Archive for April, 2008
Saturday, April 5th, 2008
Saya cuba untuk menulis dalam bahasa yang mudah dan senang difahami. Pertamanya, jangan salah sangka ya, kedai online maksud saya hari ini tidak ada lot-lot dan anda tidak payah beli lebih dari satu ataupun tarik kawan-kawan (pendek kata bukan MLM makan orang lah!)
Kedai Online ni direct translation dari bahasa Inggerisnya online store. Contoh online store ini adalah seperti Amazon.com, WorldSoccerShop.com dan kalau yang Malaysia pula contohnya seperti Blooming.com.my dan Flowers.com.my
Kedai Online ini adalah satu contoh ecommerce website yang membolehkan banyak produk dijual secara serentak. Biasanya kalau anda menjual produk fizikallah, ada juga orang jual ebook guna konsep sebegini tapi saya tak pasti sejauh mana keberkesanannya.
Shopping Cart pula adalah perisian yang digunakan untuk membina kedai online ini. Ada shopping cart yang free dan ada yang berbayar. Saya ingat semua orang tahu bahawa ada shopping cart free, tetapi yang saya pelik selepas Team SaifulSham keluarkan video PERCUMA mengenai online store ini, lebih dari seorang beritahu mereka tak tahu wujud pun shopping cart FREE.
Apapun, jika sekarang anda masih belum bercadang untuk membina online store, anda masih perlu juga menonton video ini sebagai persediaan. Just in case. Sebab 6 April mereka akan uploadkan pula video baru.
Dalam video percuma selama 44 minit ini mereka ada menyentuh mengenai:
[x] Apa itu perniagaan Internet secara asas (sesuai kalau anda tidak ada basic, ataupun usahawan offline spt usahawan tani yang nak tahu macam mana perniagaan internet ini berfungsi)
[x]Contoh-contoh Online Store yang popular di dunia dan di Malaysia serta kelebihan perniagaan bentuk online store
[x]Jenis-jenis online store yang ada pada hari ini dan yang mana satu mereka rasakan terbaik (pilihan mereka adalah yang FREE. Nak tahu yang lebih spesifik, tonton video mereka, PERCUMA lagi)
Klik Di Sini Untuk Menonton Video 44 Minit Percuma dari SaifulSham (Tak perlu bagi emel & nama pun kalau tak nak)
Benda free ni. Takkan tak nak kot…Tapi leh tengok online jela. Ada lagi video yang akan menyusul lagi nanti. Jangan lupa untuk menziarah blog ini selalu. Sebab saya pun akan berikan hadiah nanti. Saya sedang menulis ebook free lagi. Dulu ingat dah tak nak bagi free tapi tak best pulak kalo tak bagi hadiah skit.
Jadi tengok la video tu & nantikan hadiah daripada saya. Oh..Lupa pulak saya dah pun update skit beberapa ebook percuma saya. Saya akan upload nanti…
p/s:Baru sampai rumah kat kampung. Letih badan.
Posted in Berita, Panduan, Video | 4 Comments »
Wednesday, April 2nd, 2008
Saya baru sahaja siap mendesign iklan saya kat SinarHarian dan menunggu kelulusan. Kepada WC300,ada tawaran istimewa buat mereka yang beli pakej platinum yang ditawarkan untuk WC300.
Ok.Sebagai usahawan internet dan juga seorang blogger.Kita perlu memberikan awareness kepada masyarakat diluar sana tentang cabaran dan peluang dalam perniagaan internet. Walaupun ia dicemari dengan pelbagai program penipuan di internet, ia masih ada peluang untuk berkembang.
Bagi sesetengah orang, berniaga di internet adalah cukup canggih. Mereka sanggup melaburkan RM50K semata mata untuk menceburkan diri dalam perniagaan internet yang canggih mangih ini. Dan ada pula golongan yang mengambil kesempatan dengan menawarkan sistem yang canggih yang konon akan latih mereka sehingga jadi jutawan.
Terlalu Hype…Mana mungkin boleh jadi jutawan dalam masa 1 bulan dengan Ebiz kecuali buat mcm MIRSB tu boleh la.. 20 orang bayar RM50K, dapat la 1 juta buta buta tanpa start biz pape lagi. Tu belum start. Tak masuk kos iklan dan sebagainya. Mau kena tambah berpuluh ribu lagi untuk mula biz. Laku atau tidak lain cerita la produk nak jual.
Ini akan merosakkan market. Rosak teruk.Kesannya mungkin akan lebih teruk berbanding isu Pelaburan Internet yang pernah mengemparkan Malaysia suatu masa dahulu. Saya risau nanti sebarang iklan pasal perniagaan internet pasti akan kena banned. Perkembangan Ebiz di Malaysia akan terbantut dan mungkin akan pupus.
Dah terlalu banyak isu yang mereka timbulkan. Mereka dah pun spoil market sekarang ini. Ia akan menyebabkan persepsi terhadap perniagaan internet menjadi satu perniagaan yang low standard dan menipu orang nanti. Saya sendiri banyak menerima panggilan yang bertanyakan tentang benda ni.
Saya hanya ada 1 nombor telefon iaitu 0129565256. Itulah nombor saya pakai sejak tahun 2003. Saya pernah mempunyai nombor kedua tetapi jarang digunakan.Dah kena tutup kot. Lebih mudah saya guna 1 nombor sahaja. Ia ada mana mana laman web saya. Anda boleh kol atau sms jika ada sebarang pertanyaan.
Awareness tentang perniagaan internet adalah menjadi tanggungjawab anda. Bagitau saudara mara anda,nasihatkan mereka jika mereka ingin terlibat dalam skim yang entah apa apa. Lebih cegah sebelum parah.
Posted in Berita | 4 Comments »
Tuesday, April 1st, 2008
Ramai yang masih tak tau tentang blog personal saya di Shamsuriyadi.com. Ada beberapa isu panas yang saya tulis termasuk tentang MIRSB. Saya berharap ada staff mereka yang respon. Clearkan segala yang patut. Nak suruh orang wat internet biz kena la tau guna internet.
Tadi saya ada berjumpa dengan Owner E-Majalah JomStar.com
Beliau pun turut menyatakan kebimbangan manipulasi iklan yang melampau sejak 2 menjak ni. Beliau daripada media pasti tau sangat tentang perkara ini. Saya ada sedikit perbincangan tentang pengiklanan dan sistem SMS untuk Jomstar.com. Jadi mereka adalah antara yang akan mengimplementasikan Strategi Hibrid Marketing dalam iklan mereka.
Iklan saya di Harian Metro pun tak keluar lagi sebab ada sedikit masalah dengan pengurus iklan saya. Jadi saya postpone kepada hari sabtu ini kerana ingin mendapatkan lebih exposure pada hari ahad. Ini adalah kerana ahad kadar pembacaan akhbar sangat tinggi.
Rasanya saya juga akan beli iklan di Majalah. Saya sedang survey untuk membeli iklan dari majalah apa yang sesuai. Sekarang saya nampak pilihan saya sekaran ialah Mingguan Wanita ini adalah kerana terdapat segmen keusahawanan didalam majalah tersebut.
Jika anda ingin join perbincangan tentang isu hangat dalam perniagaan boleh la melayari http://www.shamsuriyadi.com iaitu blog personal saya. Saya bersikap terbuka. Sebarang komen walaupun memperli atau mempertikaikan kredibiliti saya pun saya tetap akan luluskan. Saya tetap dengan pendirian saya.Apa yang saya tulis adalah point of view saya..Orang boleh nak kritik saya…
Kebebasan berblog la katakan..
Posted in Berita, Blogging | 2 Comments »