Cari Duit 24 Jam Sehari
Logik ke ke kenyataan “cari duit 24 jam sehari”? Bagi saya logik kalo anda buat perniagaan internet.Laman web anda adalah kedai 24 jam anda tanpa anda perlu jaga 24 jam. Anda boleh menjaganya bila ada tempahan produk anda. Kalo takde, buat la keje lain seperti promosi dan sebagainya.
Anda tidak perlu tengok website anda je. Tak perlu semua itu. Oranga akan masuk ke laman web anda dan buat tempahan jika mereka mahu. Dalam perniagaan internet, ia tiada paksaaan. Orang masuk laman web pun tak dicaj! Saya sering mendapat pertanyaan..”Orang masuk laman web tu kena caj ke?Jenuh la nak bayar bil internet”… huhuhuh
Entah siapa yang mengajar mcm tu. Tak leh guna internet la kalo masuk laman web kena caj. Saya pun takut nak masuk. :p .Mentaliti sedemikian perlukan sedikit bimbingan. Jika anda berjumpa dengan golongan sedemikian, tolong terangkan dengan baik. Jangan marah pulak ye…
Mereka sebenarnya tidak pernah mengunakan internet lagi sebenarnya. Masih ada ramai golongan yang tidak pernah guna internet seumur hidup mereka. Sad but true. Saya pernah jumpa golongan ini. Mereka begitu takut untuk tekan keyboard komputer. Diorang cakap, kan nanti rosak pulak komputer tu kalo dia tekan huruf keyboard tu…hehehe
Ada yang mengelak sampai bersembunyi. Macam la komputer tu bom. Sentuh je meletup. :P. Golongan ini memerlukan galakan daripada anda sebagai golongan celik IT. Mereka perlukan bimbingan anda.
Semalam saya ada jumpa bakal abang ipar saya. Dia ada bertanya soalan yang sama.Kalo masuk laman web kena caj ke? huhuhu.. Kalo dia nak jual santan kat internet boleh tak? Erk..santan… Saya terangkan la tak digalakkan jual benda yang cepat rosak. Persoalannya macamana nak hantar benda tu kalo orang selangor tempah santan 1kg sedangkan dia ada kat Perak. Nak pos? Pos malaysia tak terima santan la.
Harga pulak satu hal..nak letak berapa? Santan 1kg RM5, kos hantar RM100…tak berbaloi la bang… Orang tak beli & pertikaikan kredibiliti kita sebelum beli. Jadi kena bina tu dulu. Sebab perniagaan internet adalah perniagaan berasaskan kepercayaan. Orang akan berikan duit mereka dahulu sebelum mereka dapat produk. Mereka akan hilang duit kalo peniaga tu tipu sebab kat internet orang tak tengok rupa.
Itulah antara jawapan saya. Memang mudah untuk memulakan perniagaan internet. Tetapi anda perlu membina kredibiliti terlebih dahulu. Itu akan mengambil masa untuk dilakukan. Anda perlu buatkan diri anda adalah pakar dalam bidang berkenaan. Itu adalah sukar. Terus terang saya sendiri susah nak bina kredibiliti apabila saya buat niche baru iaitu pengiklanan.
Ia lebih kepada pasaran offline. Itu lebih sukar untuk dilakukan. Itulah cabaran yang akan hadapi.Ia bukan sekadar memulakan perniagaan internet anda sendiri. Tetapi untuk membina kredibiliti sebagai seorang usahawan internet yang jujur dan membantu pelanggan mereka sangat sukar. Penerimaan masyarakat terhadap usahawan internet juga masih rendah.
Kini, ia menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik masyarakat. Kita sebagai usahawan internet atau blogger perlu bersama sama membanteras membasmi perkara yang bakal memburukkan nama perniagaan internet. Bersatu teguh, bercerai roboh..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






9 Responses to “Cari Duit 24 Jam Sehari”
By JimieRay on Apr 11, 2008 | Reply
Sham, Abang ipar Sham tu sajer2 jer nak test Sham kot… Hehee…
Tapi saya setuju dengan pendapat Sham bahawa masih ada lagi orang yang takut dengan komputer ni. Saya rasa semuanya bermula dengan didikan awal. Dalam hal ni saya tengok golongan Chinese mula terapkan IT kepada golongan kanak2 seawal usia 5 & 6 tahun.
Pengalaman saya sendiri, anak saya belajar di SJK (C) bermula dari tadika umur 5 tahun. Semasa 5 tahun di tadikanya ada kelas khas untuk belajar komputer. Sekali tu (masa umur 6 tahun) dia pulang dari tadika dia cakap lawsernya (guru) minta papa belikan (dia tak tau nak cakap tapi dia tunjuk satu benda masuk kat komputer untuk simpan fail) Oooo…itu disket. “Ya, lawser nak”. Tengok! kecik2 pun dah mula ada disket sendiri.
Sekarang dia dah berumur 8 tahun di sek yang sama, baru2 ni minta saya belikan pendrive pula dan tanyakan saya, “Macam mana nak buat email…?? Nanti Mursyid nak hantar email kat papa” Huhuu…sedangkan saya kenali IT semasa umur penghujung 20an.
Kesimpulannya, ajarlah anak2 kita kenali IT seawal usia muda. Tak rugi! Walaupun kita masih buta IT tapi jangan biarkan generasi kita pun buta IT juga.
By sham on Apr 12, 2008 | Reply
Jimiey..bakal abg ipar tu jenis pencari peluang je..golongan yang mudah saya nak sound.. :p
Langsung tak fokus nak wat biz…ada saja dia bedal..last last kena tipu.. Tu pun saya ada sound gak skit..nak sound banyak banyak nanti gaduh plak bila dh jadi 1 family..sound suruh dia buka minda skit la agar menjauhi benda yang terlalu promising..
By abdfatah on Apr 13, 2008 | Reply
tunjukkan aje bukti phising tu lagi bagus…
disket tu apa? dulu masa kenal disket, tatkala dah ada disket tu, cucuk la kat ruang disket tu… pastu cari laa area disket tu katner… bukak dokument … alahai serupo aje mana area disket tadi…? ahaks…
ada satu hari tu saya terjerempak kat cc, sorang aweks tu beriya2 cakap tak reti dan tak reti nak guna pc… tersenyum sendiri saya dibuatnya…
dan yang kesian sekali ada orang cakap jangan sentuh nanti meletup pc tu… alahai. punya laa kalut taknak bagi bini dia guna… kesian kat bini dia, nak guna pc tak reti… takut melotup. aduhai…
By Asharudin on Apr 13, 2008 | Reply
Haha.. nak jual santan kat internet pulak dah abang ipar Sham tu.
Bagi saya jual produk macam tu sesuai untuk promote premis tempat dia menjual santan tu melalui internet bolehla. Supaya ramai orang pegi kedai dia untuk beli santan. Hehe BlogSantan.com promote kedai dia tu sambil bagi tips santan sesuai untuk buat ape-ape.
By ahib0205 on Apr 14, 2008 | Reply
hm… bro, mcm sy ni ada org saja tanya nk tau n ada jugak saja tanya perli2. heheh… biarlah. kalo kita nk penuhi impian depa tp kita sakit, cleh gak. apa2 pun kita tau apa yg kita wat. mcm blogger ni hanya blogger yg memahami sesama blogger. sbb dlm track yg sama =)
By Muaz on Apr 14, 2008 | Reply
Bagi saya idea tu agak lojik tetapi perlu perubahan iaitu santan sejuk beku dan santan serbuk .
Mungkin kalau nak buat kelainan ialah jenis ;mungkin ada istimewa cam bau atau rasa .
Harga
Packaging
Untuk beberapa elemen yang perlukan (diatas) supaya customer dapat eliminate pembelian kat offline , mungkin juga jual kepada pengguna besar seperti kilang-kilang dan sebagainya.
Tetapi lastly harga juga akan dipersoalkan
By titan on Apr 16, 2008 | Reply
yap. kalau nak wat santan boleh. tapi kawasan yg berdekatan sahaja. Kalau jauh2. Tak seswai sangat tuh..