Raja Adsense

Archive for March, 2008

Video Raja Adsense apa cerita?

Saturday, March 29th, 2008

Ada pelanggan lama masih tertanya tanya bilakan mereka akan mendapat Video Raja Adsense..Sebenarnya ia telah pun saya berikan kepada pelanggan baru  berumula januari 2008. Namun, ia mendapat feedback yang cukup memberansangkan setakat ini.

Perlu bayar tak? Tak perlu.Saya berikan percuma kepada pembeli ebook raja adsense. Bila saya akan full release?….Nak tau kan? Ia akan saya release pada ulang  tahun ke dua RajaAdsense.com pada 30 April nanti. Sales letter pun akan mengalami perubahan rupa.

Ia merupakan perancangan saya sebenarnya. Saya sebenarnya boleh release video Raja Adsense dah lama dah. Tetapi saya ingin siapkan “kembar” RajaAdsense.com iaitu PanduanAdwords.com terlebih dahulu.

Dalam perancangan pembangunan produk saya,saya mempunyai “product chain” dan “marketing chain”. Saya akan mengikut niche apa yang saya mahukan sehinggakan ia siap meliputi topik berkenaan. Niche pengiklanan sangat besar. Dan pengiklanan merupakan sesuatu yang baru kepada usahawan malaysia.

Jadi ia menjadi tangungjawab kita untuk memberi pendedahan tentang kuasa pengiklanan. Ia disedari oleh syarikat besar. Namun,ia tidak disedari oleh usahawan kecil. Ini yang membantutkan pertumbuhan perniagaan kecil berkenaan.

Tidak percaya? Laman web cadar shop shuth & isteri mendapat sambutan mengila setelah artikel tentang isteri shuth keluar di Utusan dan MHI. Itu baru sedikit. Jika iklan betul betul,pasti shuth dan keluarga terpaksa mengaji orang untuk membantu mereka menguruskan perniagaan mereka.

Itulah kuasa pengiklanan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

B2B atau B2C

Friday, March 28th, 2008

Masih ramai yang beranggapan (Business to Customer) B2C lebih menguntungkan. Sebenarnya pasaran yang lebih bagus ialah perniagaan berkonsepkan (Business to Business) B2B. Itu adalah perniagaan yang sebenarnya. B2B sebenarnya lebih besar pasarannya berbanding B2C.

Mungkin ada yang melihat customer atau golongan biasa ramai. Sudah tentu pasaran besar, sebenarnya ia kecil sahaja daripada pasaran sebenar. Kenapa? Sebagai contoh pengeluar Simen terbesar Malaysia iaitu YTL. Mereka tak mensasarkan orang biasa yang beli seguni dua. Mereka mensasarkan pasaran yang lebih besar iaitu syarikat besar buat bangunan. Dengan B2B, mereka lebih untung berbanding B2C.

Pasaran runcit pun sama. Untung pemborong lebih besar daripada peruncit! Pemborong mensasarkan B2B, mereka tidak menjualnya kepada pelanggan biasa kerana tidak menguntungkan berbanding kepada peruncit. Ini adalah antara perniagaan berasaskan B2B yang kita boleh nampak…

Lagi, perbankan dan kewangan mereka lebih untung servis kepada perniagaan atau B2B. Sebab itulah kenapa kita hanya fokus kepada B2C sedangkan perniagaan B2B lebih menguntungkan. Sebab itulah produk saya akan lebih kepada B2B bermula tahun ini. Ebook RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com adalah berkongsepkan B2C. Ia mensasarkan pelanggan biasa. Jadi harganya saya hanya letak RM50. Ini adalah kerana mereka tidak mampu untuk lebih mahal daripada itu.

Ia berlainan dengan PanduanAdwords.com dan PanduanIklan.com yang akan mensasarkan B2B. Hanya usahawan yang disasarkan. Ia bukannya orang biasa. Jadi jika anda bukan seorang usahawan tidak perlu lah membelinya kerana ia tidak berkaitan dengan anda. Kenapa bazirkan kepada perkara yang anda tidak gunakan?

Anda boleh lihat pricing yang saya lakukan untuk B2B lebih tinggi berbanding B2C. Sebab ia adalah perkhidmatan perniagaan. Sebab pricing ini juga jualan tidak la sehangat produk B2C. Saya hanya mendapat RM2K lebih dalam masa 3 hari sahaja. Tetapi ia berbaloi kerana walaupun jualan kurang,tetapi harganya tinggi menyebabkan ia seimbang.

Faktor lain ialah kerana saya belum mengiklankan kepada market sebenar produk ini. Apabila ia sudah diiklan di akhbar dan majalah. Ia akan menjadi suatu perkara yang berlainan. Ini adalah kerana dalam pengiklanan anda perlu iklankan pada pasaran yang betul barulah ada respon.

Sebagai contoh anda membuat perkhidmatan perkahwinan.Jadi tempat yang sesuai ialah di majalah yang berasaskan perkahwinan. Anda boleh tawarkan samada ia khidmat B2C atau B2B. Jangan iklankan ditempat yang salah kerana mereka tidak berminat dengan apa yang anda iklan. Tak sesuailah benda tentang nikah kahwin anda iklankan di majalah kereta.

Jika anda inginkan untung yang besar, B2b adalah model perniagaan yang terbaik untuk anda ceburi. Namun, anda memerlukan idea yang bagus dan strategi pemasaran yang betul. Anda juga memerlukan perancangan yang teliti agar  tidak tersilap langkah.

Pengiklanan adalah niche yang sangat besar dan berpotensi besar. Sebab itulah saya ingin mempelopori bidang ini. Telah ada agensi pengiklanan. Tetapi pasaran cukup besar. Ia tidak terkesan pun. Lagipun permintaan terhadap pengiklanan sentiasa ada. Ya..Sentiasa ada..

Jika anda ada idea dan ingin JV dengan saya. No problem.Saya mengalu alukannya. Ini adalah kerana niche pengiklanan sangat besar. Saya tak mampu untuk “makan” sorang sorang. Lebih baik saya kongsikan kepada yang berminat..

Tadi, saya ada menerima panggilan daripada seseorang,dia cakap dia lebih percayakan produk yang tidak mempunyai affiliate. beliau mahukan ebook yang mengajar betul betul bukannya umum.Saya pun cakap la panduan adwords adalah ebook teknikal.Takdenya bercerita tentang perkara umum.

Saya tidak akan komen tentang perkara diatas kerana setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat masing masing. Affiliate pun merupakan sejenis kaedah pengiklanan.

Tentang panduan adwords, ia adalah ebook teknikal. Tetapi ia adalah asas.Saya dalam proses menyiapkan video tutorial. Video penerangan yang spontan saya telah pun letakkan pada Sales letter PanduanAdwords.com. Anda akan tergelak rasanya.Tak pun tersenyum seorang diri. Itupun banyak saya potong sebab terlalu merapu.

Video tutorial juga saya akan buat secara spontan.Saya takkan gunakan script apa apa.Itu yang akan membuatkannya ia unik. :p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apabila Umur Dah Bertambah…

Thursday, March 27th, 2008

Nampaknya rakan saya Smartzul menyambut hari lahir ke 26 pada hari ini. Selamat hari lahir buat zul.Beliau ada berikan hadiah istimewa untuk pembaca blog beliau. Kalo zul kat area sini saya dah belanja makan. Jika hari lahir saya pulak, biasanya saya akan buat majlis makan makan bersama keluarga. 5,6 ekor ayam akan menjadi korban untuk dijadikan BBQ….

Cuma pada tahun lepas, saya menyambut bersama tunang saya. Dia buatkan kek special.Best… Teringat kek la pulak. Nampaknya dah kawin jadi makin tembam la nanti. Masakan dia sedap jugak. Dah la dah pun tembam sekarang ni. Kena jadi mcm sabri saifulsham la…Diet…

BMI saya pun dah terlebih berat dah sekarang ni. Kena turunkan beberapa kilo lagi. Dulu perut berketul,kini dah berlipat..oh….Dulu saya adalah pemain ragbi..Dah bersara dah.Dulu pemain daerah masa sekolah dulu la.Sendi bahu & lutut dah jam.. Sendi bahu kanan pulak tu..Kadang kadang bila buat keje ganas skit,dia terkehel… Sakitnya..Fuh… Masa kat Universiti ingat nak main balik..tapi tak jadi..saya terjebak dengan kayak…

Masa join tournament antara kolej,dapat nombor 3.Okay la tu..Tambah koleksi medal kat dalam bilik saya..

Saya masih lagi 24 tahun sekarang ni. Pada 6 Mei nanti barulah oficial 25 tahun. Dah suku abad dah umur saya ni..Apa sumbangan saya bila dah suku abad ni?…

Apa apa pun Selamat Hari Lahir buat Zul. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Perjuangan kita belum selesai zul…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Apakah MFA,Adsense Arbitrage,Smart Pricing dan Google Slap?

Wednesday, March 26th, 2008

Ada orang yang bertanya kepada saya pada post sebelum ini tentang semua istilah tersebut. Semua istilah tersebut berkaitan dengan Adsense dan Adwords. Saya huraikan satu persatu…

MFA
Ia bermaksud made for adsense. Ia adalah istilah khas bagi laman web yang dibina khas untuk adsense semata mata. Apa yang ada dipenuhi dengan kod adsense. Jadi disebabkan ia khas untuk adsense. Jadi klik pun kat adsense jela. Mereka yang buat ni adalah mereka yang sangat bergantung kepada adsense untuk mendapat duit.Mereka biasanya memfokuskan pada High Paying Keyword(HPK).

Adsense Arbitrage
Ia adalah teknik mengunakan PPC(pay per click) untuk MFA site. Jadi gunakan trafik daripada PPC untuk dapatkan klik pada Adsense.Mereka gunakan HPK, jadi klik pada Adsense lebih menguntungkan berbanding kos yang mereka keluarkan pada PPC. Ebook F2R milik ringgithit adalah mengunakan teknik ini…Beliau gunakan Yahoo Search Marketing(YSM) untuk menjana trafik ke laman web adsense.

Smart Pricing
Ini pula yang Google lakukan bagi mengatasi Adsense Arbitrage. Apa bila ia mengesan teknik ini, ia akan menurunkan nilai keyword  per klik yang  dapat dalam Adsense. Mereka mungkin hanya dapat 1 sen bagi keyword yang bernilai USD40.Apabila sesuatu laman web dikenakan smart pricing. Pendapatan adsense nya akan menurun mendadak sehingga ia boleh mencapai 1% ke 10% je daripada apa yang patut  publisher tu dapat.Kesan smart pricing akan dirasai selama beberapa minggu sehinggalah Google menilai kembali laman tersebut.Ia juga boleh dikenakan smart pricing selama lamanya…huhuhu

Google Slap
Istilah ini muncul apabila Google membuat polisi baru bagi melarang Adsense Arbitrage dilakukan di Google Adwords. Ini adalah kerana PPC Adwords menjana banyak traffik. Dahulunya ia menjadi sasaran untuk MFA site mengunakan kaedah Arbitrage. Sesiapa yang membuat Arbitrage dengan Adwords akan terkena apabila Google akan menukar CPC(cost per click) bagi setiap klik daripada 1 sen kepada USD10. Jadi mereka yang membuat Adsense Arbitrage dengan Google Adwords mengalami kerugian yang besar. Mereka terkena Google Slap(tamparan google) dan juga smart pricing.

Google juga telah menambah polisi dimana mereka yang membuat adsense Arbitrage di Google Adwords akan diban daripada program Google Adsense. Jadi mereka akan diban buat selamanya daripada program Google Adsense. Jadi ramai la yang dulu pendapatan beribu ribu dengan Adsense telah menjadi beratus ratus je.

Ini adalah kerana ramai yang terkena smart pricing dan sebagainya. Sebab itulah keluarnya Death of Adsense dulu…Ia mengemparkan seluruh dunia sehinggakan teknik pemasaran yang digunakan telah ditiru oleh ramai pakar dan jutawan internet. Scott Boulch kalo tak silap namanya.

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang istilah berkenaan. Senang je nak paham..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Saya Bayar Untuk Anda Review

Sunday, March 23rd, 2008

Saya perlukan 5 orang yang dapat mengkritik Sales Letter PanduanIklan.com dan PanduanAdwords.com. Walaupun sales dah melebihi RM2K tetapi saya rasa terdapat kekurangan Ummph pada sales letter tersebut. Jadi saya akan membayar kepada 5 orang yang dapat mengkritik paling membina.

Jika kritikan sangat membina,saya akan naikkan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih. Saya perlukan honest review, bukan nak bodek pape. Saya nak tau kelemahan sales letter berkenaan. Ia adalah tindakan pembaikan sebelum saya mengiklankan dalam harian metro minggu hadapan. Iklan akan bermula pada 29hb Mac nanti selama 30 hari.

Hasil pengiklanan ini akan saya masukkan kedalam ebook Panduan Iklan Media Cetak nanti. Jadi sebelum iklan,saya perlu memperkuatkan selling point pada sales letter.Ini adalah kerana jika anda dah beli ebook saya, pembaca blog saya dan ahli forum, mungkin anda mengenali saya.

Apabila iklan di harian metro, mereka tidak akan mengenali saya. Inilah cabaran pengiklanan di media cetak. Bagaimana untuk membuatkan orang yang tidak mengenali anda, membeli daripada anda. Daripada 19hb ke hari ini saya telah pun membelanjakan lebih kurang RM600 untuk iklan sahaja. Apa yang saya mahukan ialah pulangan 5@6 kali ganda daripada apa yang saya belanjakan untuk iklan.

Jadi jika saya spend untuk iklan RM600, saya mahukan pulangan RM3600 atau lebih. Setakat ni saya dah berjaya  capai. Jadi jika ada yang berani menyahut cabaran saya ni untuk review sales letter saya. Saya tau saya tak sempurna.Saya nak jadikannya ia lebih sempurna.

Jadi saya memerlukan bantuan Review daripada mereka yang boleh “melihat kelemahan & kelebihan” sales letter yang saya buat. Untuk review produk/ebook saya biasa serahkan pada yang pakar dalam bidang berkenaan. Dan untuk panduaniklan.com, hanya 4 orang pakar sahaja.Mungkin akan tambah 2,3 orang lagi.

Ada berani untuk menyahut cabaran review ni? Oh lupa.. USD3 untuk review terbaik dan membina. Yang terbaik saya akan naikkan lagi. Jadikan ia satu cabaran untuk anda belajar menilai dan mengkritik. Saya kira ia boleh jadi satu niche yang bagus untuk dijadikan servis.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan