Pengiklanan Satu Kemestian
Saya tertarik dengan satu post tentang berapa peratus yang anda laburkan untuk promosi perniagaan oleh Irfan Khairi di blog beliau. Dan ini yang beliau komen:
Ada strategy dia… pada permulaan perniagaan, memang perlu laburkan banyak kepada promosi terutama untuk bagi orang ramai kenal perniagaan kita.
makin lama, makin kurang RM dilaburkan pada promosi.
tapi, jangan sampai ada penurunan perminataan… maka kena tambah balik promosi
Antara 15%-25% adalah baik untuk turun naik…
Itulah yang perlu anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan anda. Jangan harapkan promosi percuma sahaja. Anda juga perlu mengeluarkan modal untuk membuat promosi atau gunakan daripada keuntungan yang anda perolehi untuk pengiklanan.
Bukan susah sangat sebenarnya. Sebab itulah untuk tahun ini saya akan fokuskan tentang pengiklanan dan membantu para usahawan untuk beriklan dengan berkesan samada di internet ataupun di media. Itu adalah matlamat saya tahun ini.
PanduanIklan.com dan PanduanAdwords.com dibuat adalah semata mata tujuan ini. Anda dah tahu laman web yang saya akan gunakan untuk ebook baru saya ini.Ia dah sedia untuk dijual sebenarnya. Tetapi saya akan buat WC300 offer pada hari ini.
Semuanya selepas appoinment dengan client kejap lagi.Saya kat Starbucks One Utama sekarang ini. Tak jauh la dengan umah. Nasib baik la jugak.




8 Responses to “Pengiklanan Satu Kemestian”
By titan on Mar 18, 2008 | Reply
Promosi dan pengiklanan itu satu kemestian jika nak buat duit dari internet. Takde promosi, takde duit masuk punyela..
By sham on Mar 18, 2008 | Reply
betul tu..tanpa iklan & promosi = takde duit…:p
By bizmalaya on Mar 18, 2008 | Reply
ini lah yang dinamakan duit dalam duit-duit
By titan on Mar 19, 2008 | Reply
duit dalam duit-duit.Dalam tu maksudnya..
By sham on Mar 19, 2008 | Reply
Bagi saya, biarkan duit bekerja untuk kita, jangan sampai kita keje untuk duit..
we are the bos..kita arahkan duit bekerja untuk kita..itulah iklan..
ala ala Robert Kiyosaki skit..heheheh
By shah on Mar 19, 2008 | Reply
saya masih belum faham lagi bagaimana oleh datang duit ,kalau paypal kita ada bagaimana kita nak cash kan jadi duit ditangan.sebab saya ada membaca artikal yang mengatakan di Malaysia kita susah untuk cashkan duit melalui paypal cuma bank di Singapura sahaja,boleh saudara berikan penjelasan.
sekian terima kasih
By sham on Mar 19, 2008 | Reply
sekarang kita dah boleh transfer ke debit card kita duit dari paypal..
kalo nak senang,buka akaun alraji bank..dia bagi kad debit terus..jadi transfer ke kad debit terus masuk akaun sekali..
By titan on Mar 19, 2008 | Reply
masalahnya tempat aku takde al-raj. So, Public bank jela yg leh pakai. Pelik staff PB sebab takat nih, berapa orang je ada debit card kat banting nih. Kalau credit card, berlambak la..