    saya selalu lepak kat kedai kopi kat satu area yang memang panas. saya rasa sham boleh agak kat mana. [klue, six stone..hehe :-) ].istimewa kedai kopi ni, dua2 golongan penyokong slalu minum kat situ. so, banyak crite la yang dapat saya dengor. betulla, memang byk kes2 yang boleh jadi konteversi dari segi pemilihan calon yang berkaliber ni. tapi, kite ni hanya rakyat biase, sape la kita nak g jumper orang2 yang berkenamaan kan?

    kalo bercakap pasal politik ni, memang mcm tu la saudara sham…jarang sangat orang nak berpolitik kalo tak dok kepentingan…tipu kalu kate takdeer..bukan nak kata..ada sorang hamba allah yang sangat2 saya kenal sekarang ni dah “tukor kiblat” coz kecik ati, tak dapat apa yang dio kejar…so, boleh fikir sendiri la ape motif dia join parti kan?

    yang bersih ni pun satu, kalo bersih sekalipun, geng2 penyokong yang fanatix ni pula yang jadi “terlalu bersih”..pemimpin hanya kata “A” tapi, juak2 la yang modified sampai jadi “A+” dan “A-”. itula realiti politik sekarang. saya pun memang sependapat dengan sham..it’s very difficult to determine unless we really involved it.

    politik ni bukan boleh masuk suka2 kalo takder ilmu yang mantap. naruto pun boleh kalah kalo setakat guna rasengan dan teknik pembahagi bayang dia..hohohoho!!!

    apapun, sesiapa yang baca komen saya ni, selamat mengundi saya nak ucapkan. pilih calon yang anda rasa layak dan mampu beri kemudahan pada rakyat. pilihan di tangan anda..pilihan anda akan menentukan halatuju negara akan datang!

    selamat mengundi sham, selamat mengundi kawan2.. :-)

  3. By titan on Feb 27, 2008 | Reply

    Aku tak bangkang sham. Kalau takat politik nih. Memang kene main kotor. Tak pernah aku dengar politik bersih. ala, pilihan raya campus pun main kotor apa..

  4. By sham on Feb 27, 2008 | Reply

    Komenebook, betul tu…

    Titan, masa kat u hari memang la..saya hampir jadi calon pembangkang dulu..huhuhu.

    masa pilihanraya campus dulu pun pakat pangkah je..kalo lawa, kawe sokong la, tengok muka okay..sokong la..tak kisah pembangkang atau pro universiti..

  5. By JimieRay on Feb 27, 2008 | Reply

    Sham…Tiada rahsia antara kita. :)
    Biarlah bulan terus ‘MENGAMBANG’ di bumi Terengganu.

    Sebenarnya politik tidak kotor, yang mengotorkannya adalah orang yang rakus mahu kekuasaan untuk kepentingan tertentu.

  6. By naem | diariadsense on Feb 27, 2008 | Reply

    yup..politik yang megikut lunas2 agama tak kotor..tapi manusia je yang mengotorkannya..

    main kotor hanya sesuai untuk orang yang tamak..macam dalam adsense le…hohoho…

    tapi ada jugak sebahagian teknik yang orang aggap kotor, tapi itu strategi berperang yang perlu digunakan untuk berlawan…

    betul tak?

    Sebab tu islam lebih terbka dalam soal muamalah.. lebih banyak harus dari haram

  7. By smartzul on Feb 27, 2008 | Reply

    Yang tak best dalam pilihanraya ialah waktu kempen dan waktu mengundi..

    YANG PALING BEST ialah waktu pengumuman keputusan. Macam tunggu pengumuman tarikh hari raya. Hehe..

    Sorry lari topik. :p

    ps. Saya pernah ikut geng politik XXXX dulu. Tapi biarlah ia menjadi sejarah. Apa sahaja akan jadi kotor akibat tangan manusia sendiri.

  8. By beduz on Feb 27, 2008 | Reply

    saya balik gak ganu nanti. mengundi di chukai,kemaman.
    harap2 kali ni ‘bersih’ dari serangan FRU..he3
    p/s: pernah juga di sembur air..hu3

  9. By titan on Feb 27, 2008 | Reply

    Sham : Hoho..lagi best klu time pilihan raya kampus tu ada awek lawa turut bertanding. Tak payah promosi pun menang punye..Haha, aku pun turut pangkah dia gak..Mana taknya. Budak tutorial aku tuh..

    Rindu aku politik kampus. Aku selalu gak. Rapat dengan diorang sebab ada projek. Kalau nak mintak HEP, berzaman la nak dapat duit nak run projek kelab. Member baik aku. Setiausaha MPP. Sebab dia satu kos dengan aku. Member baik punye. Tapi proposal mesti cantek. tak leh cincai..

    Hoho..tahun ni tak tahu aku pangkah mana plak. Undi adalah rahsia even pada awek aku sekalipun.

  10. By sham on Feb 28, 2008 | Reply

    Titan, sama la kita..Asal cun je, dapat la my vote..huhuhuh

    YDP MPP UUM (2005)dulu member baik, tapi jarang lepak kat bilik MPP.Lepak kat bilik je.Bila berkumpul dok gelak kenakan member.

    Semua dah jadi kenangan.Semua sekarang ada komitmen masing masing sebab 3 daripada kami berlima dah kawin..Tinggal saya & sorang lagi yang setia dengan UUM,still kat sana wat Biz.

    p/s: Saya akan mengundi di ADUN Bukit Payung & Parlimen Marang…Parlimen paling hot..hohohoh

  11. By titan on Feb 28, 2008 | Reply

    haha. YDP MPP UMS dulu memang selalu kene kutuk. Tak buat keje sangat. Tapi muka selalu menempel bila ada majlis. Yang aku kesian budak2 buat keje dia dan take over. S/u nih la yg sakit kepala dok ngadu kat aku. Hoho..aku dulu handle kelab kat UMS> Tu pasal selalu mintak duit kat MPP nih. HAha..

    Skrg, masing2 dah kawin, dah keje, dah meninggal pun ada..

    Aku mengundu kat Banting Je. Morib.

  12. By kita on Feb 28, 2008 | Reply

    saya sokong sham….politik itu tak kotor tapi segelintir ahli politik yang mengotorkannya semata-mata kerana kuasa dan wang.

  13. By saharman on Feb 29, 2008 | Reply

    Undi jangan tak undi….. pilihan di tangan kita. Jangan menyesal pulak kalau salah pilih.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :