Subsidi Dalam Pengiklanan Pun Ada
Sebenarnya terdapat kemudahan untuk pengiklanan yang disediakan oleh kerajaan khususnya usahawan bumiputera. Terdapat beberapa geran yang disediakan oleh Mecd dan juga MARA untuk kemudahan usahawan. Antara organisasi yang menyediakan geran untuk usahawan ialah MeCD,Mara,SIRIM,MDEC,SMIDEC dan banyak lagi.
Saya setakat ni guna geran dari MeCD.Ia boleh didapati ketika ekspo pengiklanan MeCD. Kementerian support 50% daripada kos iklan yang kita beli.
Cuma ia tidak diketahui umum.Apabila dinamakan geran, anda tidak perlu membayar kembali duit berkenaan. Ia bukanlah pinjaman yang perlu anda bayar kembali. Namun, terdapat kriteria tertentu yang membolehkan anda mendapat geran tersebut. Bukan sembarangan je diorang bagi.
Jadi anda perlu menepati syarat dan juga tapisan oleh beberapa organisasi sebelum mendapat geran tersebut. Jika dengan Mara, hanya perlu berdepan dengan karenah staff mara je. Kalo untuk organisasi lain, anda memerlukan melepasi syarat tapisan dan juga temuduga bagi mendapat geran tersebut. Jika MARA ia khas untuk bumiputera. Jika organisasi lain seperti MDEC,SMIDEC,SIRIM..Ia perlu melepasi beberapa siri tapisan.
Jika idea atau produk anda tidak cukup bagus, mereka tidak akan memberinya. Ini adalah untuk mengelakkan sesetengah orang menyalahgunakan geran tersebut.Sape tak nak duit free.Bukan skit plak tu. Ratus ribu..
Irwan ada cerita skit pasal geran pengiklanan dengan MARA. Saya tak biasa panjat Mara,jadi tak pernah tanya pulak. Insyaallah saya akan menyertai satu seminar perundingan perniagaan mara.Maybe say akan tanya skit kat orang MARA.
Yang pasti,tak nak jadi Penghulu dah dalam kursus MARA. Ada bad experience skit. Saya terlupa nama timbalan pengarah mara ketika beri ucapan menyebabkan saya terlupa skrip ucapan saya.huhuhu.. Malu bangat. Mesti dia ingat lagi kat saya kalo dia rasmikan lagi program tu.
Saya nak jadi low profile skit kot dalam kursus kali ni. Sebelum agak aktif jugak la. Belajar dari kesilapan. Pasni akan ku ingat sampai bila bila nama VIP yang rasmikan majlis. Saya sebenarnya bukan selalu ke MARA,tak pernah mintak pape pun lagi dari MARA.
Lupa pulak,sebelum ni saya ke kursus MARA diatas sponsor Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu. Saya lama tak muncul kat sana kot,diorang ingat saya tak pergi. Nanti saya muncul la kat YPU sekejap esok.
Lagipun saya jarang berada di Terengganu,tu yang susah skit nak ke YPU.Ada member kat dalam tu,biasanya kalo ada pape program dia hantar borang kat umah. Dia tau saya kat KL,tak hantar la.
Cari ilmu banyak banyak. Secara tak langsung, kita bina networking. Usahawan internet bukan hanya sembunyi muka je. Kena la muncul & tunjuk muka skit. Saya ada letakkan gambar tentang Seminar Jomseminar yang saya sertai sabtu lepas.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





