Raja Adsense

Tip Adwords: Elakkan Perkataan Yang Ber”trademark”

Written on March 22, 2008 – 3:08 am | by sham |

Entah betul ke tidak ayat tajuk tu.:P. Apa yang saya ingin tunjukkan ialah hari ini tentang penggunaan perkataan bertrademark seperti Google,Myspace,Wordpress,Yahoo dan banyak lagi perkataan yang berkaitan dengan laman web yang famous.

Saya pun terkena warning apabila saya mengunakan perkataan WordPress dalam iklan adwords saya.Sebelum ni ok je.Tetiba baru baru,google bagi warning suruh tukar perkataan WordPress kepada perkataan lain. Jadi mereka yang buat benda pasal wordpress,anda tidak boleh guna perkataan tu dah.

amara

Saya mempromosi affiliate berkenaan dengan theme wordpress. Jadi susah skit la nak promote pakai Adwords dah kalo wordpress related sebab tak sebut langsung dalam iklan.Jadi nak wat mcmana? Terpaksa la saya ubah balik jadi benda tak berkaitan. Ni yang susah pasal Adwords ni. Kalo benda ni terjadi,kita terpaksa follow la apa yang dia nak.

Satu lagi, bermula April kita tak leh guna redirect dah dalam iklan. Url yang display mestilah sama dengan url destination. Memang disadvantages kalo nak wat affiliate marketing sebab kita kena tunjukkan url affiliate tersebut. Nampaknya Google nak elakkan Affiliate marketeer guna Adwords agaknya dengan buat peraturan sebegini.Ni arahan dia:

Important Change to URL Policy Enforcement
Starting in April, display URLs for new ads will be required to match their destination / landing page URLs, without exception. Please adjust your URLs accordingly when creating new ads.

Jadi affiliate marketeer terpaksa buat satu landing page khas untuk affiliate. Jadi ia akan terus ke domain betul bukan redirect ke pape. Jadi kos untuk affiliate marketeer akan lebih tinggi la sebab kena beli domain & etc. Saya pun geram ni. Sebab saya kena update balik panduan adwords pasal benda ni.Baru 3 hari launch dah kena baiki ebook sebab peraturan berubah kat adwords.

Saya pun tak faham Google buat benda yang kontroversi macam ni.Sama la kes Adsense Arbitrage akan diban,MFA diban, Smart Pricing dan Google Slap. Saya kena fikirkan cara lain untuk mengatasi masalah peraturan baru ni. Tapi rasanya anda boleh gunakan Sub domain redirect kot sebab anda boleh masukkan display & destination url yang sama dalam iklan.

Saya pernah guna YSM untuk iklan produk, respon cukup menyedihkan menyebabkan saya lebih suka Adwords kalo promote pape. Kalo untuk Arbitrage tu okay la kot kalo dengan YSM. Tapi dengan Adwords jangan sesekali nak try. Nanti menangis tak berlagu plak kena ban.

Dapatkan Panduan Adwords di http://www.PanduanAdwords.com . Banyak yang akan pelajari nanti.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 15 Responses to “Tip Adwords: Elakkan Perkataan Yang Ber”trademark””

  2. By 7FiguresGuy on Mar 23, 2008 | Reply

    kenapa google ni selalu tukar ek dia punya TOS?
    bro,arbitrage tu kalo kes mcm ni leh tak:

    buat satu website,kita letak yahoo publisher,pastu promote ppc pakai adword?boleh ker?

    satu lagi,ebook tu kalo update,bro akan kasi free ke kepada existing buyer?

  3. By sham on Mar 23, 2008 | Reply

    Google dah demand kot..:p

    Yahoo publisher untuk orang US je..Kita tak leh join.Dari dulu sampai sekarang still beta version.

    Adsense Arbitrage pakai Adwords tak boleh..kalo yahoo publisher takpe kot sebab kat YSM ada yang buat arbitrage Adsense.

    Update,bagi free je kat existing buyer..

  4. By Han on Mar 23, 2008 | Reply

    slmt pg sham,
    Adsense Arbitrage,MFA, Smart Pricing dan Google Slap tu apa sham? hehe…tak tahu ni…
    boleh terang kat sini?

  5. By sham on Mar 23, 2008 | Reply

    Next post la saya tulis semua tu..

  6. By titan on Mar 23, 2008 | Reply

    hehe. macam gitu la kalau google nih. Sesungguhnya ada je cara nak kenekan kiter..

  7. By smartzul on Mar 24, 2008 | Reply

    Hoho.. Baru je nak setup satu ads untuk produk berkaitan WordPress. Then teringat post Sham ni. Mcm mana nak promote tanpa guna keyword ni. Apa daaa Google ni. Jangan la terlalu demand, nanti orang lari.. :(

    ps. Sham, kalau guna juga keyword Trademark ni, ada apa2 penalti tak?

  8. By smartzul on Mar 24, 2008 | Reply

    Sorry satu lagi Sham:

    Yang tak boleh tu, guna kat title atau kat semua bahagian ads?

    ps. Sesetengah keyword trademark Google akan detect sendiri masa kita nak generate ads, tapi untuk keyword wordpress ni, takder pulak.

  9. By sham on Mar 24, 2008 | Reply

    Takde penalti..diorang just suspend iklan tu sehingga la kita tukar perkataan yang dia suruh tu..

    kat semua bahagian tak leh guna..tapi mcm adsense,adwords still lepas la..

    yang tak boleh bila kita guna full mcm google adwords,google adsense

    sebab google tu dah trademark..

  10. By sham on Mar 24, 2008 | Reply

    memang wordpress lepas pada permulaan..pastu dapat warning la suruh tukar perkataan tu…

  11. By sham on Mar 24, 2008 | Reply

    Lupa lak..zul leh gunakan keyword wordpress tetapi kat iklan takleh tulis wordpress..

    Cadangan saya ialah WP iaitu singkatan wordpress..saya guna keyword tu untuk iklan yang kena suspend kat atas tu..huhuhuhu

  12. By naem | diariadsense on Mar 24, 2008 | Reply

    en sham, kalau kita guna treadmark tu tapi terbalikkan.

    contoh Berita Harian jadi Harian Berita

    Kalau Google Adsense jadi Adsense Google.

    hohoho…

    Arbitrage dgn YSM boleh jalan jugak la…kdg2 naik kdg2 turun…hoho

  13. By sham on Mar 24, 2008 | Reply

    tak..dalam Adwords takde kedudukan tertentu sebenarnya…

    ia boleh jadi berita harian dan juga boleh jadi harian berita..& sistem dia tak kisah pun kedudukan tu asalkan keputusan search adalah tepat atau hampir sama..

  14. By smartzul on Mar 25, 2008 | Reply

    Yup, memang saya ada terfikir nak guna WP tu. Hmm, cerewet jugak yer. Takper lah. Banyak pintu lagi yg boleh kita guna. Kalau Google tutup banyak pintu, yg ruginya dia jugak. Tak gitu pakcik Google? :p

    ps. Yg terkini, ebay pula ‘buat hal’. Tak leh nak jual dah produk digital secara auto-download kat ebay. Kalau nak jual boleh, tapi kena hantar secara fizikal (masuk dalam CD – kena send by pos atau kurier).

  15. By sham on Mar 26, 2008 | Reply

    sebab takde tracking kot ebay wat mcam tu..kalo pos ada tracking number,jadi leh jadi bukti..

    saya ke ebay just untuk shopping…try menjual kat ebay malaysia tapi takde respon..

    seller daripada malaysia takleh jual cd sebab kastam tak bagi hantar cd ke luar negara, masuk takpe..

  1. 1 Trackback(s)

  2. Mar 23, 2008: Tip Adwords: Pengunaan Redirect | Panduan Usahawan, Cari Duit dan Perniagaan di Internet

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan