Tutup Perniagaan Yang Kurang Memberi Hasil
Saya telah menutup 3 laman web yang kurang memberikan hasil kepada saya. RahsiaTakaful.com adalah antara laman web yang saya akan tutup kerana tiada sambutan. Mungkin sebab lain, saya kekurangan idea untuk mengubah strategi pemasarannya disebabkan kekangan oleh pihak tertentu.Jadi saya mengambil keputusan untuk me”lepas”kannya.
Saya banyak memfokuskan pasaran Malaysia kalo ebook. Ebook RahsiaTakaful.com akan dimasukkan kedalam produk yang lain sebagai bonus daripada saya. Jadi tak rugi pun kalo saya, mengurangkan jumlah laman web yang saya ada sekarang. Salah satu sebab lain adalah untuk menfokuskan kepada beberapa projek yang akan datang.
Apabila 5 ebook saya dilancarkan nanti. Ia akan membina beberapa source income untuk saya. Anda akan lihat strategi pricing yang saya akan guna nanti. Jangan terkejut pulak nanti. Saya sedang untuk mendapatkan satu lagi sistem SMS untuk dijadikan tools tambahan untuk para pelanggan ebook Panduan Pengiklanan Media Cetak. Ini adalah kerana ia strategi saya gunakan dalam pengiklanan di akhbar.
Jadi bakal pelanggan saya akan berpeluang untuk membuat implementasi apakah yang saya maksudkan direct response dari iklan bercetak. Ini adalah kerana salah satu kelemahan iklan bercetak ialah tiada direct response terhadap iklan. Tujuan saya ialah untuk mengurangkan jumlah mereka tengok baru respon. Strategi Hibrid Marketing yang akan saya perkenalkan akan mengelakkan berlakunya kekurangan respon terhadap iklan.
Sudah tentu ia akan melibatkan media cetak, internet dan teknologi SMS untuk beroperasi. Sebab itulah saya namakan Hibrid Marketing. Ia mengunakan 3 medium untuk mencapai matlamat iaitu pemasaran berkesan. Saya tak sabar nak lancarkannya. Design laman web belum siap. Saya betul betul teruja untuk kongsikan strategi pemasaran yang saya gunakan di media.
Kos pengiklanan dimedia mahal. Hibrid Marketing akan merapatkan jurang dan meningkatkan respons rate iklan anda. Saya berani jamin kerana saya telah mengujinya! Ia khas untuk mereka yang serius untuk mencuba iklan di media seperti surat khabar dan majalah sahaja. Jangan beli kalo tak nak iklan.Saya cakap awal awal lagi ni.




8 Responses to “Tutup Perniagaan Yang Kurang Memberi Hasil”
By titan on Mar 5, 2008 | Reply
ehm..hehe. So, kene tunggu dulu sham launch dulu ebook baru tu..
Rahsiatakaful? Ehm..mungkin tak ramai yg berminat..
By sham on Mar 6, 2008 | Reply
A’ah..ada sambutan tapi terlalu sedikit.jadi lebih baik tutup jela…
By Rammel Firdaus on Mar 6, 2008 | Reply
sekurang2nya dapatk kuranglah kos maintenance dgn bill web hosting.
By sham on Mar 6, 2008 | Reply
Saya ada lebih dari 20 website..kurang la skit kos tu bila close 3. Satu site sebab server problem..CGY host..:p
By titan on Mar 6, 2008 | Reply
samala. aku dah tutup 2 akaun lepas diorang punye tempoh expired dah matang. malas aku nak sambung bayar untuk domain dan hosting. INcome dari situ memang banyak. Tapi sejak 1-2 bulan nih. Income taraak..so, bila expired. Aku biar je. Better tumpu yg ON profit..
By abdfatah on Mar 6, 2008 | Reply
oooooooo cgy jugak ke…? kesiannya cgy tu… nasib laa dia…
iklan media cetak yang berkesan… nak tahu jugak laa sedikit sebanyak…
dulu saya ada jugk buat iklan kat media cetak yang entah apa-apa. memang rugi sakan sebb terkejar2 dengan iklan peluang pendapatan yang tak tentu hasilnya… lagi pun buang karan je dengan kos pengiklanan yang terlalu tinggi… tambahan pulak iklan kecik yang tidak begitu menguntungkan…
nak buat iklan media cetak memang patut kena tahu strateginya… jangan ikut sedap hati je nak buat iklan dalam media cetak… asal ada duit aje buat iklan… macam logo celcom dan logo hotlink dan logo kuning… wahahahaha…
By smartzul on Mar 7, 2008 | Reply
Satu tip iklan di akhbar ialah, ambil ruangan ‘content’ (artikel). Elakkan di ruangan iklan. Kadar peratusan yg nak baca tu ada, tapi tak sebanyak di ruangan dalam artikel.
RahsiaTakaful tu macam ‘MLM’. Berjumpa face to face adalah lebih berkesan.
Laman web tu bagi saya sekadar promotion jer. Nak tak nak better jumpa berdepan. Tengok industri lah.
By sham on Mar 7, 2008 | Reply
Zul iklan kat bahagian artikel tu dia panggil ROP, harganya ialah RM3000 – RM4000 sekali keluar.Yang tu memang berkesan tapi jangan pandang sebelah mata jugak kat bahagian classified.:p
Saya tak cakap saje sebab saya test iklan tu semua.Pada anggapan kita,ia tak berkesan tapi sebenarnya ia berkesan untuk jangka masa panjang.
Ebook Rahsia Takaful tu saya akan jual kat orang nanti.PLR..Diorang boleh ubah & jadikan hak diorang. RM100..contact me kalo berminat.:p