Raja Adsense

Archive for March, 2008

RM60 Per Ebook bagi Ebook Siri Pengiklanan

Monday, March 17th, 2008

Saya hanya nak beritahu perkembangan Ebook Terbaru daripada saya. Setelah pening untuk bagaimana untuk pakejkan ke semua ebook ini. Secara keseluruhan ialah harga bagi ebook ini adalah RM60 bagi setiap ebook. Tetapi saya akan pakejkannya nanti menjadi harga berlainan.

Namun, ada harga istimewa yang membeli kesemuanya. Saya hanya sedang menunggu aplikasi SMS siap sebelum ia dilancarkan. Ini adalah kerana pembeli ebook pengiklanan media akan menerima satu keyword aplikasi SMS bagi melakukan Strategi Hibrid Marketing yang saya tunjukkan didalam ebook ini.

Saya juga akan mengunakan kaedah bayaran ansuran selama 2 bulan untuk mereka yang membeli kesemua lumsum ebook tersebut.Ada ansuran lagi.Tetapi ia khas untuk mereka yang mengunakan kad kredit atau paypal sahaja. Ia akan menjadikan ebook termahal saya kot.

Saya akan lancarkan dalam masa 2 atau 3 hari lagi. Saya menunggu cuti sekolah tamat dan demam pilihanraya reda. Memang agak terbantut untuk iklan ketika ini akibat banyak isu politik yang belum selesai dan menjadi jadi selepas pilihan raya.

Ia juga investment terbesar saya dalam menyiapkan kesemua ebook berkenaan. Ribu ribu la jugak untuk menyiapkannya. Harap ia berbaloi untuk dimiliki oleh mana mana usahawan yang ingin memulakan kempen pengiklanan dan promosi mereka di internet dan media.

Orang biasanya mencari info kat intenet je.Tapi jika pengiklanan di Malaysia, takde lagi orang membincangkannya. Nak tak nak saya terpaksa invest untuk test sendiri bagaimanakah kesan pengiklanan dan membuat pengubahsuainya agar ia sesuai untuk digunakan di Malaysia.

Sekarang wujudlah ebook Made In Malaysia tentang pengiklanan. Yang meletihkan otak skit ialah ia ditulis dalam masa yang sama. Saya bernasib baik kerana jika saya mempunyai momentum menulis, saya boleh terus menerus selama berjam jam lamanya.

Itulah update sedikit sebanyak tentang Ebook Siri Pengiklanan. Jangan lupa, dapatkannya nanti..

Program Nizal Talk

Sunday, March 16th, 2008

Semalam saya ke Nizal Talk kat De Palma Ampang. Hari yang cukup meletihkan buat saya. Ini adalah kerana saya baru sampai ke KL terus ke Nizaltalk pada pagi tersebut. Banyak info pasal komunikasi berkesan yang diketengahkan. Kalo mereka yang mengalami masalah komunikasi memang sangat digalakkan.

Shuth & Irwan Dahnil pun hadir semalam. Saya dengan irwan dan berpakat nak pergi. Apabila nak daftar, tengok ada nama Shuth kat borang pendaftaran.Saya adalah orang yang pertama sampai ke sana. Bersemangat la katakan..huhuhuh.

Bila dok sembang sembang pasal Projek tanaman rumpai laut Irwan kat Sabah, shuth pun datang. Ada banyak jugak program kat De Palma tersebut.Ada majlis kahwin,jabatan penerangan, bengkel forex soros1 dan juga uptrend kat sebelah bilik seminar kami.

Terdapat 2 orang DJ Radio yang turut hadir.Salah seorang daripada mereka pernah menemuramah Smartzul di radio mereka tentang perniagaan internet suatu masa dahulu. DJ Senja nick name kat radio atau Abg Marzuki. Dia bersama seorang rakannya,bekas DJ radio yang sama iaitu Abd Bad. Diorang ni memang sempoi…

Irfan Khairi selaku pengajur hadir pada awal  dan akhir program ini.

Nizal Talk

(Klik Gambar untuk Besarkan)

Ada 2 orang yang datang untuk mengantikan anak mereka.Kak Latifah atau Kak Pah dan Abg Halim.Nampaknya mereka seronok walaupun mereka hadir bagi mengantikan anak mereka yang terlibat dengan Program di Universiti. Yang menarik ada peserta dari Brunei turut hadir iaitu En.Yusof, seorang usahawan petrokimia dari Brunei.

Kepada semua peserta, Selamat maju jaya.NizalTalk hanya dibuat 3 bulan sekali. Jadi bulan 7 nanti la kepada siapa yang berminat untuk menyertainya. Anda pasti akan mendapat sesuatu yang baru termasuk la peluang networking antara peserta. Ramai juga orang bank yang datang.

Bila sampai rumah, sakit kepala sebab keletihan.Telan panadol terus tido. Lepas solat subuh, pening masih belum hilang.Terpaksala telan lagi panadol.Apabila dah kurang pening kepala, baru la saya menulis di sini. Dah lama ia tak update kat sini. Gambar lain saya akan upload di blog Shamsuriyadi.com nanti setelah kepala ni kembali okay.

Pembayaran komisen RajaAdsense dan PenulisEbook akan dilakukan pada hari ini. Kepada mereka yang layak.Cek email anda nanti.

Memperkenalkan Ebook Siri Pengiklanan

Sunday, March 9th, 2008

Ok.Design Ecover dah pun siap.Website saya akan buat nanti. Saya teruja untuk melancarkannya nanti ni. Produk pertama untuk tahun 2008 saya.

asas iklan

Asas Pengiklanan Internet

Panduan Adwords

Panduan Asas Google Adwords

Tips Adwords

Tips Memaksimakan Iklan Adwords

Iklan Media Cetak

Panduan Pengiklanan Media Cetak

iklan media online

Panduan Pengiklanan di Media Online

Lepas pilihan raya dah siap design. Sekarang saya akan terus membuat copywriting tentang ebook ini. Saya akan cuba buat 2 atau 3 copywriting & konsep. Ia akan saya ubah selepas 1 bulan. Jadi saya akan pilih copywriting yang mempunyai conversion rate yang paling tinggi.

Jangan lupa ke blog terbaru saya di Shamsuriyadi.com. Ada isu panas. Saya sedang cuba untuk mencari Tok Maimun, calon bebas Parlimen Kuala Terengganu tapi belum berkesempatan lagi. Beliau mendapat 685 undi.Ia berjaya memecah undi di Parlimen Kuala Terengganu menyebabkan Dato’ Razali menang tipis dengan majori 600 lebih je.

Sila baca ulasan saya di Blog Shamsuriyadi.com.

Selamat Datang Ke Shamsuriyadi.com

Saturday, March 8th, 2008

Salah satu strategi baru saya dalam perniagaan saya ialah mengasingkan blog personal dan perniagaan. Jadi blog Raja Adsense ini akan menjadi blog berkenaan keusahawanan dan perniagaan sahaja. Untuk personal blog ia akan dipindahkan ke Shamsuriyadi.com.

Jadi semua portfolio saya akan dapat dilihat di Shamsuriyadi.com. Saya akan melaburkan beberapa ratus ringgit untuk theme bagi laman tersebut. Ini adalah kerana saya dah mempunyai banyak laman web jualan ebook. Jadi saya bercadang untuk penstrukturan semua laman web saya. Di mana laman web yang mempunyai kurang hasil akan digugurkan dan membina laman web baru yang lebih berdaya saing.

Shamsuriyadi.com akan menjadi lebih kurang laman web syarikat saya la. Semua berkaitan saya akan berada di laman tersebut termasuk blog personal. Yela, semua IM kat malaysia ada blog/laman web dengan nama mereka sendiri. Saya pun nak.:p. Hehehe.

Sebenarnya ia lebih kepada branding. Saya akan buat branding laman web tersebut kerana sasaran saya pada tahun ini untuk menghasilkan sebuat buku. Jadi Shamsuriyadi.com akan menjadi “brand” saya. Susah nak sebut? Tak boleh buat apa la. Orang still susah nak sebut nama saya tu. Tapi takpe, itulah keunikan orang yang bernama shamsuriyadi kan?:)

Laman web tersebut masih belum siap sepenuhnya.Mungkin akan dibina semula nanti. Tapi lepas mengundi. Lepas saya membuang undi, saya akan membuat sedikit pengubahsuaian pada laman web tersebut. Pengubahsuaian ini adalah untuk mengisi masa lapang ketika di kampung ni & sementara minisite dan ecover ebook baru saya siap.

Jadi anda perlu baca 2 blog saya la nanti. Di Shamsuriyadi.com akan ada perkhidmatan jugak nanti. Itulah yang saya akan highlight nanti. Ada beberapa perkhidmatan akan disediakan. Tahun 2008, saya akan keluar duit yang agak banyak untuk branding nanti. Hasilnya mungkin dapat dilihat dalam tahun depan kot. Matlamat saya ialah financial freedom pada usia 28 tahun. Masih ada 3 tahun untuk saya kejar.

Jutawan? Ia adalah satu bonus kalo saya berjaya capai. Tapi tu mungkin matlamat seterusnya selepas financial freedom. Semoga kita semua berjaya mencapainya nanti.

Selamat Memilih Pemimpin dan Selamat Mengundi.

Tutup Perniagaan Yang Kurang Memberi Hasil

Wednesday, March 5th, 2008

Saya telah menutup 3 laman web yang kurang memberikan hasil kepada saya. RahsiaTakaful.com adalah antara laman web yang saya akan tutup kerana tiada sambutan. Mungkin sebab lain, saya kekurangan idea untuk mengubah strategi pemasarannya disebabkan kekangan oleh pihak tertentu.Jadi saya mengambil keputusan untuk me”lepas”kannya.

Saya banyak memfokuskan pasaran Malaysia kalo ebook. Ebook RahsiaTakaful.com akan dimasukkan kedalam produk yang lain sebagai bonus daripada saya. Jadi tak rugi pun kalo saya, mengurangkan jumlah laman web yang saya ada sekarang. Salah satu sebab lain adalah untuk menfokuskan kepada beberapa projek yang akan datang.

Apabila 5 ebook saya dilancarkan nanti. Ia akan membina beberapa source income untuk saya. Anda akan lihat strategi pricing yang saya akan guna nanti. Jangan terkejut pulak nanti. Saya sedang untuk mendapatkan satu lagi sistem SMS untuk dijadikan tools tambahan untuk para pelanggan ebook Panduan Pengiklanan Media Cetak. Ini adalah kerana ia strategi saya gunakan dalam pengiklanan di akhbar.

Jadi bakal pelanggan  saya akan berpeluang untuk membuat implementasi apakah yang saya maksudkan direct response dari iklan bercetak. Ini adalah kerana salah satu kelemahan iklan bercetak ialah tiada direct response terhadap iklan. Tujuan saya ialah untuk mengurangkan jumlah mereka tengok baru respon. Strategi Hibrid Marketing yang akan saya perkenalkan akan mengelakkan berlakunya kekurangan respon terhadap iklan.

Sudah tentu ia akan melibatkan media cetak, internet dan teknologi SMS untuk beroperasi. Sebab itulah saya namakan Hibrid Marketing. Ia mengunakan 3 medium untuk mencapai matlamat iaitu pemasaran berkesan. Saya tak sabar nak lancarkannya. Design laman web belum siap. Saya betul betul teruja untuk kongsikan strategi pemasaran yang saya gunakan di media.

Kos pengiklanan dimedia mahal. Hibrid Marketing akan merapatkan jurang dan meningkatkan respons rate iklan anda. Saya berani jamin kerana saya telah mengujinya! Ia khas untuk mereka yang serius untuk mencuba iklan di media seperti surat khabar dan majalah sahaja. Jangan beli kalo tak nak iklan.Saya cakap awal awal lagi ni.

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :