Raja Adsense

Archive for April, 2008

Penjualan Tanpa Hak Lagi

Monday, April 21st, 2008

Saya pun dah lupa dah berapa kali samada 7 atau 8 kali Ebook Raja Adsense kena pirate. Hari ini saya menerima email dari bro Shuth yang ada orang pirate lagi ebook saya dan ebook irwan dahnil. Yang mengejutkan saya ialah ia adalah orang yang sama yang merayu agar tak buat report polis pada kes bulan 12 yang lepas.

Tak sampai 6 bulan, dia buat buat lupa. Kali ni 3 ebook saya kena pirate. Bukan tak tahu, dah tahu sebab dah kena warning dulu masa kes bulan 12 dulu. Irwan pernah menyuarakan kalo ada orang pirate lagi ebook dia,dia nak saman. Biar jadi pengajaran buat orang lain. Bukan nak duit sangat pun.Cukup sekadar sebagai pengajaran kepada orang lain yang berniat nak pirate ebook hasil tulisan orang lain.

Ni antara ebook yang dia offer separuh harga…

1-Rahsia Menulis E-book Versi 1.0 dan Panduan Membuat E-Cover   RM50

2-Black Mask Adsense                                                                  USD 97

3-Chapter-M                                                                                  RM69

4-Misi Jutawan                                                                              RM50

5-Tsunami Wang                                                                           RM50

6-Panduan Raja Adsense                                                              RM40

7-Rahsia Buat Duit Dengan SMS                                                  RM38

8-Wang Blog                                                                                    RM50

Jadi 3 ebook saya kena pirate.Kes pertama buat ebook Rahsia Penulis Ebook sejak dilancarkan pada Januari tahun lepas. Memang dia memang nak cari pasal. Saya nak tengok gak apa yang akan terjadi pada budak ni nanti. Alamat,nama,email spam dia tersimpan untuk dijadikan bukti.

Saya memang meyimpan rekod pelanggan saya. Saya ada rekod,nom tel,alamat dan jugak nama penuh dia. Sebab semua order form produk saya meminta maklumat sedemikian kerana jika ada kes pape.Saya boleh refer. Sebagai contoh email tak valid,saya akan hubungi melalui sms. Jadi masalah saya dapat selesaikan dengan efektif.

Begitu juga penjualan tanpa hak oleh pelanggan saya.Saya boleh tahu sebab saya menyimpan rekod pelanggan saya secara manual…dalam word dan dalam notepad. Dalam email pun ada 2 iaitu email laman web berkenaan dan juga di email utama saya.

Banyak rekod yang saya boleh refer. Saya juga menyimpan semua perbualan email dengan customer saya. Ia adalah rekod perniagaan. Jika anda berniaga,jangan delete email anda dan pelanggan anda. Ia boleh dijadikan bukti bahawa anda telah pun menerangkan atau memberi yang terbaik untuk membantu pelanggan anda.

Mereka yang ada produk, lindungi hak anda. Minggu depan ada minggu hak cipta.Saya akan kesana nanti.Saya banyak benda yang saya ingin sahkan dengan pihak terlibat.

SKO atau Sistem Kedai Online Telah dilancarkan

Thursday, April 17th, 2008

Sabri Saifulsham telah melancarkan Ebook Berbayar mereka yang pertama iaitu Sistem Kedai Online atau dikenali sebagai SKO. Kepada mailing list Raja Adsense, mereka telah pun mendapat special offer daripada saya untuk membeli ebook SKO tersebut.

Jadi kepada pembaca blog ini saya turut menawarkan tawaran yang sama. Jika anda membeli daripada link saya, mereka akan mendapat bonus daripada saya. Apa yang saya tawarkan ialah :

1.Ebook Panduan Jimat Duit (RM27)
2.Diskaun RM40 untuk ebook PanduanAdwords.com

Ia hanya untuk pembeli SKO dalam tempoh promosi ini sahaja iaitu sehingga 2/5/08.

Jadi beli sekarang dari link saya jika anda inginkan Bonus tersebut. Harga SKO hanya RM49, tetapi anda mendapat bonus berharga RM67.

http://www.sistemkedaionline.com

Klik link diatas dan tuntut bonus daripada saya. Email ke sham[at]rajaadsense.com untuk menuntut bonus anda. Bertindak segera.

Tawaran akan tamat pada 2/5/2008. Jangan lambat.

http://www.sistemkedaionline.com

p/s: Sempena ulangtahun ke 2 RajaAdsense.com saya juga ada tawaran istemewa untuk subcriber dan juga pembaca blog ini.

2 tahun,Lebih 2000 orang telah mendapatkannya…

Wednesday, April 16th, 2008

Saya akan membuat restructure kembali laman web RajaAdsense sempena ulang tahun ke 2. Dah 2 tahun ia dipasaran dan ia masih panas seperti biasa. Namun perubahan ini anda akan lihat pada 3o April ini iaitu Ulang Tahun Ke 2 Panduan Raja Adsense.

preview

Sedikit preview, Panduan Raja Adsense yang baru. Saya juga telah melakukan beberapa tambahan terhadap ebook ini. Kini ia mempunyai 108 muka surat dan akan bertambah lagi nanti.

Ia juga mempunyai 5 Video Tutorial.(Ramai pelanggan lama tertunggu tunggu video ini.) Harap bersabar untuk pelanggan lama Raja Adsense. Anda akan mendapatnya secara berperingkat. Saya pasti akan mengalami server bandwidht tidak mencukupi jika saya berikan secara terus beramai ramai.

Jadi saya akan memberikannya secara berperingkat bermula mereka yang membelinya pada April 2006, mereka antara yang pertama membeli dan memberi kepercayaan kepada saya untuk sampai ke tahap ini pada hari ini. Banyak perkara yang saya telah pelajari daripada anda.

Berbagai bagai ragam pelanggan yang saya temui. Daripada 2000 orang, lebih kurang 20 orang tidak berpuas hati dan saya telah refund duit mereka. Saya tahu adalah sukar untuk memenuhi kemahuan mereka yang mahu menjadi “pakar” dengan membaca ebook ini.Saya bukan ahli silap mata untuk menjadikan mereka pandai dalam sekelip mata.

Bagi saya, ia adalah satu angka yang boleh dibanggakan untuk ebook berbahasa Malaysia dan Ebook Google Adsense yang pertama dalam bahasa Malaysia. Saya pasti ramai lagi yang telah menjual lebih banyak ebook daripada saya.

Saya yakin bahawa jumlah pembaca Ebook Panduan Raja Adsense jauh lebih ramai kerana ia pernah di pirate beberapa kali sepanjang 2 tahun membantu rakyat Malaysia tentang buat duit dengan blog dan Google Adsense. Semoga ia akan terus memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Pada asalnya ia berharga RM40 kemudian saya telah naikkannya kepada RM50 pada 2007.Ia tetap mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia. Terima kasih banyak banyak saya ucapkan.

Cari Duit 24 Jam Sehari

Friday, April 11th, 2008

Logik ke ke kenyataan “cari duit 24 jam sehari”? Bagi saya logik kalo anda buat perniagaan internet.Laman web anda adalah kedai 24 jam anda tanpa anda perlu jaga 24 jam. Anda boleh menjaganya bila ada tempahan produk anda. Kalo takde, buat la keje lain seperti promosi dan sebagainya.

Anda tidak perlu tengok website anda je. Tak perlu semua itu. Oranga akan masuk ke laman web anda dan buat tempahan jika mereka mahu. Dalam perniagaan internet, ia tiada paksaaan. Orang masuk laman web pun tak dicaj! Saya sering mendapat pertanyaan..”Orang masuk laman web tu kena caj ke?Jenuh la nak bayar bil internet”… huhuhuh

Entah siapa yang mengajar mcm tu. Tak leh guna internet la kalo masuk laman web kena caj. Saya pun takut nak masuk. :p .Mentaliti sedemikian perlukan sedikit bimbingan. Jika anda berjumpa dengan golongan sedemikian, tolong terangkan dengan baik. Jangan marah pulak ye… :)

Mereka sebenarnya tidak pernah mengunakan internet lagi sebenarnya. Masih ada ramai golongan yang tidak pernah guna internet seumur hidup mereka. Sad but true. Saya pernah jumpa golongan ini. Mereka begitu takut untuk tekan keyboard komputer. Diorang cakap, kan nanti rosak pulak komputer tu kalo dia tekan huruf keyboard tu…hehehe

Ada yang mengelak sampai bersembunyi. Macam la komputer tu bom. Sentuh je meletup. :P . Golongan ini memerlukan galakan daripada anda sebagai golongan celik IT. Mereka perlukan bimbingan anda.

Semalam saya ada jumpa bakal abang ipar saya. Dia ada bertanya soalan yang sama.Kalo masuk laman web kena caj ke? huhuhu.. Kalo dia nak jual santan kat internet boleh tak? Erk..santan… Saya terangkan la tak digalakkan jual benda yang cepat rosak. Persoalannya macamana nak hantar benda tu kalo orang selangor tempah santan 1kg sedangkan dia ada kat Perak. Nak pos? Pos malaysia tak terima santan la.

Harga pulak satu hal..nak letak berapa? Santan 1kg RM5, kos hantar RM100…tak berbaloi la bang… Orang tak beli & pertikaikan kredibiliti kita sebelum beli. Jadi kena bina tu dulu. Sebab perniagaan internet adalah perniagaan berasaskan kepercayaan. Orang akan berikan duit mereka dahulu sebelum mereka dapat produk. Mereka akan hilang duit kalo peniaga tu tipu sebab kat internet orang tak tengok rupa.

Itulah antara jawapan saya. Memang mudah untuk memulakan perniagaan internet. Tetapi anda perlu membina kredibiliti terlebih dahulu. Itu akan mengambil masa untuk dilakukan. Anda perlu buatkan diri anda adalah pakar dalam bidang berkenaan. Itu adalah sukar. Terus terang saya sendiri susah nak bina kredibiliti apabila saya buat niche baru iaitu pengiklanan.

Ia lebih kepada pasaran offline. Itu lebih sukar untuk dilakukan. Itulah cabaran yang akan hadapi.Ia bukan sekadar memulakan perniagaan internet anda sendiri. Tetapi untuk membina kredibiliti sebagai seorang usahawan internet yang jujur dan membantu pelanggan mereka sangat sukar. Penerimaan masyarakat terhadap usahawan internet juga masih rendah.

Kini, ia menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik masyarakat. Kita sebagai usahawan internet atau blogger perlu bersama sama membanteras membasmi perkara yang bakal memburukkan nama perniagaan internet. Bersatu teguh, bercerai roboh..

Usahawan Internet Tidak Online 24 jam!

Sunday, April 6th, 2008

Ada yang beranggapan bahawa IM atau usahawan internet online 24 jam sehari. Mereka salah sebenarnya. Ada IM hanya online 1,2 jam sahaja sehari untuk menghantar order dan menjawab email. Saya pernah menerima sms pada pukul 2 pagi yang meminta saya berikan link download.

Saya biasanya tidak akan melayan dan hanya menghantarnya pada keesokkannya. Kami pun ada “life” kami sendiri sebenarnya sebagaimana orang kebanyakan. Kami pun berehat,kami pun tidur. Jangan beranggapan usahawan internet online 24 jam. Memang laman web kami boleh dimasukki 24 jam. Ia tidak bermakna kami pun online 24 jam jugak! :)

Inilah kelebihan perniagaan internet. Anda boleh menguruskan perniagaan anda dengan hanya beberapa jam sahaja.  Ia bukannya bekerja dari pukul 8-5 seperti kebanyakan orang. Masa untuk perniagaan internet sangat fleksibel. Anda boleh menguruskan perniagaan anda sebelum anda ke pejabat atau pun sebelum anda masuk tidor.

Jadi kenapa anda tidak menjadikan perniagaan internet sebagai alternatif untuk anda mencari duit tambahan di kala harga barang semakin meningkat ini? Bukan setakat petrol, semua barang akan naik harga. Kesan kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Beras pun dah nak naik harga apabila bekalan beras semakin kurang akibat banjir di negara pengeluar. Kita mampu mengeluarkan 70% bekalan beras sendiri. Kita mungkin bertuah kerana negara kita adalah negara yang subur dan penuh dengan hasil bumi.

Sekarang semua orang dipaksa untuk mencari sumber pendapatan alternatif bagi menampung perbelanjaan yang makin meningkat. Jika di bandar besar, RM4000 bukanlah jumlah yang selamat untuk keluarga. Bahkan ada yang berkata RM10,000 sebulan pun masih belum mencukupi untuk perbelanjaan keluarga. Bagaimana pulak mereka yang berpendapatan rendah?

Susah jugak hidup hari ini. Orang bujang nak kawin pun susah kan? Asyik tak cukup je belanja. :p

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :