Raja Adsense

Ebook Siri Pengiklanan Dilancarkan

Written on March 19, 2008 – 1:50 am | by sham |

Alhamdulillah. Setelah bertungkus lumus selama beberapa bulan, akhirnya Ebook Siri Pengiklanan berjaya disiapkan dan dilancarkan secara rasminya pada hari ini. Ebook siri pengiklanan mempunyai 5 ebook yang membincangkan semua perngiklanan yang ada kat Malaysia.

Ia bukan lah yang terakhir dan insyallah akan ada update setelah beberapa lagi eksperimen iklan saya lakukan. Seperti yang saya nyatakan dalam kebanyakan post kebelakangan ini tentang promosi dan pengiklanan. Sebagai usahawan, anda perlu tahu tentang bagaimana untuk membuat iklan dan promosi.

Hidup jatuhnya perniagaan anda bergantung kepada pengiklanan yang anda buat. Itulah hakikat pengiklanan. Untuk launching hari ini saya telah pun membelanjakan lebih dari RM200 untuk iklan. Dalam masa beberapa minit sahaja. Saya percayakan pengiklanan. Saya yakin akan dapat balik modal dalam masa beberapa hari lagi.

Sebab pelancaran pada hari ini adalah kerana Pak Lah telah mengumumkan Kabinet semalam. Kerajaan telah terbentuk. Kehangatan pasal pilihanraya akan mula reda dan perniagaan akan kembali kepada biasa. Memang berlaku penurunan yang banyak dari segi jualan produk ketika demam pilihanraya. Ia akan berakhir tidak lama lagi.

Ia adalah suatu yang bagus untuk perniagaan.

Bagi Panduan Adwords, ia boleh didapati di http://www.PanduanAdwords.com

Bagi Pengiklanan Media dan Pakej Platinum boleh didapati di http://www.PanduanIklan.com

Sekarang juga saya menawarkan Pakej Harga Istimewa untuk WC300 di WangCyber.com.

Apa yang menarik ialah saya juga menawarkan Sistem SMS bagi mereka yang membeli ebook Pengiklanan Media atau Pakej Platinum. Anda juga boleh membelinya dengan bayaran Ansuran 2 bulan di laman web PanduanIklan.com.

Jika anda ingin jimat, anda boleh beli pakej platinum dengan sekali bayaran. Bagi bayaran ansuran hanya dengan kad kredit atau Paypal sahaja. Ia adalah ebook saya yang paling mahal dan untuk menulisnya juga memakan kos yang mahal jugak. Ia adalah hasil penat lelah saya selama beberapa bulan untuk menguji dan mengkaji apakah teknik terbaik yang boleh diaplikasikan dalam pengiklanan.

Seperti biasa, beli jika anda betul betul ingin mengaplikasikannya. Saya tidak ingin membebankan anda untuk membeli ebook mahal saya ini. Target market saya adalah golongan usahawan. Jika anda seorang usahawan, ia sangat dialu alukan untuk mendapatkannya.

Saya pada hari ini terlupa untuk makan semata mata untuk siapkan pelancaran Ebook ini. Pada pukul 11.30mlm tadi barulah saya keluar makan setelah seharian membuat kerja kerja akhir bagi pelancaran ebook ini. Pada pagi ini saya akan berehat sekejap sebelum kembali menyiapkan planning untuk pengiklanan di Harian Metro pada April ini.

Sekali lagi Strategi Hybrid Marketing akan diuji untuk jangka masa yang lebih lama. Saya juga akan menguji 2 jenis iklan lagi di surat khabar. Ia adalah pembangunan pengiklanan yang berterusan sehinggalah kaedah ini boleh digunapakai oleh semua usahawan dalam pengiklanan mereka di media samada online atau bercetak.

Para Usahawan Sekalian.Dapatkan Ebook Siri Pengiklanan segera kerana saya pasti ia padat dengan maklumat yang anda ingin tahu tentang pengiklanan.

Salam Usahawan!

-sham

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 8 Responses to “Ebook Siri Pengiklanan Dilancarkan”

  2. By titan on Mar 19, 2008 | Reply

    dah baca kat WC. Memang tawaran menarik..:D

  3. By Sukeri on Mar 19, 2008 | Reply

    Dah buat bayaran utk tawaran WC tu, tengah tunggu download link, tak sabar nak baca. Belanja lebih sikit tak apa, saya yakin akan dapat pulangan yang berlipat kali ganda jika diusahakan. Insya allah.

  4. By sham on Mar 19, 2008 | Reply

    Dah sent link download..

  5. By abdfatah on Mar 21, 2008 | Reply

    hahaha… promote jangan tak promote… promosi kena betul dan biar betul untuk mendapatkan income yang sebetulnya… biar betul-betul…

  6. By Fai on Mar 22, 2008 | Reply

    Bos! Tunggu 31hb ni baru dapat “gaji dlm RM”.. :P

    Terlewat plak membaca bnda ni.. :lol:

    PS: Ceh, skali kena sound gatal tgn sbb ckap RM200 hari tu dgn member WC300.. Apakah dosaku.. :P

  7. By sham on Mar 23, 2008 | Reply

    Ok..fai… Bila nak start projek sms tu fai?

  1. 2 Trackback(s)

  2. Mar 21, 2008: cara nak kaya, cara nak jimat, krisis kewangan kronik, cari duit online
  3. Apr 2, 2008: Memulakan April 2008 | Kemenangan

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :