Raja Adsense

Sindrom Sales Drop

Written on April 29, 2008 – 2:17 am | by sham |

Macam penyakit pulak. Hohoho. Setelah berlaku pilihanraya mengejut baru baru ini, ramai kawan kawan saya yang mengeluh kerana kekurangan projek & payment yang slow dari kerajaan. Bagaimana pulak dengan usahawan internet? Sama jugak.

Kini terdapat trend menurun dari segi pembelian online. Pelik jugak. Ia bukan dialami oleh saya sahaja. Malah beberapa usahawan internet lain. Sebab itulah saya namakan Sindrom Sales Drop. Kalo diikutkan musim panas & sejuk pasaran, masa sekarang sepatutnya musim panas kerana ia bukan musim cuti sekolah mahupun perayaan. Sales tetap menurun.

Itu yang menjadi tanda tanya kepada saya. Kenapa ye? Semua orang masih terkejut atau masih menunggu perkembangan kerajaan yang baru dibentuk. Parlimen pun baru sahaja bersidang semalam. Ini menyebabkan saya menghentikan sementara iklan saya di akhbar. Ia adalah untuk menilai kembali, apakah masalah sekarang ni?

Saya sebenarnya masih buntu, apakah sebabnya? Adakah disebabkan iklan sesetengah pihak yang melampau dan menyebabkan orang tak percayakan perniagaan internet? Barang naik, orang simpan duit?Atau golongan pembeli produk online dah abis dah sebab ia terdiri dari golongan yang sama? Jadi apa masalahnya?

Banyak tanda tanya lagi sebenarnya… Ini menyebabkan saya mengambil keputusan branding semula produk pertama saya iaitu panduan raja adsense. Ia akan berwajah baru. Sales letter untuk megasale pun telah siap. Apa yang perlu saya buat sekaran ialah menguji integrasi sistem affiliate dengan laman web yang baru nanti. Saya belum mengujinya lagi.

Mungkin malam nanti kot.Saya menulis sekarang ni pun dah pukul 2 pagi.Jadi to-do list saya untuk esok ialah menguji integrasi sistem affiliate dengan sales letter baru. Seterusnya mempersiapkan database pelanggan raja adsense dan ebook saya yang lain. Pada 30hb atau 1 hb nanti, mereka akan menerima sms dari saya tentang megasale yang berlaku nanti.

Jenuh jugak la nanti nak extract nombor telefon tu dari beribu rekod pelanggan. Disebabkan saya boring la ni menyebabkan saya menulis jugak di blog ini dan jugak blog shamsuriyadi.com. Susah la kalo tak tulis skit. Rasa rimas kalo tak blogging. Maybe tu la sebabnya blogger hardcore sentiasa update blog mereka.

Jadi sekarang, apakah penyelesaian masalah Sindrom Sales Drop ini? Ada cadangan? Fokus pada market antarabangsa pulak? Dah buat dah pun sebenarnya. :) . Saya dah start satu laman web baru untuk market baru. Satu niche yang saya rasa boleh dikembangkan nanti. Niche evergreen.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



  1. 3 Responses to “Sindrom Sales Drop”

  2. By titan on Apr 29, 2008 | Reply

    Usaha la lagi dan promosi lagu. Itu sahaja caranya..

  3. By sham on Apr 29, 2008 | Reply

    Sebab itulah kena ada banyak produk. :)

  4. By titan on Apr 30, 2008 | Reply

    betul. Kene banyak produk. Tak leh harap kat 1 produk je..

Post a Comment

klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :