Raja Adsense

Awareness Tentang Perniagaan Internet Perlu..

Written on April 2, 2008 – 3:07 pm | by sham |

Saya baru sahaja siap mendesign iklan saya kat SinarHarian dan menunggu kelulusan. Kepada WC300,ada tawaran istimewa buat mereka yang beli pakej platinum yang ditawarkan untuk WC300.

Ok.Sebagai usahawan internet dan juga seorang blogger.Kita perlu memberikan awareness kepada masyarakat diluar sana tentang cabaran dan peluang dalam perniagaan internet. Walaupun ia dicemari dengan pelbagai program penipuan di internet, ia masih ada peluang untuk berkembang.

Bagi sesetengah orang, berniaga di internet adalah cukup canggih. Mereka sanggup melaburkan RM50K semata mata untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet yang canggih mangih ini. Dan ada pula golongan yang mengambil kesempatan dengan menawarkan sistem yang canggih yang konon akan latih mereka sehingga jadi jutawan.

Terlalu Hype…Mana mungkin boleh jadi jutawan dalam masa 1 bulan dengan Ebiz kecualiĀ  buat mcm MIRSB tu boleh la.. 20 orang bayar RM50K, dapat la 1 juta buta buta tanpa start biz pape lagi. Tu belum start. Tak masuk kos iklan dan sebagainya. Mau kena tambah berpuluh ribu lagi untuk mula biz. Laku atau tidak lain cerita la produk nak jual.

Ini akan merosakkan market. Rosak teruk.Kesannya mungkin akan lebih teruk berbanding isu Pelaburan Internet yang pernah mengemparkan Malaysia suatu masa dahulu. Saya risau nanti sebarang iklan pasal perniagaan internet pasti akan kena banned. Perkembangan Ebiz di Malaysia akan terbantut dan mungkin akan pupus.

Dah terlalu banyak isu yang mereka timbulkan. Mereka dah pun spoil market sekarang ini. Ia akan menyebabkan persepsi terhadap perniagaan internet menjadi satu perniagaan yang low standard dan menipu orang nanti. Saya sendiri banyak menerima panggilan yang bertanyakan tentang benda ni.

Saya hanya ada 1 nombor telefon iaitu 0129565256. Itulah nombor saya pakai sejak tahun 2003. Saya pernah mempunyai nombor kedua tetapi jarang digunakan.Dah kena tutup kot. Lebih mudah saya guna 1 nombor sahaja. Ia ada mana mana laman web saya. Anda boleh kol atau sms jika ada sebarang pertanyaan. :)

Awareness tentang perniagaan internet adalah menjadi tanggungjawab anda. Bagitau saudara mara anda,nasihatkan mereka jika mereka ingin terlibat dalam skim yang entah apa apa. Lebih cegah sebelum parah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 4 Responses to “Awareness Tentang Perniagaan Internet Perlu..”

  2. By SyedHafidz on Apr 2, 2008 | Reply

    Setuju dengan pandangan abg sham tu..
    Sebab tu saya berpandagan kenapa usahawan2 internet kita tak tubuhkan persatuan yang berdaftar bawah ROS.
    Bagila apa2 name pun…
    yang pentingnye ppersatuan ni akan menjadi jurucakap dan “receptionist” kepada masyarakt utk menerangkan perniagaan inetrent..
    barula nampak lebih legal..
    So, penipu2 pun takde berani nak menipu menggunakan internet kerana persatuan ni boleh menjadi pressure group yang boleh membawa isu ni ke badan legislatif @ eksekutif..
    :)

  3. By titan on Apr 3, 2008 | Reply

    hehe. perkara biasala tu. cuma, berhati-hatila. penipu memang ramai. so, kalau tertipu. jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri dulu.

  4. By Asharudin on Apr 4, 2008 | Reply

    Betul tu Sham, kita kena cari jalan utk mengetengahkan kepada umum tentang perniagaan internet sebenar. Suruh diorang buka mata besar2 dan jangan harap nak jadi jutawan cepat Itu hype semata-mata

  5. By titan on Apr 4, 2008 | Reply

    tapi kekadang. manusia nih. biarpun dah terang2 ragu dengan sesuatu produk. diorang still try jugak. bila dah kene tipu. terus amuk satu dunia. So, sebelum wat apa-apa. siasat dulu. Bila dah kene tipu, nak dapat duit balik. Payah yg amat..kalau dah berkeluarga. fikir2 sikit anak dan bini dirumah.

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :