Penjualan Tanpa Hak Lagi
Saya pun dah lupa dah berapa kali samada 7 atau 8 kali Ebook Raja Adsense kena pirate. Hari ini saya menerima email dari bro Shuth yang ada orang pirate lagi ebook saya dan ebook irwan dahnil. Yang mengejutkan saya ialah ia adalah orang yang sama yang merayu agar tak buat report polis pada kes bulan 12 yang lepas.
Tak sampai 6 bulan, dia buat buat lupa. Kali ni 3 ebook saya kena pirate. Bukan tak tahu, dah tahu sebab dah kena warning dulu masa kes bulan 12 dulu. Irwan pernah menyuarakan kalo ada orang pirate lagi ebook dia,dia nak saman. Biar jadi pengajaran buat orang lain. Bukan nak duit sangat pun.Cukup sekadar sebagai pengajaran kepada orang lain yang berniat nak pirate ebook hasil tulisan orang lain.
Ni antara ebook yang dia offer separuh harga…
1-Rahsia Menulis E-book Versi 1.0 dan Panduan Membuat E-Cover RM50
2-Black Mask Adsense
3-Chapter-M
4-Misi Jutawan
5-Tsunami Wang
6-Panduan Raja Adsense
7-Rahsia Buat Duit Dengan SMS
8-Wang Blog
Jadi 3 ebook saya kena pirate.Kes pertama buat ebook Rahsia Penulis Ebook sejak dilancarkan pada Januari tahun lepas. Memang dia memang nak cari pasal. Saya nak tengok gak apa yang akan terjadi pada budak ni nanti. Alamat,nama,email spam dia tersimpan untuk dijadikan bukti.
Saya memang meyimpan rekod pelanggan saya. Saya ada rekod,nom tel,alamat dan jugak nama penuh dia. Sebab semua order form produk saya meminta maklumat sedemikian kerana jika ada kes pape.Saya boleh refer. Sebagai contoh email tak valid,saya akan hubungi melalui sms. Jadi masalah saya dapat selesaikan dengan efektif.
Begitu juga penjualan tanpa hak oleh pelanggan saya.Saya boleh tahu sebab saya menyimpan rekod pelanggan saya secara manual…dalam word dan dalam notepad. Dalam email pun ada 2 iaitu email laman web berkenaan dan juga di email utama saya.
Banyak rekod yang saya boleh refer. Saya juga menyimpan semua perbualan email dengan customer saya. Ia adalah rekod perniagaan. Jika anda berniaga,jangan delete email anda dan pelanggan anda. Ia boleh dijadikan bukti bahawa anda telah pun menerangkan atau memberi yang terbaik untuk membantu pelanggan anda.
Mereka yang ada produk, lindungi hak anda. Minggu depan ada minggu hak cipta.Saya akan kesana nanti.Saya banyak benda yang saya ingin sahkan dengan pihak terlibat.




10 Responses to “Penjualan Tanpa Hak Lagi”
By zaidirazali on Apr 22, 2008 | Reply
kita harus percaya pada peluang kedua, tetapi tidak pada peluang yang ketiga..terus bertindak
By Nizam on Apr 22, 2008 | Reply
Saya syorkan En Sham sebarkan dalam internet terutama dalam blog ni orang yang suka pirate EBook anda. Supaya orang lain yang nak beli EBook tak tertipu sebab beli yang pirate takde service lepas jualan. Orang yang hendak beli sekurang-kurangnya akan lebih berhati-hati. Bila nama dia dah blcklist dipasaran internet baru dia tak buat lagi.Jika En Sham tak beritahu ini kami tidak tahu pun mengenai masalah ini.
By saiful on Apr 22, 2008 | Reply
Sepandai-pandai tupai melompat…akhirnya jatuh ke tanah juga…..
By Rammel Firdaus on Apr 23, 2008 | Reply
Itu salah satu kelemahan ebook yg sukar untuk diatasi.
Kalau buku fizikal, boleh difotostate, ebook, boleh dicopy dan save kedalam pendrive.
By Zan on Apr 23, 2008 | Reply
Saya rasa tindakan yang dilakukan irwan adalah betul. dahlah kita penat menulis isi ebo0k tersebut, senang2 pulak nak pirate orang punya. Nampak gayanya org sebegini memang patut kena bagi pengajaran dan saya sarankan kepada sham agar mendapatkan service untuk mendaftar setiap e-book bagi setiap usahawan internet. Mungkin melalui website, setiap usahawan internet boleh mendaftar e-book mereka ataupun membina laman web untuk mendaftar laman web serta ebook mereka kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran produk digital dan e-book. Mungkin cara ini boleh di implementasikan?
By zaidirazali on Apr 23, 2008 | Reply
sham buatlah satu kolum khas, dedahkan sape yang buat pirate…penting ni bagi pembeli ebook, sebab nanti yang teraniaya, ialah pembeli ebook. mereka memang dapat ebook, tapi update tak dapat, support tak dapat..itu memang bawa keburukan pada pembeli..sham ni dah top kat malaysia. so, bila dah dedahkan orang2 camnih, kami akan sokong dan edarkan pada orang lain…sebab pirate ebook ni pun lagi menambahkan tanggapan buruk pada dunia IM malaysia,coz kebanyakan ebook yang dihasilkan dimalaysia sekarang berkaitan perniagaan internet,cari duit…
By Han on Apr 23, 2008 | Reply
sham,
mungkin dia buat tak tahu…hehe
saya memang setuju dengan irwan…saman! jangan tak saman…
tapi kita boleh saman ke?
saya rasa selagi kita tak register ebook tu dengan pihak copyright, trademark dan lain2, kita tak layak untuk saman rasanya lah…
bahkan orang boleh ambil isi ebook kita lagi kalau kita tak register…
mcm iklan di TV dulu, ada mak cik yang buat sekaya di kampung (tak register)….
last2, orang ambil resepi dia dan register…jadilah milik orang tu…
ni lah yang saya faham…
han
By titan on Apr 25, 2008 | Reply
ehm..aku tak sure kita leh saman atau tak. Tapi kalau buku. Saman je. Kalau ebook. Aku tak rasa leh saman. Tu sebab ramai berani wat cam gini..
By sham on Apr 25, 2008 | Reply
kalo ada kat website, boleh saman..tapi kalo spam email susah skit.
By Han on Apr 25, 2008 | Reply
oh…kalau ade website boleh saman ek…
jadi, apa lagi sham…
saman je…hehe
han