Raja Adsense

Momentum Menulis, Bagaimana nak mendapatkannya?

Written on March 3, 2008 – 10:51 pm | by sham |

Ramai yang tertanya tanya kenapa sesetengah blogger seperti Smartzul sentiasa ada idea untuk menulis.Kadangkala beliau menulis satu artikel yang sangat panjang sampai jenuh nak membacanya.Malah setiap patah perkataannya ia tersusun dengan ayat ayat ilmiah. Mesti ada rahsia kan?

Saya kenal Zul ketika saya baru beberapa minggu melancarkan Ebook Pertama saya iaitu Panduan Raja Adsense pada tahun 2006. Dah masuk 2 tahun dah.Kami pernah berganding bahu untuk menjayakan Bengkel Perniagaan Internet yang kini terhenti.Bila nak start balik bengkel?Tunggu dapat ilham baru kot..:p

Bagaimana Zul dan kebanyakan blogger mendapat ilham untuk menulis setiap hari.Tak habis idea ke diorang ni? Rahsianya praktis dan praktis. Ia tak datang secara sendiri la. Zul sebagai contoh berlatih menulis bertahun tahun lamanya. Sebab itulah mat salleh cakap “practice make perfect”. Mereka meneruskan momentum menulis mereka tanpa henti.Selagi terdapat menekan keyboard,mereka akan menulis..hohohoh

Malah jika ada idea, mereka tulis. Mesti ada yang mengatakan,”Ala, tak payah tulis pun takpe, semua ada dalam kepala ni”. Anda salah sebenarnya. Anda tetap akan lupa kalau berpendirian sedemikian. Ini adalah kerana otak kita kena sentiasa diingatkan. Sebab itulah dalam buku atau audio Dr.Fadhilah Kamsah suruh kita dengar atau baca berulang kali. Ia akan memantapkan pemikiran kita.

Idea pulak macamana nak dapat lagi? Banyakkan membaca.Kebanyakan jutawan dan orang yang berjaya memang kuat membaca. Bagi mereka setiap masa lapang mesti diisi dengan sesuatu yang berfaedah iaitu dengan membaca. Ada diantara mereka mempunyai mini perpustakaan di rumah.Kalau tak percaya, lawat la rumah mereka.Saya pasti anda akan melihat betapa banyaknya buku yang mereka baca.

Saya pulak? Saya baru ada 2 rak buku. Satu kecil (sebelah katil saya), satu besar kat luar bilik saya.Malah nota kuliah saya ketika belajar dulu masih tersimpan dengan ber”binding” dirak buku saya. Saya cukup sayang kalo nak buang buku atau nota saya dulu.Kadangkala saya masih merujuk nota tersebut. Koleksi buku saya masih sedikit saya berbanding mereka yang berjaya lain. Hari ini saya baru sahaja menghabiskan buku “Mencari Maut” tulisan Azizi Ali.

Saya tidur dengan buku! Itulah yang terjadi.Sekarang pun dah menjadi hobi saya melepak di kedai buku seperti Popular, Mph & Borders. Tapi saya sukakan Borders,style susunan buku & layout dia memudahkan kita mencari buku.

Tips keempat, jangan terlebih tidur. Budaya tidur terlebih ni sebenarnya menjadi ancaman utama kepada usahawan internet dari rumah.Yela, buat kerja kat tempat tidur.Menurut Zul, beliau tidak akan tidur melebih 8 jam sehari. Masa muda kena kerja kuat.Saya setuju dengan Zul.Istilah masa muda untuk enjoy adalah silap, mereka yang mengamalkannya pasti menyesal bila dah tua.:p .Tapi jangan tak tidur pulak.Badan kita pun perlukan rehat yang cukup.

Saya tidur?5 jam je..Tapi saya akan tidur sekejap pada tengahari sebelum Zuhur.Tu kalo kat rumah la, kalo kat ofis saya tak tidur la sebab tak sedar.Tengok tengok dah kul 5 petang.Dan…Saya jarang ke ofis kecuali ada keje nak buat atau ada appointment.

p/s:Zul nak lancarkan produk terbaru beliau iaitu Video Panduan Upgrade WordPress. Ada Resell Right lagi tapi hanya 50 orang saje.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 12 Responses to “Momentum Menulis, Bagaimana nak mendapatkannya?”

  2. By titan on Mar 4, 2008 | Reply

    Hehe..tak tahula sham. Aku menulis bila dapat idea kat blog tu. Tapi idea tu sentiasa stand by. Memang kene bijak tangkap isu dan peluang2 yg ada. SO, takdelah kehabisan idea..

  3. By sham on Mar 4, 2008 | Reply

    nak ada isu mesti kena baca jugak.kalo tak membaca,takde la isu.betul tak?

  4. By zulia on Mar 4, 2008 | Reply

    Idea tu kira ok jugak. Ada la skit-sikit. Tapi yang tak berapa tahu ni macam mana nak buat link iaitu nak masukkan rujukkan website lain? Itu yang tak masih kurang faham lagi le. Macam mana? Terima kasih.

  5. By saiful-RezekiHalal.com on Mar 4, 2008 | Reply

    Betul Tu Sham…nak idea menulis mestilah rajin membaca…pasti mencurah2 idea

    p/s aik..dah ada yang guna nama nickname aku(saiful)lak…hu hu

  6. By smartzul on Mar 4, 2008 | Reply

    Ia bergantung kepada seseorang itu sendiri. Rajin dan banyak membaca je tak semestinya akan ada momentum untuk menulis. Tak semua orang yang rajin membaca (banyak tahu) akan rajin dan tahu untuk menulis.

    Seperti yang Sham katakan, benda macam ni kena praktis. Saya sendiri dulu pun start menulis pada tahun 2002 kalau tak silap. Saya bermula sebagai penulis teks ucapan untuk majlis2 rasmi.

    Mula2 tu, memang kekok. Tapi bila dah selalu dapat tugas menulis, lama kelamaan menulis tu dah sebati dengan diri saya sampailah sekarang.

    Kalau nak berjaya dalam blogging, mula2 kita kena setkan matlamat utama. Mengapa perlu ada blog dan apa tujuan awal dan akhir blog tersebut? Kemudian tentukan nak tulis apa. Dari situ, barulah mula membaca dan merujuk (buat kajian) untuk dapatkan idea.

    Tip saya, jangan sibuk2 tulis benda lain yang bukan bidang anda. Nanti lari fokus. Once blog anda pasal A, jangan ubah kepada B gitu jer. Nanti pembaca setia akan lari. Rugi..

    Lepas tu kenalah ada keinginan dan kerajinan.. :) Blog ni tak sama macam laman web statik, kita perlu rajin update secara konsisten. Bila kita dah ada pembaca setia, mereka akan selalu masuk ke blog untuk baca artikel baru kita.

    Salah satu cara untuk saya dapatkan momentum menulis di blog ialah, saya anggap ia sebagai satu TANGGUNGJAWAB. Bila kita sebut tanggungjawab, maka ia MESTI dilakukan TANPA sebarang ALASAN.

    Tu lah serba sedikit tip saya.

    Thanks Sham bagi contoh saya kat sini. Ramai lagi blogger lain yang lebih hebat. :)

  7. By kakeru on Mar 5, 2008 | Reply

    Benar tu, En. Sham. Membaca memang satu keperluan dan kemestian utk menjana idea. Tapi, mcm Zul kata, kadang2 klu setakat membaca sahaja pun tak ke mana klu tak praktis menulis. So, kena tambah rasa tanggungjawab, jadi:

    baca buku + bertanggungjawab = momentum menulis

    Kalau byk baca buku dan byk rasa tanggungjawab, mesti momentum menulis tu akan meningkat. Thus, syabas wat sumer yg rajin menulis terutamanya En.Sham dan Zul. Kagum betul dengan anda semua! Doakan kami supaya dapat mengikut jejak anda semua :)

  8. By Han on Mar 5, 2008 | Reply

    menulis ni lah kelemahan saya…
    nak tulis satu perenggan pun susah…
    sebab takde idea…hehe

    kalau kata membaca, saya banyak membaca…buku, blog, forum…
    tapi tak tahu nak jadi kan ia tulisan…

    mcm mana sham?

  9. By beduz on Mar 5, 2008 | Reply

    dalam agama kt sendiri pun menerangkan betapa pentingnya ilmu. contohnya surah pertama yang diturunkan kepada Nabi SAW pun mengenai betapa pentingnya membaca..untuk mendapat ilmu dengan mudah, marilah kt membaca post2 yang dikeluarkan oleh kawan2 kt di blog mereka..

  10. By sham on Mar 5, 2008 | Reply

    Han,

    Kena betulkan mindset la…dari awal awk dah setkan tak boleh..tak boleh sampai bila la jadinya..

    Dalam islam, setiap perkara mestilah bermula dengan niat.Ia lebih kurang mcm mindset kita la..kalo baik,baik lah jadinya..kalo buruk, buruk la jadinya..

  11. By Han on Mar 6, 2008 | Reply

    thanks sham…
    saya akan cuba tulis satu artikel sehari di blog…hehe

  12. By kita on Mar 11, 2008 | Reply

    memang betul kata sham..saya sendiri update blog saya coz sebagai rujukan jika suatu hari nanti terlupa dan diwaktu yang sama dapat berkongsi dengan orang lain….

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 3, 2008: Youtube » Momentum Menulis, Bagaimana nak mendapatkannya?

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan