Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com
Salah satu strategi baru saya dalam perniagaan saya ialah mengasingkan blog personal dan perniagaan. Jadi blog Raja Adsense ini akan menjadi blog berkenaan keusahawanan dan perniagaan sahaja. Untuk personal blog ia akan dipindahkan ke Shamsuriyadi.com.
Jadi semua portfolio saya akan dapat dilihat di Shamsuriyadi.com. Saya akan melaburkan beberapa ratus ringgit untuk theme bagi laman tersebut. Ini adalah kerana saya dah mempunyai banyak laman web jualan ebook. Jadi saya bercadang untuk penstrukturan semua laman web saya. Di mana laman web yang mempunyai kurang hasil akan digugurkan dan membina laman web baru yang lebih berdaya saing.
Shamsuriyadi.com akan menjadi lebih kurang laman web syarikat saya la. Semua berkaitan saya akan berada di laman tersebut termasuk blog personal. Yela, semua IM kat malaysia ada blog/laman web dengan nama mereka sendiri. Saya pun nak.:p. Hehehe.
Sebenarnya ia lebih kepada branding. Saya akan buat branding laman web tersebut kerana sasaran saya pada tahun ini untuk menghasilkan sebuat buku. Jadi Shamsuriyadi.com akan menjadi “brand” saya. Susah nak sebut? Tak boleh buat apa la. Orang still susah nak sebut nama saya tu. Tapi takpe, itulah keunikan orang yang bernama shamsuriyadi kan?:)
Laman web tersebut masih belum siap sepenuhnya.Mungkin akan dibina semula nanti. Tapi lepas mengundi. Lepas saya membuang undi, saya akan membuat sedikit pengubahsuaian pada laman web tersebut. Pengubahsuaian ini adalah untuk mengisi masa lapang ketika di kampung ni & sementara minisite dan ecover ebook baru saya siap.
Jadi anda perlu baca 2 blog saya la nanti. Di Shamsuriyadi.com akan ada perkhidmatan jugak nanti. Itulah yang saya akan highlight nanti. Ada beberapa perkhidmatan akan disediakan. Tahun 2008, saya akan keluar duit yang agak banyak untuk branding nanti. Hasilnya mungkin dapat dilihat dalam tahun depan kot. Matlamat saya ialah financial freedom pada usia 28 tahun. Masih ada 3 tahun untuk saya kejar.
Jutawan? Ia adalah satu bonus kalo saya berjaya capai. Tapi tu mungkin matlamat seterusnya selepas financial freedom. Semoga kita semua berjaya mencapainya nanti.
Selamat Memilih Pemimpin dan Selamat Mengundi.




9 Responses to “Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com”
By titan on Mar 8, 2008 | Reply
same. matlamat aku pun lebih kurang macam tuh. In this 3 years. Financial must be not a big problem to me.
Hehe. Memang rancang nak buat macam sham pun. Tapi sekarnag, busy dengan macam-macam perkara.
Apapun, dah jengok site baru tu. Not bad.
By emet on Mar 8, 2008 | Reply
Salam Perkenalan Rajaadsense:D
Senang je nak sebut nama sham-su-ri-ya-di tu
ada lima suku kata
impian saya juga adalah bebas dari segi kewangan, tak semestinya jadi jutawan, jadi ribuan pon ok.
Selamat mengundi…
By Rammel Firdaus on Mar 8, 2008 | Reply
Tahniah kepada sham kerana
akhirnya memiliki blog atas nama sendiri.
Pakai theme Revolution ke?
Mahal 2..
By Fai on Mar 8, 2008 | Reply
Tahniah Sham..
PS: Saya baru target nak beli theme tu hujung bulan ni.. Huhu
By sham on Mar 8, 2008 | Reply
A’ah, theme revolution..Memang lawa lawa,tapi theme business pro still takde tutorial..Jenuh gak nak godek..
Saya ingat nak beli lagi satu, theme dia memang cun..
Theme tu baru je release..still version 1.0. Harganya $79.95 atau rm260++.
By Han on Mar 9, 2008 | Reply
nampak pro theme…
memang lawa ah…
By beduz on Mar 9, 2008 | Reply
memang cun theme sham pakai untuk blog peribadi tu. semoga sham mencapai kebebasan kewangan pada umur 28…
By smartzul on Mar 9, 2008 | Reply
Menjadi jutawan tak wajib. Yang wajib ialah bebas kewangan (financial freedom) >> Ada simpanan dan kurang atau takder hutang (cashflow +ve).
Jutawan itu hanyalah satu bonus. Bagi saya, jutawan bukan matlamat saya. Sama sekali tidak.
Apa yang perlu saya buat hanyalah berusaha sekuat dan sebaik mungkin sepertimana kata Dr Rusly, “sekarang ni saya malas dah nak kira-kira duit berapa yang saya dapat. Yang penting saya buat apa yang saya suka dan tak berhutang”.
Saya pun ada domain nama saya sendiri, tapi just redirect ke smartusaha.com dulu buat sementara. Saya beli dua, smartzul.com dan mohdzulfadli.com. Bagi saya wajib kita beli nama domain guna nama sendiri.
By sham on Mar 9, 2008 | Reply
Ia untuk branding..Orang mengenali kita melalui laman web.