Raja Adsense

Archive for May, 2008

Multi Level Marketing, Apa kata anda?

Thursday, May 29th, 2008

Agak lama saya tak menulis kat blog ini. Saya sedang mengalami masalah kekurangan idea sekarang ini. Disamping kesibukan untuk membuat persiapan majlis pada bulan 8 nanti. Ia menyebabkan saya takde idea untuk menulis. Ini pun just hanya untuk melepas gatal tangan untuk menulis di blog.

Tadi saya ada menerima email yang tidak bersetuju tentang tulisan saya di dalam Laporan Penipuan di Internet. Jika anda belum membacanya anda boleh download di bahagian download blog ini. Ada orang yang mengatakan saya menghina mereka yang membuat dan mempromosikan Skim Sumbangan Ikhlas. Memang saya menghina mereka yang menyertai skim cepat kaya ini.

Ada yang mempertikaikan tulisan saya menghina niat orang untuk bersedekah dan membantu sesama ummat. Bagi saya, yeke membantu sesama umat? Jika nak membantu,kenapa bersedekah dengan mengharapkan balasan? Tak betul dah kan? Jadi fikir fikirkan lah.

Perkara kedua ialah Multi Level Marketing hari ini yang menjual kopi RM20 satu sachet. Bagi saya ia tidak salah. Dari segi perniagaan ia memang tak salah pun. Ia mungkin hanya sekadar untuk melepaskan syarat bahawa syarikat MLM perlu mempunyai produk walaupun ia tiada nilai kesihatan atau diada adakan.

Saya menyokong MLM yang mempunyai produk yang bagus dan mempunyai nilai kesihatan kepada pengamalnya. Ia akan mendapat tempat dihati pengguna walaupun ia berharga RM20 satu sachet kecil. Kesihatan bukan sesuatu yang boleh dinilai.

Namun,saya tidak sukakan MLM yang hanya untuk mencari orang untuk menjadi downline. Jika tiada orang, tak dapat duit. MLM sememangnya perlu mencari downline, jika ada MLM yang tak memaksa untuk menjari downline lagi bagus. Ini adalah kerana bukan semua orang boleh mencari downline.

Bagi saya,saya gemarkan susuatu yang automatik. MLM sebenarnya bagus untuk anda menguji kebolehan pemasaran anda. Saya sedang memikirkan satu cara untuk mengautomasikan pencarian downline tanpa perlu anda bercerita panjang. Sudah tentu kena lah mencari MLM yang mempunyai kekuatan produk. Setakat ni, saya dah berjumpa 2 MLM yang mempunyai kekuatan produk walaupun produk mereka tak banyak.

Saya telah menyertai salah satu daripadanya kerana ia memerlukan modal yang agak rendah & saya boleh membuat satu pelan promosi yang boleh diautomasikan samada untuk saya dan jugak downline mereka yang terlibat. Saya gemarkan mengabungkan pelbagai konsep pemasaran menjadi satu.

Ia adalah satu lagi bentuk Hybrid Marketing yang ingin saya uji. Mungkin suatu hari nanti saya akan bukukan konsep pemasaran ini. Jadi saya kena test dulu sebelum mengatakan ianya berkesan atau tidak.Saya meniru cara bagaimana marketeer Mat Salleh lakukannya.

Terdapat 3 perniagaan yang paling menguntungkan didunia iaitu Insurans, Perniagan Internet  dan juga MLM. Disebabkan banyak perkara yang menyukarkan peserta seperti mencari downline. Ia akhirnya hilang semangat dan putus asa. Ia pernah terjadi kepada saya. Saya pernah menyertai beberapa MLM sebelum ini, ia adalah sukar untuk menerangkan tentang kebaikan produk kerana saya ni bukan lah seorang yang petah berkata kata.

Jadi saya cuba membuat satu penyelesaian kepada masalah untuk berkata kata atau komunikasi tersebut. Ia adalah satu cabaran untuk saya untuk menguji konsep pemasaran yang baru. Kali ini ia mengabungkan Video + Internet + Gaya Pos + SMS. Bagaimana nak gabungkannya?

Nanti saya akan ceritakan setelah fasa pertama siap untuk ujian.

p/s:Ramai yang anti dengan MLM setelah gagal kerana sukar mendapat downline. Saya akan cuba simplify untuk mereka yang mengalami masalah komunikasi ini. Mungkin ia akan mengubah persepsi orang terhadap MLM. Ada yang nak join test kaedah ini?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Prestasi Adwords Mei 2008

Thursday, May 22nd, 2008

Saya akan update perkembangan iklan adwords saya kot kat blog ni. Ini adalah statistik bagi mei sehingga hari ini iaitu 22hb Mei. Ia mempunyai 10 jualan.

mei stat

Bagi baris pertama ialah untuk Ebook Panduan Raja Adsense iaitu 4 jualan. Jadi disitu saya dah dapat RM200. Bagi bari kedua ialah untuk panduan iklan. Satu sales sahaja bernilai RM280. Baris ke tiga adalah untuk Panduan Adwords, jadi ia bernilai RM280 kerana setiap sales RM80 setiap satu. Baris ke 4 ialah Rahsia Penulis Ebook. 2 sales je jadi RM100.

Jadi daripada kempen Adwords, saya dah mendapat hanya RM860 dengan kos RM123.98 setakat ini. Seperti yang dijanjikan sekurang kurangnya 3 kali ganda keuntungan. Bulan ini saya untung 6 kali ganda. Okay la tu kan? Tak perlu tamak sangat. Sales kebanyakan usahawan internet agak slow.

Jadi untuk mengatasinya, pertingkatkan promosi. Itu sahaja penyelesaian fenomena sales menurun sejak krisis makanan dan barangan naik. Jika mereka yang dah kekurangan duit, tibalah masanya untuk anda meningkatkan pasif income anda untuk menampung perbelanjaan anda.

Untuk belajar cara bagaimana saya lakukan iklan di Google Adwords, Dapatkan Panduan Adwords! Jangan bazirkan wang anda untuk try and error bersendirian. Saya telah menguji teknik ini selama setahun dan saya perturunkannya di dalam panduan adwords.

Oh..Saya hanya targetkan pasaran Malaysia sahaja untuk akaun ini. Bagi pasaran antarabangsa,saya mempunyai akaun adwords yang lain. Jadi ia memudahkan saya memperbagaikan teknik Adwords. Jangan lupa ye dapatkan panduan adwords.

Rasanya ada ramai lagi yang lebih terer dan mendapat beribu ribu ringgit. Pasaran Malaysia sangat unik kerana ia bercampur baur dengan pelbagai ragam manusia yang agak sceptical dengan perniagaan internet. Jadi bagi saya, saya dah mencapai sesuatu dengan iklan Adwords yang menfokuskan pasaran Malaysia.

Selamat Maju Jaya!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Komisen Selesai Dibayar & Perubahan Polisi Affiliate

Sunday, May 18th, 2008

Maaf diatas kelewatan pembayaran affiliate.Ini adalah kerana saya menghadiri seminar perundingan perniagaan di Kuala Terengganu. Saya telah membayar komisen semalam.Kepada yag tidak menerima bayaran, sila update maklumat akaun anda untuk membolehkan saya membayar komisen anda.

Blalang, sila update nombor akaun anda kerana anda memasukkan no akaun yang salah.

Bermula bulan hadapan,saya tidak akan membenarkan mereka membeli dari link affiliate mereka sendiri. Sebelum ini,saya pandang sebelah mata mereka yang membuat sedemikian. Semalam ada 3 orang yang membeli dengan link affiliate mereka sendiri. Saya byar jugak komisen sebagai galakan untuk mereka membuat promosi ebook Panduan Raja Adsense.

Jadi bermula bulan hadapan,saya akan delete pembelian menerusi link affiliate sendiri. Senangnya nak trace.Saya boleh semak IP adress borang pembayaran dan jugak statistik affiliate. Saya akan tambahkan polisi baru ini,pada tempat login nanti.

Saya akan buat affiliate untuk panduan iklan plak nanti. Komisen ialah RM100 untuk pakej platinum.Ia mungkin akan naik lagi kot.:). Tengok keadaan dulu.Saya akan rangka perancangan affiliate ini nanti. Saya akan announce tak lama lagi. :). Tak de lagi affiliate komisen yang lebih dari rm100 setakat ni. ..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subsidi Dalam Pengiklanan Pun Ada

Wednesday, May 14th, 2008

Sebenarnya terdapat kemudahan untuk pengiklanan yang disediakan oleh kerajaan khususnya usahawan bumiputera. Terdapat beberapa geran yang disediakan oleh Mecd dan juga MARA untuk kemudahan usahawan. Antara organisasi yang menyediakan geran untuk usahawan ialah MeCD,Mara,SIRIM,MDEC,SMIDEC dan banyak lagi.

Saya setakat ni guna geran dari MeCD.Ia boleh didapati ketika ekspo pengiklanan MeCD. Kementerian support 50% daripada kos iklan yang kita beli.

Cuma ia tidak diketahui umum.Apabila dinamakan geran, anda tidak perlu membayar kembali duit berkenaan. Ia bukanlah pinjaman yang perlu anda bayar kembali. Namun, terdapat kriteria tertentu yang membolehkan anda mendapat geran tersebut. Bukan sembarangan je diorang bagi.

Jadi anda perlu menepati syarat dan juga tapisan oleh beberapa organisasi sebelum mendapat geran tersebut. Jika dengan Mara, hanya perlu berdepan dengan karenah staff mara je. Kalo untuk organisasi lain, anda memerlukan melepasi syarat tapisan dan juga temuduga bagi mendapat geran tersebut. Jika MARA ia khas untuk bumiputera. Jika organisasi lain seperti MDEC,SMIDEC,SIRIM..Ia perlu melepasi beberapa siri tapisan.

Jika idea atau produk anda tidak cukup bagus, mereka tidak akan memberinya. Ini adalah untuk mengelakkan sesetengah orang menyalahgunakan geran tersebut.Sape tak nak duit free.Bukan skit plak tu. Ratus ribu..

Irwan ada cerita skit pasal geran pengiklanan dengan MARA. Saya tak biasa panjat Mara,jadi tak pernah tanya pulak. Insyaallah saya akan menyertai satu seminar perundingan perniagaan mara.Maybe say akan tanya skit kat orang MARA.

Yang pasti,tak nak jadi Penghulu dah dalam kursus MARA. Ada bad experience skit. Saya terlupa nama timbalan pengarah mara ketika beri ucapan menyebabkan saya terlupa skrip ucapan saya.huhuhu.. Malu bangat. Mesti dia ingat lagi kat saya kalo dia rasmikan lagi program tu. :P

Saya nak jadi low profile skit kot dalam kursus kali ni. Sebelum agak aktif jugak la. Belajar dari kesilapan. Pasni akan ku ingat sampai bila bila nama VIP yang rasmikan majlis. Saya sebenarnya bukan selalu ke MARA,tak pernah mintak pape pun lagi dari MARA.

Lupa pulak,sebelum ni saya ke kursus MARA diatas sponsor Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Saya lama  tak muncul kat sana kot,diorang ingat saya tak pergi. Nanti saya muncul la kat YPU sekejap esok. :P Lagipun saya jarang berada di Terengganu,tu yang susah skit nak ke YPU.Ada member kat dalam tu,biasanya kalo ada pape program dia hantar borang kat umah. Dia tau saya kat KL,tak hantar la.

Cari ilmu banyak banyak. Secara tak langsung, kita bina networking. Usahawan internet bukan hanya sembunyi muka je. Kena la muncul & tunjuk muka skit. Saya ada letakkan gambar tentang Seminar Jomseminar yang saya sertai sabtu lepas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Perhatian : Masalah Download Ebook

Saturday, May 10th, 2008

Dalam masa 2 hari yang lepas terdapat banyak report yang mengatakan sesetengah fail tak boleh didownload. Saya sedang cuba menyelesaikan masalah ini dan menyediakan link download alternatif. Jika anda mempunyai masalah download, sila email kepada saya:

Nama:
Email:
Fail yang tidak dapat download:

Saya ingin mengesan fail mana yang bermasalah. Saya syaki ia berkemungkinan server load berlebihan kerana saya telah memberikan link download kepada hampir 400 orang dalam satu masa. Jadi ia mungkin menyebabkan server memutuskan connection download apabila terlalu ramai yang download.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Maybe saya akan berikan sedikit demi sedikit link download selepas ni untuk pelanggan lama Panduan Raja Adsense. Saya sedang download dan menyemak kembali semua link download dan fail yang terdapat didalam folder download ebook Panduan Raja Adsense.

Saya tak menjangkakan masalah ini berlaku sebab saya memang prepare untuk tambah bandwidth pada bulan ini,tapi masalah download terputus tu,saya sendiri pening kepala untuk mencarinya. Saya dah pun melaporkannya kepada pihak hosting tentang hal ini.

Yang ada masalah,saya akan berikan link download alternatif dalam masa terdekat. Gunakan contact form blog ini ye untuk hubungi saya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :

Pakej Web Jualan