Raja Adsense

Beri Penghargaan Kepada Diri Anda

Written on March 19, 2008 – 6:06 pm | by sham |

Pernah tak anda memberi penghargaan kepada diri anda untuk menyelesaikan sesuatu tugas? Saya amalkannya.Setelah sesuatu target tercapai saya biasanya akan memberi penghargaan kepada diri sendiri seperti gadget, cuti untuk jalan jalan, tengok wayang dan pelbagai cara  untuk menghargai usaha yang telah kita lakukan.

Dengan cara ini, ia akan meneruskan momentum dan juga motivasi diri kita untuk menyiapkan lebih banyak kerja. Begitu juga kepada mereka yang berkerja bersama anda. Sekali sekala, anda perlu “award” mereka dengan sesuatu yang mereka suka. Ia bukanlah sesuatu yang besar dan diluar kemampuan anda. Memadainya untuk membuatkan anda berasa dihargai diatas usaha gigih yang dilakukan.

Pagi tadi saya pada pukul 1 pagi kalo tak silap, saya mula mengumumkan pelancaran ebook terbaru saya. Sales setakat ni ok cuma tak full swing lagi kerana saya belum iklan di akhbar. Itulah target market sebenar saya. Pasaran IM malaysia masih kecil, jadi saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar pada market IM. Walaubagaimanapun saya telah menempah iklan selama 6 bulan di Wangcyber.

Untuk PPC,saya baru membuat 2 iklan dalam adwords. Malam nanti saya akan menambah dan menempah lagi iklan  di tempat lain. Buat masa sekarang saya banyak tertumpu kepada market WangCyber sahaja. Sales letter sekarang adalah versi pertama & saya kurang berpuas hati dengannya.Banyak lagi kerja pengubahsuaian peru dibuat.
Saya sedang mencuba untuk menambahbaikan ebook dan sales letter yang lebih “membunuh”. Saya sedang memerhati keadaan semasa sebelum memulakan iklan. Ini adalah kerana kerajaan sedang dalam proses pembentukan. Kebanyakan usahawan masih terasa kesan daripada pilihanraya baru baru ini.

Walau bagaimana pun, market bagi niche pengiklanan sememangnya besar dan saya tidak risau tentang permintaan terhadapnya. Jika anda perasan, pada sales letter saya belum masukkan opt in email & saya sengaja untuk tidak memasukkannya lagi. Ia akan ada dalam sales letter V2 nanti.

Affiliate? Ia juga akan dibina sedikit masa lagi. Komisennya adalah 40%. Jika mereka membeli pakej platinum, RM112  akan menjadi milik anda. Ia akan dibayar setelah anda berjaya membuat 2 sales. Rasionalnya ialah untuk mengelakkan berlakunya membeli untuk diri sendiri bagi mendapatkan diskaun.

Berkenaan dengan Sistem SMS, saya akan berikan subkeyword bagi aplikasi SMS IOD atau SMS PAGE. Sistem sebenarnya harganya agak mahal jika anda ingin membelinya dan mencuba sistem tersebut. Jadi, anda tidak perlu invest yang banyak semata mata untuk mendapatkan sistem tersebut. Anda boleh mengunakan sistem saya sediakan.

Saya tidak akan memberi access admin kepada anda. Anda perlu serahkan e-katalog kepada saya dan saya akan uploadnya di dalam sistem. Aplikasi SMS Broadcast juga boleh diberikan jika anda berminat.Tetapi kredit sms anda perlu membelinya. Ia bergantung kepada keperluan perniagaan anda.

Salam Usahawan!

-sham-

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Beri Penghargaan Kepada Diri Anda”

  2. By abdfatah on Mar 21, 2008 | Reply

    waahahahaa… ada affiliate… bagus tu. komisyen yang lumayan… sabau menunggu affiliatenya…

  3. By titan on Mar 21, 2008 | Reply

    hehe. dalam percaturan bulan April. tunggu..

  4. By saiful-RezekiHalal.com on Mar 26, 2008 | Reply

    tak sabar rasanya tunggu affiliate Sham ni..bila nak kuar Sham? he he he

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan