Raja Adsense

Archive for April, 2008

Megasale Ulang Tahun RajaAdsense.com Yang Kedua Bermula!

Wednesday, April 30th, 2008

Akhirnya hari ini telah genap 2 tahun RajaAdsense.com berada di pasaran. Laman web pun dah berubah wajah. Banyak perubahan yang akan dibuat nanti. Bermula dengan megasales besar besaran dengan diskaun dari 20% hingga 60% terhadap ebook tulisan saya.

Anda boleh layari…

http://www.rajaadsense.com/megasale/

Megasale hanya berlangsung selama 1 minggu. Ia akan berakhir pada pukul 12.a.m 7hb ini. Iaitu pada hari jadi saya yang ke 25. Saya akan berehat seketika untuk merehatkan minda dan merancang untuk projek seterusnya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Wajah Baru Panduan Raja Adsense

Tuesday, April 29th, 2008

Saya baru sahaja update laman web Raja Adsense dengan wajah yang baru. Pada pukul 12 nanti saya akan umumkan pulak laman web Megasales Ulang tahun Raja Adsense yang kedua.

Ecover Baru..

raja adsense

Inilah dia wajah baru ecover Panduan Raja Adsense.  Laman web akan diumumkan dalam masa 2 jam sahaja lagi.Saya nak keluar makan sekejap. :)

Beberapa hari saya menumpukan untuk menulis bagi projek terbaru saya. Dalam megasales, anda boleh dapatkan kebanyakan ebook saya dengan harga RM40 sahaja. Ia adalah diskaun dari 20% ke 60%. Fuh banyak tu diskaun. Memang banyak. Tapi tawaran ini hanya seminggu sahaja. Lepas ni, takde lagi dah kot.

Tunggu kejap lagi ye. Oh..ye, ia adalah autopost.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sindrom Sales Drop

Tuesday, April 29th, 2008

Macam penyakit pulak. Hohoho. Setelah berlaku pilihanraya mengejut baru baru ini, ramai kawan kawan saya yang mengeluh kerana kekurangan projek & payment yang slow dari kerajaan. Bagaimana pulak dengan usahawan internet? Sama jugak.

Kini terdapat trend menurun dari segi pembelian online. Pelik jugak. Ia bukan dialami oleh saya sahaja. Malah beberapa usahawan internet lain. Sebab itulah saya namakan Sindrom Sales Drop. Kalo diikutkan musim panas & sejuk pasaran, masa sekarang sepatutnya musim panas kerana ia bukan musim cuti sekolah mahupun perayaan. Sales tetap menurun.

Itu yang menjadi tanda tanya kepada saya. Kenapa ye? Semua orang masih terkejut atau masih menunggu perkembangan kerajaan yang baru dibentuk. Parlimen pun baru sahaja bersidang semalam. Ini menyebabkan saya menghentikan sementara iklan saya di akhbar. Ia adalah untuk menilai kembali, apakah masalah sekarang ni?

Saya sebenarnya masih buntu, apakah sebabnya? Adakah disebabkan iklan sesetengah pihak yang melampau dan menyebabkan orang tak percayakan perniagaan internet? Barang naik, orang simpan duit?Atau golongan pembeli produk online dah abis dah sebab ia terdiri dari golongan yang sama? Jadi apa masalahnya?

Banyak tanda tanya lagi sebenarnya… Ini menyebabkan saya mengambil keputusan branding semula produk pertama saya iaitu panduan raja adsense. Ia akan berwajah baru. Sales letter untuk megasale pun telah siap. Apa yang perlu saya buat sekaran ialah menguji integrasi sistem affiliate dengan laman web yang baru nanti. Saya belum mengujinya lagi.

Mungkin malam nanti kot.Saya menulis sekarang ni pun dah pukul 2 pagi.Jadi to-do list saya untuk esok ialah menguji integrasi sistem affiliate dengan sales letter baru. Seterusnya mempersiapkan database pelanggan raja adsense dan ebook saya yang lain. Pada 30hb atau 1 hb nanti, mereka akan menerima sms dari saya tentang megasale yang berlaku nanti.

Jenuh jugak la nanti nak extract nombor telefon tu dari beribu rekod pelanggan. Disebabkan saya boring la ni menyebabkan saya menulis jugak di blog ini dan jugak blog shamsuriyadi.com. Susah la kalo tak tulis skit. Rasa rimas kalo tak blogging. Maybe tu la sebabnya blogger hardcore sentiasa update blog mereka.

Jadi sekarang, apakah penyelesaian masalah Sindrom Sales Drop ini? Ada cadangan? Fokus pada market antarabangsa pulak? Dah buat dah pun sebenarnya. :). Saya dah start satu laman web baru untuk market baru. Satu niche yang saya rasa boleh dikembangkan nanti. Niche evergreen.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Clickbank Dah Boleh Guna dah untuk Rakyat Malaysia

Sunday, April 27th, 2008

Akhirnya lepas main buka tutup sebelum ni, akhirnya Clickbank dah buka penyertaan daripada rakyat malaysia.Buat pengetahuan anda, Clickbank merupakan direktori affiliate yang terbesar di dunia. Ia mengandungi pelbagai produk digital yang ditawarkan.Ia adalah produk worldwide.

Dengan ini juga,saya akan menarik balik ebook Aku dan Clickbank daripada produk upsell RajaAdsense.com bermula 30hb ni. Saya akan pakejkan dengan produk lain nanti. Ini adalah kerana saya rasakan ia dah kurang relevan apabila clickbank telah membuka kepada rakyat.

Anda boleh daftar di http://www.Clickbank.com

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Jualan Megasales Ulang Tahun ke 2

Thursday, April 24th, 2008

Bermula 30hb nanti, RajaAdsense.com akan berwajah baru dan jualan megasales kesemua ebook saya akan dilakukan. Jika anda berkenan untuk beli ebook saya yang harganya ratusan ringgit, ketika megasales ini anda boleh dapatkan kurang dari RM50..secara tepatnya RM40 sahaja.

Megasales hanya berlangsung selama 1 minggu iaitu dari 30hb ke 6hb sahaja. 30hb adalah ulang tahun RajaAdsense.com dan 6hb adalah hari jadi saya yang ke 25. Dah suku abad dah umur saya. Kena tingkat usaha ni. Banyak lagi matlamat yang belum dicapai.

Sebelum megasales ini saya juga akan lancarkan satu laman web saya untuk pasaran antarabangsa. Mungkin anda akan terserempak dengannya nanti. Dah 2 hari saya bertungkus lumus membuat sales letternya. Dah ia berjaya disiapkan tadi, tetapi saya akan perbaiki lagi nanti.

Saya juga sedang membina laman web untuk megasales nanti. Saya akan umumkan pada 12 malam 30hb nanti. Dah lama saya merangka megasales ini sebenarnya. Selepas tamatnya megasales saya akan lancarkan siri ebook baru saya. Ia dalam bentuk modul dan mini ebook. Iaitu ebook pendek dan bersambung sambung.

Saya dah merangka 10 modul & ia akan meningkat dari masa ke semasa. Ia adalah berkenaan dengan perniagaan internet. Cuma belum start tulis lagi.Saya hanya merangkan isi penting sahaja dulu. Mungkin saya akan menulis satu modul dalam masa 3 hari. Jadi setiap tiga hari saya akan lancarkan setiap modul.

Saya tak buat ecover kot untuk modul ini.Tunggu ia siap sepenuhnya baru la buat ecover.

Saya juga akan mengemaskini rekod pelanggan,pada 30hb nanti mungkin anda akan menerima sms daripada saya.Itu pun jika anda masih gunakan nombor telefon yang sama ketika membeli Ebook RajaAdsense dulu. Jadi 2K orang akan menerima sms dari saya serentak. Harap dapat selesaikan mengumpul semua nombor telefon pelanggan dalam masa terdekat ini.

Banyak betul keje yang kena buat ini. Fuh..Badan pun kurang sihat,nak tak nak kena siapkan jugak sebelum 30hb nanti. Saya akan release kembali ebook yang saya telah tarik balik sebelum ini. :p.Saya nak tengok banyak mana dah saya telah tulis ebook.

Kalo saya boring, saya akan menulis la disini. Jika tidak, saya akan buat keje saya.Harap dapat siapkan segala perancangan saya ni. :)

p/s:Laptop saya diserang virus. Harap ia tak efek pape.Saya dah pun back up semua fail ke external hardisk saya. Nak format, bukan masa yang sesuai sekarang ni.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan