Raja Adsense

Saya Bayar Untuk Anda Review

Written on March 23, 2008 – 3:15 pm | by sham |

Saya perlukan 5 orang yang dapat mengkritik Sales Letter PanduanIklan.com dan PanduanAdwords.com. Walaupun sales dah melebihi RM2K tetapi saya rasa terdapat kekurangan Ummph pada sales letter tersebut. Jadi saya akan membayar kepada 5 orang yang dapat mengkritik paling membina.

Jika kritikan sangat membina,saya akan naikkan hadiah tersebut sebagai tanda terima kasih. Saya perlukan honest review, bukan nak bodek pape. Saya nak tau kelemahan sales letter berkenaan. Ia adalah tindakan pembaikan sebelum saya mengiklankan dalam harian metro minggu hadapan. Iklan akan bermula pada 29hb Mac nanti selama 30 hari.

Hasil pengiklanan ini akan saya masukkan kedalam ebook Panduan Iklan Media Cetak nanti. Jadi sebelum iklan,saya perlu memperkuatkan selling point pada sales letter.Ini adalah kerana jika anda dah beli ebook saya, pembaca blog saya dan ahli forum, mungkin anda mengenali saya.

Apabila iklan di harian metro, mereka tidak akan mengenali saya. Inilah cabaran pengiklanan di media cetak. Bagaimana untuk membuatkan orang yang tidak mengenali anda, membeli daripada anda. Daripada 19hb ke hari ini saya telah pun membelanjakan lebih kurang RM600 untuk iklan sahaja. Apa yang saya mahukan ialah pulangan 5@6 kali ganda daripada apa yang saya belanjakan untuk iklan.

Jadi jika saya spend untuk iklan RM600, saya mahukan pulangan RM3600 atau lebih. Setakat ni saya dah berjaya  capai. Jadi jika ada yang berani menyahut cabaran saya ni untuk review sales letter saya. Saya tau saya tak sempurna.Saya nak jadikannya ia lebih sempurna.

Jadi saya memerlukan bantuan Review daripada mereka yang boleh “melihat kelemahan & kelebihan” sales letter yang saya buat. Untuk review produk/ebook saya biasa serahkan pada yang pakar dalam bidang berkenaan. Dan untuk panduaniklan.com, hanya 4 orang pakar sahaja.Mungkin akan tambah 2,3 orang lagi.

Ada berani untuk menyahut cabaran review ni? Oh lupa.. USD3 untuk review terbaik dan membina. Yang terbaik saya akan naikkan lagi. Jadikan ia satu cabaran untuk anda belajar menilai dan mengkritik. Saya kira ia boleh jadi satu niche yang bagus untuk dijadikan servis.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 7 Responses to “Saya Bayar Untuk Anda Review”

  2. By bizmalaya on Mar 23, 2008 | Reply

    wah…..hadiah istimewa ni..nanti i try baca n tengok kelemahan yang ada

  3. By nuwa on Mar 23, 2008 | Reply

    nk masuk cabaran tapi ilmu belum cukup utk komen sifu sham nie..hehe

  4. By sham on Mar 24, 2008 | Reply

    ia adalah cabarang terbuka..tak kisah newbie atau dah lama…luahkan pendapat anda sebab anda boleh jadi seorang pembeli..jadi tahu la apa yang menyebabkan anda nak beli…

  5. By En Dlie on Mar 25, 2008 | Reply

    Saya belum berkesempatan nak beli ebook tersebut. Memang agak menarik kerana pengiklanan merupakan tiang utama penggerak kepada sales… insyaAllah saya akan dapatkan ebook panduan adwords nanti..

  6. By titan on Mar 25, 2008 | Reply

    lepas aku dah beli. nanti aku review ye sham. Sekarnag busy. Eksiden semalam. Waa..banyak nk pakai duit..

  7. By abdfatah on Mar 28, 2008 | Reply

    kalo iklan media cetak boleh laa agaknya nak kritik… yang adwords punya takleh laaa …

  8. By abdfatah on Mar 28, 2008 | Reply

    eh eh belum beli camana nak bagi komen haa pasal sales letter… adush… kena beli dulu laa…

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan