Jualan Megasales Ulang Tahun ke 2
Bermula 30hb nanti, RajaAdsense.com akan berwajah baru dan jualan megasales kesemua ebook saya akan dilakukan. Jika anda berkenan untuk beli ebook saya yang harganya ratusan ringgit, ketika megasales ini anda boleh dapatkan kurang dari RM50..secara tepatnya RM40 sahaja.
Megasales hanya berlangsung selama 1 minggu iaitu dari 30hb ke 6hb sahaja. 30hb adalah ulang tahun RajaAdsense.com dan 6hb adalah hari jadi saya yang ke 25. Dah suku abad dah umur saya. Kena tingkat usaha ni. Banyak lagi matlamat yang belum dicapai.
Sebelum megasales ini saya juga akan lancarkan satu laman web saya untuk pasaran antarabangsa. Mungkin anda akan terserempak dengannya nanti. Dah 2 hari saya bertungkus lumus membuat sales letternya. Dah ia berjaya disiapkan tadi, tetapi saya akan perbaiki lagi nanti.
Saya juga sedang membina laman web untuk megasales nanti. Saya akan umumkan pada 12 malam 30hb nanti. Dah lama saya merangka megasales ini sebenarnya. Selepas tamatnya megasales saya akan lancarkan siri ebook baru saya. Ia dalam bentuk modul dan mini ebook. Iaitu ebook pendek dan bersambung sambung.
Saya dah merangka 10 modul & ia akan meningkat dari masa ke semasa. Ia adalah berkenaan dengan perniagaan internet. Cuma belum start tulis lagi.Saya hanya merangkan isi penting sahaja dulu. Mungkin saya akan menulis satu modul dalam masa 3 hari. Jadi setiap tiga hari saya akan lancarkan setiap modul.
Saya tak buat ecover kot untuk modul ini.Tunggu ia siap sepenuhnya baru la buat ecover.
Saya juga akan mengemaskini rekod pelanggan,pada 30hb nanti mungkin anda akan menerima sms daripada saya.Itu pun jika anda masih gunakan nombor telefon yang sama ketika membeli Ebook RajaAdsense dulu. Jadi 2K orang akan menerima sms dari saya serentak. Harap dapat selesaikan mengumpul semua nombor telefon pelanggan dalam masa terdekat ini.
Banyak betul keje yang kena buat ini. Fuh..Badan pun kurang sihat,nak tak nak kena siapkan jugak sebelum 30hb nanti. Saya akan release kembali ebook yang saya telah tarik balik sebelum ini. :p.Saya nak tengok banyak mana dah saya telah tulis ebook.
Kalo saya boring, saya akan menulis la disini. Jika tidak, saya akan buat keje saya.Harap dapat siapkan segala perancangan saya ni.
p/s:Laptop saya diserang virus. Harap ia tak efek pape.Saya dah pun back up semua fail ke external hardisk saya. Nak format, bukan masa yang sesuai sekarang ni.




12 Responses to “Jualan Megasales Ulang Tahun ke 2”
By mazlie nadzri on Apr 24, 2008 | Reply
Salam..
Selalu masuk blog sham, tapi tak bagi komen. Hari ni rasa nak bagi komen.:-)
Saya ingatkan sham dah umur 30an, rupanya sebaya saya, 25thn.:-). Anyway, tawaran yang bagus ni, megasales. Rugi sapa tak rebut peluang ni.
Gud luck sham. Moga sihat sentiasa. Biasala, musim hujan sekarang, demam pon mula datang.
wassalam
By sham on Apr 24, 2008 | Reply
Saya muda lagi..Kebanyakan IM kat malaysia umur kurang dari 30… adalah 2,3 orang tu yang dah 30an.
Generasi 20an ni yang akan mengubah situasi perniagaan internet di malaysia nanti.
By Nizam on Apr 24, 2008 | Reply
Selama ini banyak pengumuman nak buat jualan runtuh esok nak buat hari ni baru nak umum. Mana nak cari bajet.Beritahu awal macam ni baru ok. Apa pun terima kasih kerana pengumuman awal.Mudah buat prepare.
By mazlie nadzri on Apr 24, 2008 | Reply
Heheheheh..tula, muda lagi rupenye, sebab dari fizikal nampak macam 30-an..:-)
By zaidirazali on Apr 24, 2008 | Reply
buka sham nampak matured..coz terlalu banyak baca,penuh ilmu kat minda,itu yang mampu buat banyak ebook yang bagus
By sham on Apr 24, 2008 | Reply
Target saya tahu ni,tulis buku…Kalo murah rezeki,nak sambung wat master plak.
Tahun ni saya akan tulis banyak ebook,mana la tau dapat masuk malaysia book of records sebagai penulis ebook terbanyak dalam BM.. :p..hehehe
Ebook free juga akan menyusul jugak nanti.Bukan berbayar je.
By Wira Duniamoto on Apr 24, 2008 | Reply
Salam;
Saya pengunjung baru blog sham nih..
Tahniah..atas sumbangan kepada dunia
ebiz..
Saya baru je buat bayaran untuk ebook
Rajaadsense.Harap2 dengan ebook nih dapat
belajar jana pendapatan dengan google…insyaAllah.
Saya memang x tahu ape2 pasal Adsense…
Tapi cuba je lah.Nak jual ebook x tak
tahu apa yg nk ditulis…last2 terfikir
pasal adsense…terus jumpa sham punya
website..:)
By sham on Apr 24, 2008 | Reply
Wira, dah sent dah link download..kalo tak dapat, bagi tau la ye..
By Asharudin on Apr 26, 2008 | Reply
Perancangan yang menarik tu Sham. Bagus gak tu nak sambung degree.Semoga terus suksess.
By IM Dreamer on Apr 27, 2008 | Reply
huh! 25 rupernyer! sayer pun…!
ramai gak yang muder2 cam kiter ni ek!
Sham, saya nak. walaupun blum launch agik! sayer musti takkan lpaskan pluang nih! bleh bank-in trus tak? kot2 sibuk….
pastu nak tanya, salenyer hanya dibuka selama 1 minggu ajer kan… so, ader limit buyer ker???! kalau ader, sayer memang nak trus sangat bank-in nih! maner la tau aral mendatang time tu…. iya dak?
By sham on Apr 27, 2008 | Reply
Asharudin, saya dah ada degree..Nak sambung master plak.
IM Dreamer,Sales selama 1 minggu je.Takde limit buyer kot.Kul 12a.m 7hb,saya akan tutup terus.
Laman web nanti saya umumkan..
By IM Dreamer on Apr 27, 2008 | Reply
beres….. best tuh! great desicion!