Raja Adsense

Jual Buku Terpakai, Tak boleh ke?

Written on March 1, 2008 – 2:56 am | by sham |

Ada satu isu dimana ada orang cakap tak boleh jual buku fizikal tanpa kebenaran kat WC…Erk..Apsal pulak tak boleh?Jangan terlalu terikat dengan peraturan perniagaan internet jual benda digital. Jika ebook, memang tak boleh. Kalo buku terpakai yang kita beli kat kedai tu. Ia dah jadi hak kita dah bile kita beli.

Jadi kalo nak jual balik lepas kita baca, takde masalah pun.Tak melanggar undang undang pun.Lain la kalo kita fotostat & kita jual.Yang tu salah la. Yang kelakarnya, ada yang atas pagar…Boleh kot?…Salah ke jual buku kembali…

No heart feeling ye…:p.Take it positively..

Apabila kita beli, harga yang kita bayar adalah termasuk keuntungan penerbit dan juga royalti penulis. Tentang royalti penulis pulak, diorang just dapat dalam rm3 je untuk satu buku yang terjual. Tapi kalo 30,000 buku terjual, banyak la kan? Best jugak jadi penulis buku mcm Irwan Dahnil, Shuth, Zamri Nanyan, Osman Affan,Team Saifulsham & yang paling saya respek of course Irfan Khairi. Mereka ni hanya Bro Zamri Nanyan yang saya tak pernah jumpa lagi.

Irwan Dahnil?Selalu sangat jumpa..hohoho..Shuth, rasanya 2 kali jumpa(selalu chat), Osman Affan saya jumpa beberapa kali pada berlainan majlis, Irfan Khairi saya jumpa beberapa kali jugak. Saifulsham jumpa sekali masa Konvensyen diorang tahun lepas.

Jika kat ebay, jual barang terpakai adalah tujuan utama ebay dibina & barang yang terjual kali pertama di Ebay adalah printer terpakai kalo tak silap saya. Sekarang ni, bukan setakat printer. Nak jual kapal selam terpakai, kereta kebal terpakai..semua boleh..Dan…Ia adalah salah satu perniagaan yang menguntungkan walaupun ia adalah terpakai.

Sebab tu, perniagaan kereta terpakai sekarang ni tumbuh bagai cendawan lepas ujan.Sebabnya,orang tak mampu beli yang baru.Diorang beli yang terpakai la.Tak bagus ke?Kadang kadang yang terpakai lebih bagus daripada yang baru.Kenapa? Tak percaya?Kereta lama kadang kadang cukup tahan lasak kecuali proton la..huhuhu

Kalo buku dalam bentuk ebook macamana pulak?Erk…Macamana tu yek?Sekarang ni kan banyak buku yang diebookkan…Jom kita bincang isu ni…Benda digital ni susah nak tentukan la.

Tapi kalo pendapat peribadi saya, ia tak boleh sebab ia ada hak cipta.Ia adalah ebook berbayar.Jadi hormati hak penulis. Tu adalah pendapat peribadi saya la. Ter”konpius” jugak saya pasal isu ni..

update:Barang pertama yang terjual di ebay adalah mesin taip rosak oleh owner ebay sendiri.Rupanya orang yang nak buat koleksi mesin taip rosak..huhuhu..Ada jugak, pelik kan manusia?:p

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 9 Responses to “Jual Buku Terpakai, Tak boleh ke?”

  2. By naem | diariadsense on Mar 1, 2008 | Reply

    kalau ebook tu di buku kan, off course takde masalah lagi kan? Tak pun kalau nak jual ebook tanpa izin pemiliknya, boleh asalkan bayar balik pada pemilik harga ebook tu je…hohoho..ada ke si lanun nak buat macam tu…

    ps: kat ebay, boleh jual negara terpakai tak? hehehe

  3. By sham on Mar 1, 2008 | Reply

    negara terpakai? Oh.. Dalam maksud tu..:p

  4. By beduz on Mar 1, 2008 | Reply

    saya pun pernah jual buku terpakai.jual buku komik la mcm dewata raya, anak2 sidik, gila-gila,dan mcm2 lagi la buku klasik. skg nak jual buku sen ze plak mengenai internet pajamas plak.ada sape2 nak beli?

  5. By reezluv on Mar 1, 2008 | Reply

    masa aku gi seminar tu,tertarik ngan company mobil e ni nak amek freelance dan makan royalti..huhu..tulih novel mobile..memacam lagi ar..kalau la bleh submit product kita dan download dan baca melalui mobile..tak ke best..:D

    setakat ni buku yang banyak kat umah saya tu Readers Digest..rasa macam nak jual je..takde cacat cela pun lagi..:D

  6. By sham on Mar 1, 2008 | Reply

    kalo orang nak jual reader digest kat saya,saya tak beli..:p.Lagipun saya tak pernah baca pun reader digest tu..

    Novel mobile dah pun dilancarkan oleh PTS.Saya tak tau la mcmana pembahagian keuntungan sebab duit sms ni skit je dapat.Kalo novel pendek,takde masalah la.

    Lagi satu, macamana nak baca novel dari HP.Tak pernah terfikir lagi..hohohoh..wat novel sambung sambung la best..:p.makan banyak skit duit sms..

  7. By smartzul on Mar 1, 2008 | Reply

    Ebook sama macam software. Tak boleh disebar-sebar sesuka hati. Sebab tu wujudnya lesen hak jualan. Kalau nak jual, ‘beli’ je lesen hak jualan. Macam tu juga software (ada lesen).

    Walaupun konsep ebook dan buku nak sama, tapi banyak juga bezanya. Pendek kata, jangan nak samakan semuanya.. :)

  8. By titan on Mar 2, 2008 | Reply

    em..macam2 boleh jadi. sampai ada pelanggan aku siap bagitau aku.

    “saya dah print ebook awak tuh. senang nak baca sebab kat rumah saya takde PC. lepas tu kawan saya pinjam. dia potostat ebook awak tuh. tak apa kan?”

    ini minah tu siap call aku lagi..apa korang rasa kalau ada pelanggan call cakap camtu juga? ini baru kes ebook.

    klu barang terpakai. aku jual komik je. memang laku klu jual bundle. huhu..bersih dah rumah aku dari komik..

  9. By saiful-RezekiHalal.com on Mar 4, 2008 | Reply

    Memang dalam maksud si Naem tu..Negara Terpakai? hu hu

  10. By bard on Oct 27, 2008 | Reply

    Saya masih memikirkan dan tengah tunggu produk digital yg boleh ‘bacakan buku novel’ bagi golongan OKU, moga mereka-mereka turut mendapat manafaat dari kesan ICT dizaman globalisasi ini.. Ada ker yg berani keluarkan..

    Mereka pun manusia biasa jugakan..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan