RM60 Per Ebook bagi Ebook Siri Pengiklanan
Saya hanya nak beritahu perkembangan Ebook Terbaru daripada saya. Setelah pening untuk bagaimana untuk pakejkan ke semua ebook ini. Secara keseluruhan ialah harga bagi ebook ini adalah RM60 bagi setiap ebook. Tetapi saya akan pakejkannya nanti menjadi harga berlainan.
Namun, ada harga istimewa yang membeli kesemuanya. Saya hanya sedang menunggu aplikasi SMS siap sebelum ia dilancarkan. Ini adalah kerana pembeli ebook pengiklanan media akan menerima satu keyword aplikasi SMS bagi melakukan Strategi Hibrid Marketing yang saya tunjukkan didalam ebook ini.
Saya juga akan mengunakan kaedah bayaran ansuran selama 2 bulan untuk mereka yang membeli kesemua lumsum ebook tersebut.Ada ansuran lagi.Tetapi ia khas untuk mereka yang mengunakan kad kredit atau paypal sahaja. Ia akan menjadikan ebook termahal saya kot.
Saya akan lancarkan dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Saya menunggu cuti sekolah tamat dan demam pilihanraya reda. Memang agak terbantut untuk iklan ketika ini akibat banyak isu politik yang belum selesai dan menjadi jadi selepas pilihan raya.
Ia juga investment terbesar saya dalam menyiapkan kesemua ebook berkenaan. Ribu ribu la jugak untuk menyiapkannya. Harap ia berbaloi untuk dimiliki oleh mana mana usahawan yang ingin memulakan kempen pengiklanan dan promosi mereka di internet dan media.
Orang biasanya mencari info kat intenet je.Tapi jika pengiklanan di Malaysia, takde lagi orang membincangkannya. Nak tak nak saya terpaksa invest untuk test sendiri bagaimanakah kesan pengiklanan dan membuat pengubahsuainya agar ia sesuai untuk digunakan di Malaysia.
Sekarang wujudlah ebook Made In Malaysia tentang pengiklanan. Yang meletihkan otak skit ialah ia ditulis dalam masa yang sama. Saya bernasib baik kerana jika saya mempunyai momentum menulis, saya boleh terus menerus selama berjam jam lamanya.
Itulah update sedikit sebanyak tentang Ebook Siri Pengiklanan. Jangan lupa, dapatkannya nanti..




3 Responses to “RM60 Per Ebook bagi Ebook Siri Pengiklanan”
By Han on Mar 18, 2008 | Reply
huhu…
ebook yang paling mahal kat malaysia ni…
5 x rm60 = rm300
mesti penuh dgn isi ni…
By titan on Mar 18, 2008 | Reply
RM60? Huhu..
By sham on Mar 18, 2008 | Reply
Ada WC offer nanti…RM200 untuk 5 ebook + satu sistem sms ke email…
yang mahalnya ialah sistem tu..