Usahawan Internet Tidak Online 24 jam!
Ada yang beranggapan bahawa IM atau usahawan internet online 24 jam sehari. Mereka salah sebenarnya. Ada IM hanya online 1,2 jam sahaja sehari untuk menghantar order dan menjawab email. Saya pernah menerima sms pada pukul 2 pagi yang meminta saya berikan link download.
Saya biasanya tidak akan melayan dan hanya menghantarnya pada keesokkannya. Kami pun ada “life” kami sendiri sebenarnya sebagaimana orang kebanyakan. Kami pun berehat,kami pun tidur. Jangan beranggapan usahawan internet online 24 jam. Memang laman web kami boleh dimasukki 24 jam. Ia tidak bermakna kami pun online 24 jam jugak!
Inilah kelebihan perniagaan internet. Anda boleh menguruskan perniagaan anda dengan hanya beberapa jam sahaja. Ia bukannya bekerja dari pukul 8-5 seperti kebanyakan orang. Masa untuk perniagaan internet sangat fleksibel. Anda boleh menguruskan perniagaan anda sebelum anda ke pejabat atau pun sebelum anda masuk tidor.
Jadi kenapa anda tidak menjadikan perniagaan internet sebagai alternatif untuk anda mencari duit tambahan di kala harga barang semakin meningkat ini? Bukan setakat petrol, semua barang akan naik harga. Kesan kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Beras pun dah nak naik harga apabila bekalan beras semakin kurang akibat banjir di negara pengeluar. Kita mampu mengeluarkan 70% bekalan beras sendiri. Kita mungkin bertuah kerana negara kita adalah negara yang subur dan penuh dengan hasil bumi.
Sekarang semua orang dipaksa untuk mencari sumber pendapatan alternatif bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat. Jika di bandar besar, RM4000 bukanlah jumlah yang selamat untuk keluarga. Bahkan ada yang berkata RM10,000 sebulan pun masih belum mencukupi untuk perbelanjaan keluarga. Bagaimana pulak mereka yang berpendapatan rendah?
Susah jugak hidup hari ini. Orang bujang nak kawin pun susah kan? Asyik tak cukup je belanja. :p




17 Responses to “Usahawan Internet Tidak Online 24 jam!”
By JimieRay on Apr 6, 2008 | Reply
Hehee…sekarang ni artikel Sham nampaknye mesti ada diselitkan bab2 kawin. Dah tak lamer la tuuu, kan….
By naem | diariadsense on Apr 6, 2008 | Reply
en sham, artikel ni khas untuk usahawan IM je kan..kalau macam sy yang baru nak jinak2 ni, mesti kena kerja keras dulu kan? betul tak?
By metallism on Apr 6, 2008 | Reply
Saya setuju Sham.Masa untuk perniagaan internet adalah fleksible.Terpulang kepada individu untuk mengagihkan masa sendiri.Walaupun saya masih baru dalam bidang internet tetapi saya amat bersetuju dngan pendapat Sham.
Metallism
http://www.metallism.com
By titan on Apr 6, 2008 | Reply
hehe. kalau yang dah stabil. Takdehal la kalau 1-2 jam.
Kalau yang baru nak start. Kene banyak belajarla.
By Muaz on Apr 7, 2008 | Reply
Hmmmm mesti customer tu beli Penulis Ebook kan .
Bila tengok ayat nih :
Anda boleh dapatkan Sekarang — walaupun pada pukul 3:00 pagi!
By Nizam on Apr 7, 2008 | Reply
Jika difikir-fikir memang mencemaskan.Semua nak naik kecuali HUJAN.Harapan kami yang baru-baru ni semoga En Sham bantu-bantulah maklumlah banyak benda nak kena belajar.:)
By sham on Apr 7, 2008 | Reply
Jimiey, tak lama lagi la..tadi dah abis seribu lebih beli barang..
naem, naem takde ebook berbayar lagi..nanti rasa la orang kol 2,3 pagi.huhuhuh
titan, kena work smart & ikut jadual..kalo tak,semua orang akan ambil masa terutama terlalu asyik surf internet..1-2 jam dah cukup kalo buat fokus betul betul.
Muaz, mcm tau je ebook penulis ebook…hehehe. Tapi walaupun saya tak tido lagi waktu tu,saya tak reply la..esok baru saya reply..
Nizam, jika dah faham konsep perniagaan internet, apa produk yang anda jual mesti takde masalah..
By kita on Apr 7, 2008 | Reply
kadang-kadang saya terfikir lebih senang hidup zaman dahulu dari zaman sekrang….sekarang semuanya perlukan duit.
By Muaz on Apr 7, 2008 | Reply
Rasanya pembeli tu dah salah maksud ayat selling point tu …… tapi apa maksudnya pada bro hehehe….. pada saya ok kalau guna paypal
Mmm nak bagi link pun kita kena semak pembayaran… tu pun dah satu hal… maybank2u kan offline fungsi Transaction History , dia on jam 6 pagi sampai 12 malam , pastu off , sesapa yang terlewat bayar tu nasiblah… esok pagi jer lah
.
By kasimo on Apr 7, 2008 | Reply
betul tu saudara syam…. tu la yang banyak oran buat IM ni sebagai part time.. student pun banayak juga yang join dan ada yang dah berjaya
By sham on Apr 7, 2008 | Reply
Part time pun ok buat ebiz..tak semestinya full time…
By Han on Apr 7, 2008 | Reply
haha…
kalau jual produk ni…kena ada masa utk cek email…
masa terbaik adalah semasa komputer baru on dan sebelum nak off komputer…
masa lain tu kena buat keje dengan tanpa gangguan…
jangan takut pelanggan marah…sebab di web jualan tu kita letak lah “Barang akan dihantar dlm masa 36 jam”…
han
By Muaz on Apr 8, 2008 | Reply
Lol han kenapa letak “36 jam” ?? saya letak “48 jam” hahahaha, tapi biasanya dalam 1-12 jam dah reply dah kecuali masuk waktu pagi ……… kira esok jer lah .heheheh
By saharman on Apr 8, 2008 | Reply
Dulu aku ingat 3 ribu sebulan tu cukup banyak, tapi bila dah kawin dan ada anak + dok KL pulak , memang tak cukup brother wee….
By sham on Apr 8, 2008 | Reply
saharman,tu yang saya risau nanti… masa bujnag leh la ikat perut…huhuhu
By En Dlie on Apr 8, 2008 | Reply
Masa adalah flexible.. tak perlu online 24 hours.. malah 90% sales yang di lakukan oleh saya tanpa saya online.. tahu2 je dah de tempahan..
By SyedHafidz on Apr 9, 2008 | Reply
Kalau kebetulan saya still tak tido 3 pagi,saya akan layan la..
Kalau dah ter”syahid” 2 sorie le..memang tak layan punya..
Pengalaman saya,
untuk produk dlm negara, biasanya takda masalah sanagt coz customer pun jarang beli produk awal2 pagi..Dorang pun tido gak time tu..ahaks..:)
Masalah saya untuk produk luar negara je, memang selalu dapat email pagi2..Kadang2 tak dan nak melayan suma