2 tahun,Lebih 2000 orang telah mendapatkannya…
Saya akan membuat restructure kembali laman web RajaAdsense sempena ulang tahun ke 2. Dah 2 tahun ia dipasaran dan ia masih panas seperti biasa. Namun perubahan ini anda akan lihat pada 3o April ini iaitu Ulang Tahun Ke 2 Panduan Raja Adsense.
Sedikit preview, Panduan Raja Adsense yang baru. Saya juga telah melakukan beberapa tambahan terhadap ebook ini. Kini ia mempunyai 108 muka surat dan akan bertambah lagi nanti.
Ia juga mempunyai 5 Video Tutorial.(Ramai pelanggan lama tertunggu tunggu video ini.) Harap bersabar untuk pelanggan lama Raja Adsense. Anda akan mendapatnya secara berperingkat. Saya pasti akan mengalami server bandwidht tidak mencukupi jika saya berikan secara terus beramai ramai.
Jadi saya akan memberikannya secara berperingkat bermula mereka yang membelinya pada April 2006, mereka antara yang pertama membeli dan memberi kepercayaan kepada saya untuk sampai ke tahap ini pada hari ini. Banyak perkara yang saya telah pelajari daripada anda.
Berbagai bagai ragam pelanggan yang saya temui. Daripada 2000 orang, lebih kurang 20 orang tidak berpuas hati dan saya telah refund duit mereka. Saya tahu adalah sukar untuk memenuhi kemahuan mereka yang mahu menjadi “pakar” dengan membaca ebook ini.Saya bukan ahli silap mata untuk menjadikan mereka pandai dalam sekelip mata.
Bagi saya, ia adalah satu angka yang boleh dibanggakan untuk ebook berbahasa Malaysia dan Ebook Google Adsense yang pertama dalam bahasa Malaysia. Saya pasti ramai lagi yang telah menjual lebih banyak ebook daripada saya.
Saya yakin bahawa jumlah pembaca Ebook Panduan Raja Adsense jauh lebih ramai kerana ia pernah di pirate beberapa kali sepanjang 2 tahun membantu rakyat Malaysia tentang buat duit dengan blog dan Google Adsense. Semoga ia akan terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.
Pada asalnya ia berharga RM40 kemudian saya telah naikkannya kepada RM50 pada 2007.Ia tetap mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Terima kasih banyak banyak saya ucapkan.




12 Responses to “2 tahun,Lebih 2000 orang telah mendapatkannya…”
By saiful-RezekiHalal.com on Apr 16, 2008 | Reply
dalam 2 tahun 2000 pembeli…fuh byk tu….congrat Sham…
p/s masih sabar menunggu 5 video tutorial tu
By Maizul on Apr 16, 2008 | Reply
Wa banyak salinan yang telah tejual tu sham tu belum ambik kira ada pirate tu. Ingatkan saya ketinggalan untuk dapatkan video tersebut rupanya belum di lancarkan lagi. Tak sabar nak tunggu hari ulang tahun ke 2 tu.
By zaidirazali on Apr 16, 2008 | Reply
huhu..ramai tuh…itu pun ada yang sebar secara haram, kalau tak, lagiiii beribu-ribu lemon le pembeli ebokk sham
By sham on Apr 16, 2008 | Reply
Hari ini 16hb,jadi seperti biasa seperti 2 tahun lepas..saya membayar komisen mereka yang berjaya membuat jualan..
Internet kat umah kat terengganu mcm siput..slow bangat..
By kita on Apr 16, 2008 | Reply
tahniah ler sham…eshh dah 2 tahun erk..kejap jer rasa….itulah masa !…saya oun ingat tak dapat dah video tu..rupa-rupa blun lunch lagiiiii
By Asharudin on Apr 16, 2008 | Reply
Baguslah banyak sales dalam 2 tahun tu. 2000 naskhah angka yang sudah cukup utk memberi keuntungan pada Sham.
By titan on Apr 17, 2008 | Reply
sham. seriusly. aku dah beli ebook ko nih. antara ebook pertama yg aku beli kat internet. tapi masalahnya. aku tak ingat langsung email atau username aku apatah lagi link download yg aku register dulu.
hoho..camana tu nk wat? aku memang ternanti2 benda baru dari ebook rajaadsense ni.
By sham on Apr 17, 2008 | Reply
titan, saya ada simpan rekod semua pelangan saya dalam fail txt & word. Nanti saya masukkan 100 email sehari dalam autoreponder bagi link baru ebook..
p/s: Saya masukkan 2 ebook baru saya iaitu panduan jimat dan asas pengiklanan internet sebagai bonus..
By Han on Apr 18, 2008 | Reply
betul tu…
tak sabar tunggu video tutorial ni…hehe
By titan on Apr 20, 2008 | Reply
kalau camtu, bagusla. tapi serius. aku da mh tak ingat. email mana satu yg aku register mASA beli dlu. hehe..nak update atau edit pun dah tak pasti email mana. klu leh, sham pakai email dlm bahagian komen nih je. ni yg aktif skrg..
waa. bonus tu memang menarik.
By ideal on Apr 20, 2008 | Reply
Tahniah sham..teruskan perjuangan dalam perkongsian ilmu ..
By SyedHafidz on Apr 21, 2008 | Reply
2000??
banyknya…
Rasanya dah 6 angkala pendapatan eBook Raja Adsense ni ek..
tahniah Abg Sham