B2B atau B2C
Masih ramai yang beranggapan (Business to Customer) B2C lebih menguntungkan. Sebenarnya pasaran yang lebih bagus ialah perniagaan berkonsepkan (Business to Business) B2B. Itu adalah perniagaan yang sebenarnya. B2B sebenarnya lebih besar pasarannya berbanding B2C.
Mungkin ada yang melihat customer atau golongan biasa ramai. Sudah tentu pasaran besar, sebenarnya ia kecil sahaja daripada pasaran sebenar. Kenapa? Sebagai contoh pengeluar Simen terbesar Malaysia iaitu YTL. Mereka tak mensasarkan orang biasa yang beli seguni dua. Mereka mensasarkan pasaran yang lebih besar iaitu syarikat besar buat bangunan. Dengan B2B, mereka lebih untung berbanding B2C.
Pasaran runcit pun sama. Untung pemborong lebih besar daripada peruncit! Pemborong mensasarkan B2B, mereka tidak menjualnya kepada pelanggan biasa kerana tidak menguntungkan berbanding kepada peruncit. Ini adalah antara perniagaan berasaskan B2B yang kita boleh nampak…
Lagi, perbankan dan kewangan mereka lebih untung servis kepada perniagaan atau B2B. Sebab itulah kenapa kita hanya fokus kepada B2C sedangkan perniagaan B2B lebih menguntungkan. Sebab itulah produk saya akan lebih kepada B2B bermula tahun ini. Ebook RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com adalah berkongsepkan B2C. Ia mensasarkan pelanggan biasa. Jadi harganya saya hanya letak RM50. Ini adalah kerana mereka tidak mampu untuk lebih mahal daripada itu.
Ia berlainan dengan PanduanAdwords.com dan PanduanIklan.com yang akan mensasarkan B2B. Hanya usahawan yang disasarkan. Ia bukannya orang biasa. Jadi jika anda bukan seorang usahawan tidak perlu lah membelinya kerana ia tidak berkaitan dengan anda. Kenapa bazirkan kepada perkara yang anda tidak gunakan?
Anda boleh lihat pricing yang saya lakukan untuk B2B lebih tinggi berbanding B2C. Sebab ia adalah perkhidmatan perniagaan. Sebab pricing ini juga jualan tidak la sehangat produk B2C. Saya hanya mendapat RM2K lebih dalam masa 3 hari sahaja. Tetapi ia berbaloi kerana walaupun jualan kurang,tetapi harganya tinggi menyebabkan ia seimbang.
Faktor lain ialah kerana saya belum mengiklankan kepada market sebenar produk ini. Apabila ia sudah diiklan di akhbar dan majalah. Ia akan menjadi suatu perkara yang berlainan. Ini adalah kerana dalam pengiklanan anda perlu iklankan pada pasaran yang betul barulah ada respon.
Sebagai contoh anda membuat perkhidmatan perkahwinan.Jadi tempat yang sesuai ialah di majalah yang berasaskan perkahwinan. Anda boleh tawarkan samada ia khidmat B2C atau B2B. Jangan iklankan ditempat yang salah kerana mereka tidak berminat dengan apa yang anda iklan. Tak sesuailah benda tentang nikah kahwin anda iklankan di majalah kereta.
Jika anda inginkan untung yang besar, B2b adalah model perniagaan yang terbaik untuk anda ceburi. Namun, anda memerlukan idea yang bagus dan strategi pemasaran yang betul. Anda juga memerlukan perancangan yang teliti agarĀ tidak tersilap langkah.
Pengiklanan adalah niche yang sangat besar dan berpotensi besar. Sebab itulah saya ingin mempelopori bidang ini. Telah ada agensi pengiklanan. Tetapi pasaran cukup besar. Ia tidak terkesan pun. Lagipun permintaan terhadap pengiklanan sentiasa ada. Ya..Sentiasa ada..
Jika anda ada idea dan ingin JV dengan saya. No problem.Saya mengalu alukannya. Ini adalah kerana niche pengiklanan sangat besar. Saya tak mampu untuk “makan” sorang sorang. Lebih baik saya kongsikan kepada yang berminat..
Tadi, saya ada menerima panggilan daripada seseorang,dia cakap dia lebih percayakan produk yang tidak mempunyai affiliate. beliau mahukan ebook yang mengajar betul betul bukannya umum.Saya pun cakap la panduan adwords adalah ebook teknikal.Takdenya bercerita tentang perkara umum.
Saya tidak akan komen tentang perkara diatas kerana setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat masing masing. Affiliate pun merupakan sejenis kaedah pengiklanan.
Tentang panduan adwords, ia adalah ebook teknikal. Tetapi ia adalah asas.Saya dalam proses menyiapkan video tutorial. Video penerangan yang spontan saya telah pun letakkan pada Sales letter PanduanAdwords.com. Anda akan tergelak rasanya.Tak pun tersenyum seorang diri. Itupun banyak saya potong sebab terlalu merapu.
Video tutorial juga saya akan buat secara spontan.Saya takkan gunakan script apa apa.Itu yang akan membuatkannya ia unik. :p




9 Responses to “B2B atau B2C”
By smartzul on Mar 28, 2008 | Reply
Video? Hoho.. Ada skrip atau takder, ia tak semudah disangka nak buat video ni. Paling penting suara kena ok dan persekitaran tak bising.
Ermm, teringin rasanya nak ada studio sendiri (just mini studio). So mudah sikit nak record audio dan video. InsyaAllah kelak. Ada kumpul bahan rujukan dah sikit2 mcm mana nak buat studio sendiri (DIY).
By sham on Mar 28, 2008 | Reply
Tak pakai script…spontan je kot…setakat ni suasana umah ni sunyi..leh wat video..
By Zan on Mar 29, 2008 | Reply
Video mengenai adwords sham dah buat dah, bagaimana pulak mengenai video rajaadsense ” google adsense” dah release ke atau belum? Dah lama juga pelanggan2 sham yang terdahulu menunggunya sehingga sekarang? oleh itu bagaimana mengenai perkara ini? Dah release atau belum?
By dauz on Mar 29, 2008 | Reply
Betul tu..bila lagi nak buat video seperti yang Zan katakan tu.gerenti laris lagi perniagaan tu…
Lagi satu saya suka baca artikel ini..
By Asharudin on Mar 29, 2008 | Reply
Sham, video dah setelkan. So mcm mana dengan audio interview pulak?
Erm… kalau sham nak produk digital saya ada banyak. Boleh la bagi kat buyer panduan adwords tu supaya mereka boleh start terus bisnes guna pengiklanan adwords. Amacam? Kalau nak saya boleh bagi.
By sham on Mar 29, 2008 | Reply
wah banyaknya orang nak…video raja adsense dah settle lama dah sebenarnya…
Sabarnnya pelangan lama.. saya dalam proses untuk rebranding balik rajaadsense.com nantikan rupa baru rajaadsense pada ulang tahun kedua hujung bulan 4 nanti.
video adwords pulak saya baru siapkan 2… bukan sebab bonus yang menjadi masalah. apa yang kurang ialah orang kita kurang pendedahan tentang iklan.
sham
By sham on Mar 29, 2008 | Reply
Saya kena prepare skit untuk berlakunya server load berlebihan ini adalah kerana pelanggan rajaadsense.com sejak 2006 melebihi 2000 orang… saya kena pastikan ia tidak akan menyedut terlalu banyak bandwitdh kerana fail video agak besar…
-sham
By titan on Mar 29, 2008 | Reply
hoho..aku dah tak ingat email mana aku pakai masa beli ebook rajaadsense dulu..hoho. rugila dah lupa email mana satu..
By Han on Mar 30, 2008 | Reply
sham,
B2B memang dpt keuntungan besar…
tapi nak buat B2B tu mslhnya agak besar…hehe
setakat ni…B2C je…
nak cari JV tapi tak berani…hehe