Program Nizal Talk
Semalam saya ke Nizal Talk kat De Palma Ampang. Hari yang cukup meletihkan buat saya. Ini adalah kerana saya baru sampai ke KL terus ke Nizaltalk pada pagi tersebut. Banyak info pasal komunikasi berkesan yang diketengahkan. Kalo mereka yang mengalami masalah komunikasi memang sangat digalakkan.
Shuth & Irwan Dahnil pun hadir semalam. Saya dengan irwan dan berpakat nak pergi. Apabila nak daftar, tengok ada nama Shuth kat borang pendaftaran.Saya adalah orang yang pertama sampai ke sana. Bersemangat la katakan..huhuhuh.
Bila dok sembang sembang pasal Projek tanaman rumpai laut Irwan kat Sabah, shuth pun datang. Ada banyak jugak program kat De Palma tersebut.Ada majlis kahwin,jabatan penerangan, bengkel forex soros1 dan juga uptrend kat sebelah bilik seminar kami.
Terdapat 2 orang DJ Radio yang turut hadir.Salah seorang daripada mereka pernah menemuramah Smartzul di radio mereka tentang perniagaan internet suatu masa dahulu. DJ Senja nick name kat radio atau Abg Marzuki. Dia bersama seorang rakannya,bekas DJ radio yang sama iaitu Abd Bad. Diorang ni memang sempoi…
Irfan Khairi selaku pengajur hadir pada awal dan akhir program ini.
(Klik Gambar untuk Besarkan)
Ada 2 orang yang datang untuk mengantikan anak mereka.Kak Latifah atau Kak Pah dan Abg Halim.Nampaknya mereka seronok walaupun mereka hadir bagi mengantikan anak mereka yang terlibat dengan Program di Universiti. Yang menarik ada peserta dari Brunei turut hadir iaitu En.Yusof, seorang usahawan petrokimia dari Brunei.
Kepada semua peserta, Selamat maju jaya.NizalTalk hanya dibuat 3 bulan sekali. Jadi bulan 7 nanti la kepada siapa yang berminat untuk menyertainya. Anda pasti akan mendapat sesuatu yang baru termasuk la peluang networking antara peserta. Ramai juga orang bank yang datang.
Bila sampai rumah, sakit kepala sebab keletihan.Telan panadol terus tido. Lepas solat subuh, pening masih belum hilang.Terpaksala telan lagi panadol.Apabila dah kurang pening kepala, baru la saya menulis di sini. Dah lama ia tak update kat sini. Gambar lain saya akan upload di blog Shamsuriyadi.com nanti setelah kepala ni kembali okay.
Pembayaran komisen RajaAdsense dan PenulisEbook akan dilakukan pada hari ini. Kepada mereka yang layak.Cek email anda nanti.




8 Responses to “Program Nizal Talk”
By smartzul on Mar 16, 2008 | Reply
Ehem, Sham semakin berisi yer. Tu belum kawin lagi.
DJ Marzuki atau dikenali Abg EmR. Dah lama tak contact dia.
Saya sebenarnya plan nak pergi jugak ke bengkel ni, tapi belum kesempatan. InsyaAllah nanti.
By sham on Mar 17, 2008 | Reply
ahaks..bila tengok gambar baru perasan..:p..Kena diet dah ni..huhuhuh
By titan on Mar 17, 2008 | Reply
aha..makin ada isi nih..
By zulia on Mar 17, 2008 | Reply
Saya suka cerita you. Next time saya nak join sama. Tapi, saya amator lagi nak join you all dah profesional. Terima kasih.
By sham on Mar 17, 2008 | Reply
pro?Saya tak pro dalam komunikasi ni..Agak hancus skit..heheheh..
saya tengah mencari “tune” dalam komunikasi ni..
By kita on Mar 17, 2008 | Reply
teringin juga menyertai kursus seperti itu bagi meningkatkan skill komunikasi namun keadaan tidak mengizinkan…bertuahnya mereka-mereka yang diberi peluang oleh Dia
By smartzul on Mar 17, 2008 | Reply
Berisi takper lagi Sham, jangan boroi. Jatuh saham. Haha..
By Han on Mar 18, 2008 | Reply
slmt pg sham,
haha… boroi takpe…jangan poket full…hehe
saya pun rasa nak join juga program ni…
tapi masa tak mengizinkan lagi…
han