Apabila Umur Dah Bertambah…
Nampaknya rakan saya Smartzul menyambut hari lahir ke 26 pada hari ini. Selamat hari lahir buat zul.Beliau ada berikan hadiah istimewa untuk pembaca blog beliau. Kalo zul kat area sini saya dah belanja makan. Jika hari lahir saya pulak, biasanya saya akan buat majlis makan makan bersama keluarga. 5,6 ekor ayam akan menjadi korban untuk dijadikan BBQ….
Cuma pada tahun lepas, saya menyambut bersama tunang saya. Dia buatkan kek special.Best… Teringat kek la pulak. Nampaknya dah kawin jadi makin tembam la nanti. Masakan dia sedap jugak. Dah la dah pun tembam sekarang ni. Kena jadi mcm sabri saifulsham la…Diet…
BMI saya pun dah terlebih berat dah sekarang ni. Kena turunkan beberapa kilo lagi. Dulu perut berketul,kini dah berlipat..oh….Dulu saya adalah pemain ragbi..Dah bersara dah.Dulu pemain daerah masa sekolah dulu la.Sendi bahu & lutut dah jam.. Sendi bahu kanan pulak tu..Kadang kadang bila buat keje ganas skit,dia terkehel… Sakitnya..Fuh… Masa kat Universiti ingat nak main balik..tapi tak jadi..saya terjebak dengan kayak…
Masa join tournament antara kolej,dapat nombor 3.Okay la tu..Tambah koleksi medal kat dalam bilik saya..
Saya masih lagi 24 tahun sekarang ni. Pada 6 Mei nanti barulah oficial 25 tahun. Dah suku abad dah umur saya ni..Apa sumbangan saya bila dah suku abad ni?…
Apa apa pun Selamat Hari Lahir buat Zul. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Perjuangan kita belum selesai zul…
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






5 Responses to “Apabila Umur Dah Bertambah…”
By Han on Mar 27, 2008 | Reply
huhu…
zul dah tua setahu dah…hehe
sepatutnya kita yang bagi hadiah kat zul ni…
tapi zul pula yang bagus…
mmg bagus zul ni…hehe
han
By sham on Mar 27, 2008 | Reply
Bukan apa han…kita patut menghargai diri kita dan orang disekelilin kita..baru la orang sayang… betul tak zul?
By titan on Mar 27, 2008 | Reply
hehe. muda lagi tu..
By smartzul on Mar 27, 2008 | Reply
Saya skrg kat rumah makcik saya. Celebrate simple je kat rumah dia ni. Tido pun kat sini malam ni walau dekat je rumah dia dgn saya (JB).
Skrg ni saya guna Celcom 3G. Slow jugak yer walau kat JB.
Tapi ok laa takat nak surf dan download simple2.
Pasal pemberian percuma tu, itu amalan saya sejak dulu kala lagi. Saya yakin, dengan memberi, kita pasti menerima sesuatu yg lebih besar (cepat atau lambat tu urusan Allah). Tapi benda pertama yg saya letak ialah IKHLAS. Tu je.
Lain2 benda tu mcm orang suka kita, bisnes rancak, orang percaya kita dan sebagainya adalah perkara yg pasti dapat lepas kita memberi dengan ikhlas.
Ini beza kita (Islam) dengan Barat. Orang Barat bagi semata-mata nakkan keuntungan. Tak kisahlah otai ke apa, niat mereka kebanyakan mahu untung (duit). Tapi kita lain. Kita kena letak ikhlas dulu no. 1. InsyaAllah, lain2 benda tu tak perlu risau sangat. Allah tu Amat Pemurah.
Tapi, ada orang kata skrg ni buat bisnes tak leh jujur sangat, nanti tak laku. Mereka ni takut pada bayang2 sendiri dan meletakkan Agama no. 2. Sebab? Islam suruh jujur, tapi mereka kata tak leh jujur.
Oklah Sham dan semua, melalut pulak saya. Hehe.. Anggap je explanation saya tu lebih kepada “Marketing Gaya Timur” punya. Kita tak boleh tiru barat 100%.
Thanks Sham. Pastikan perut tu jangan boroi + berlipat-lipat-lipat. Hehehe.. Nanti jatuh saham.
>:)
By Rammel Firdaus on Mar 28, 2008 | Reply
Saya tak berisi tapi chubby.
Saya cadang sham pakai Ametz Yoko2 kalau sendi sakit2.