Terima Kasih Diatas Sokongan Anda!
Megasale telah berlalu pada 7hb yang lepas. Siapa yang tertinggal tu,tunggu lagi tahun depan.Saya pasti dan yakin akan ada lebih banyak produk pada tahun hadapan. Saya kembali meneruskan agenda saya.Saya sebenarnya baru sahaja balik dari Kuala Kangsar bagi menguruskan beberapa perkara tentang majlis yang bakal saya hadapi.
Saya tak bergelar bujang lagi la lepas bulan 8 nanti. Sebab tu saya akan membuat beberapa persediaan untuk mengubah gaya hidup saya. Mesti banyak yang perlu saya buat ekjasmen nanti. Tidur awal. Biasanya saya tidur hampir pukul 3 atau 4. Pasni tak leh la buat mcm tu.
Saya menyambut hari lahir saya bersama keluarga tunang saya di Kuale. Semalam shopping barang & survey pakej pakej yang ada kat Kuala Kangsar & buat bajet. Tak banyak pilihan servis provider yang bagus kat sana. Tu susah skit. Terpaksa la mintak tolong mak sedara tunang saya rekemenkan yang mana yang okay.
Barang harga dah naik.Tu yang agak merisaukan saya.Katering nanti entah berapa pulak. Untuk majlis saya di terengganu tak kisah sebab kami dah prepare dah. Beras, tanam sendiri. Kami ada sawah padi. Lembu? Ayah saya meniaga & bela lembu. Katering? Tak guna katering kat kampung saya sebab semua gotong royong. Itu yang best bila dok kampung.
Budaya gotong royong masih ada dan kebanyakan masih jaga antara satu sama lain. Tiap malam ada kawalan kampung. Kalo balik, ada la sekali sekala lepak dengan orang jaga kampung ni.kebanyakannya budak budak muda kampung & kawan kawan saya. Tiap malam, ada giliran wat makanan untuk orang berjaga.
Terima kasih buat semua. Tanpa anda semua, siapa lah saya.




12 Responses to “Terima Kasih Diatas Sokongan Anda!”
By SyedHafidz on May 9, 2008 | Reply
Tahniah abg Sham..
Ha, dari sekarang ni dah kena tidur secukupnye, bekalan untuk hari perkahwinan nanti…hehehe
Harga barang memang dah naik, seminggu 2 ni beli nasi kat kafe pun dah terasa macam mahal gile..
kekadang 2 sampai rm 4…
kena puasa la gamaknye…
By sham on May 9, 2008 | Reply
semua dah mahal ni..sekarang ni dok sorang,leh la tak makan ke apa..nanti berdua,kena usaha jugak la mcmana pun.
By Han on May 9, 2008 | Reply
tahniah sham…
dah tak lama tu… hari perkahwinana tu buat kat terengganu ke??
bagus lah…lps ni tak lah berlapar ke apa ke…hehe
han
By titan on May 9, 2008 | Reply
Aku cuma mampu cakap satu perkara je sham. Tahniah!
By ideal ( blog.gurucyber.com) on May 9, 2008 | Reply
e he , jangan lupa jemput aku dah ler sham .. ada la nanti tips berguna nak bagi .. he he .
By sham on May 9, 2008 | Reply
no problem man.. Kat Terengganu,insyaallah pada 17hb Ogos, akad nikah 3hb Ogos.
By syahrizan on May 10, 2008 | Reply
Tahniah saya ucapakan kepada sham kerana tak lama lagi nak kahwin dan tahniah lagi saya ucapkan kerana sebelum nak kahwin dah ada bisnes dan ringan lah sedikit bebanan yang sham tanggung nanti kan?maknanya status sham dah sama mcm irfan khairi lepas ni, sbb dah berkahwin dan kata shuth orang dah nak kahwin ni dan kahwin awal senang nak kumpul duit berbanding orang bujan sbb nak fikir tu nak fikir ni lagi dan nak enjoy lagi. jadi cepat2lah kahwin tu ye. hehehe
By alongovtx on May 12, 2008 | Reply
tahniah…along dah postpone.kalau tidak tarikh yang sama.sebab apa tau,lambat booking dewan.wakaka…
By sham on May 12, 2008 | Reply
Along pun sama..Ramai yang akan tamatkan zaman bujang tahun ni.
Zul dengar cite,tahun depan.
By kita on May 13, 2008 | Reply
sama-sama sham..klu buat kenduri kawin tu jangan lupa jemput saya erkkk
By sham on May 13, 2008 | Reply
no problem sabri..
By saiful on May 15, 2008 | Reply
ilmu kahwin pun kena tuntut gak sham..hik hik..