Bagaimana Buat Duit Dengan Clickbank?
Clickbank dah buka penyertaan Rakyat Malaysia dalam program mereka. Saya pasti ramai yang tertanya tanya, bagaimana pulak nak buat duit darinya? Bagaimana nak promosi dan sebagainya. Saya pasti ramai yang nak tahu bukan?
Senangnya je sebenarnya. Apa yang perlu anda buat ialah daftar dengan ClickBank. Kemudian gunakan username anda untuk create hop link atau link affiliate anda. Pilih produk yang berkenaan dengan blog anda sahaja. Jika ianya topik marketing, jangan pulak pergi promote pasal games.
Jadi secara tidak langsung ia juga menambah pendapatan anda dari blog anda. Buatkan blog anda mempunyai multiple source income. Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan. Jadi anda tidak la kaget apabila adsense anda makin berkurangan.
Bagaimana nak promote kat blog? Anda boleh letakknya di sidebar/sebelah blog anda atau menulis review tentangnya. Cara yang paling berkesan ialah tulis review.Study sales letter produk berkenaan dan tulis la review anda dengan penuh perasaan. Betul. Jika anda menulis dengan perasaan, pembaca dapat merasainya.. Sebab itulah blogger boleh mempengaruhi seseorang.
Pada review tersebut, letak la link affiliate anda. Jika orang beli, anda dapat la komisen.
Saya akan cuba satu teknik nanti. Iaitu mengunakan landing page dan juga kaedah PPC untuk traffic generation. Cuma tak berkesempatan untuk buat. Saya akan sibuk buat masa sekarang disamping badan yang kurang sihat. Keje tetap kena keje beb.
Cara lain yang boleh anda cuba ialah Squidoo,Viral Marketing, BUM Marketing dan banyak lagi.Kebanyakanya memerlukan menulis.
Tu akaun Clickbank saya daftar dengan alamat Malaysia. Saya ada satu lagi akaun dengan alamat US.Jadi pasni, ada la peluang dapat cek dari Clickbank di rumah sendiri. Tak perlu pakai VO dah. Kalau clickbank dah buka lama kat malaysia kan senang. Apa apa pun, selamat berjaya kepada anda semua untuk buat duit dengan clickbank.
BTW, saya dah sent link download ebook rajaadsense mereka yan beli dari April sehingga Julai 2006. Lepas tu saya akan bagi untuk batch seterusnya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






7 Responses to “Bagaimana Buat Duit Dengan Clickbank?”
By Han on May 3, 2008 | Reply
sham, dah terima dah link download tu…thanks
boleh tanya sikit sham?
Squidoo tu apa?
By zool on May 3, 2008 | Reply
Walaupun tak berapa pandai pasal IM ni tapi saya tetap mencuba clickbank ni..
mana tau kalau ada rezeki…
tapi kena usaha dan banyak belajar lagi
By sham on May 3, 2008 | Reply
han tanya pak cik google.. :p
By Maizul on May 4, 2008 | Reply
Banyak batch nampaknya.. erk.. aku pun. Mungkin aku batch yang seterusnya kut. Wah sham dah menjana dalam akaun clickbank dah tu.
By sham on May 5, 2008 | Reply
Cikgu maizul belum lagi kot.Saya dah bagi sampai yang bulan Julai 2006. untuk Ogos hingga oktober akan menyusul nanti.
By kita on May 6, 2008 | Reply
i pun dah dapat link download tu..mesti try clickbank ni…tq
By abdfatah on May 23, 2008 | Reply
skuidooo ke…? apa kebenda daaaaaa… skuidooo…
komisen tu dapat ngan penuh perasaan laaa tu… hahha… kena tulis ngan penuh perasaan jugak laa. tulis omputeh nih berterabur sikit.
takper laa boleh cuba dengan sepenuh perasaan…