Multi Level Marketing, Apa kata anda?
Agak lama saya tak menulis kat blog ini. Saya sedang mengalami masalah kekurangan idea sekarang ini. Disamping kesibukan untuk membuat persiapan majlis pada bulan 8 nanti. Ia menyebabkan saya takde idea untuk menulis. Ini pun just hanya untuk melepas gatal tangan untuk menulis di blog.
Tadi saya ada menerima email yang tidak bersetuju tentang tulisan saya di dalam Laporan Penipuan di Internet. Jika anda belum membacanya anda boleh download di bahagian download blog ini. Ada orang yang mengatakan saya menghina mereka yang membuat dan mempromosikan Skim Sumbangan Ikhlas. Memang saya menghina mereka yang menyertai skim cepat kaya ini.
Ada yang mempertikaikan tulisan saya menghina niat orang untuk bersedekah dan membantu sesama ummat. Bagi saya, yeke membantu sesama umat? Jika nak membantu,kenapa bersedekah dengan mengharapkan balasan? Tak betul dah kan? Jadi fikir fikirkan lah.
Perkara kedua ialah Multi Level Marketing hari ini yang menjual kopi RM20 satu sachet. Bagi saya ia tidak salah. Dari segi perniagaan ia memang tak salah pun. Ia mungkin hanya sekadar untuk melepaskan syarat bahawa syarikat MLM perlu mempunyai produk walaupun ia tiada nilai kesihatan atau diada adakan.
Saya menyokong MLM yang mempunyai produk yang bagus dan mempunyai nilai kesihatan kepada pengamalnya. Ia akan mendapat tempat dihati pengguna walaupun ia berharga RM20 satu sachet kecil. Kesihatan bukan sesuatu yang boleh dinilai.
Namun,saya tidak sukakan MLM yang hanya untuk mencari orang untuk menjadi downline. Jika tiada orang, tak dapat duit. MLM sememangnya perlu mencari downline, jika ada MLM yang tak memaksa untuk menjari downline lagi bagus. Ini adalah kerana bukan semua orang boleh mencari downline.
Bagi saya,saya gemarkan susuatu yang automatik. MLM sebenarnya bagus untuk anda menguji kebolehan pemasaran anda. Saya sedang memikirkan satu cara untuk mengautomasikan pencarian downline tanpa perlu anda bercerita panjang. Sudah tentu kena lah mencari MLM yang mempunyai kekuatan produk. Setakat ni, saya dah berjumpa 2 MLM yang mempunyai kekuatan produk walaupun produk mereka tak banyak.
Saya telah menyertai salah satu daripadanya kerana ia memerlukan modal yang agak rendah & saya boleh membuat satu pelan promosi yang boleh diautomasikan samada untuk saya dan jugak downline mereka yang terlibat. Saya gemarkan mengabungkan pelbagai konsep pemasaran menjadi satu.
Ia adalah satu lagi bentuk Hybrid Marketing yang ingin saya uji. Mungkin suatu hari nanti saya akan bukukan konsep pemasaran ini. Jadi saya kena test dulu sebelum mengatakan ianya berkesan atau tidak.Saya meniru cara bagaimana marketeer Mat Salleh lakukannya.
Terdapat 3 perniagaan yang paling menguntungkan didunia iaitu Insurans, Perniagan Internet dan juga MLM. Disebabkan banyak perkara yang menyukarkan peserta seperti mencari downline. Ia akhirnya hilang semangat dan putus asa. Ia pernah terjadi kepada saya. Saya pernah menyertai beberapa MLM sebelum ini, ia adalah sukar untuk menerangkan tentang kebaikan produk kerana saya ni bukan lah seorang yang petah berkata kata.
Jadi saya cuba membuat satu penyelesaian kepada masalah untuk berkata kata atau komunikasi tersebut. Ia adalah satu cabaran untuk saya untuk menguji konsep pemasaran yang baru. Kali ini ia mengabungkan Video + Internet + Gaya Pos + SMS. Bagaimana nak gabungkannya?
Nanti saya akan ceritakan setelah fasa pertama siap untuk ujian.
p/s:Ramai yang anti dengan MLM setelah gagal kerana sukar mendapat downline. Saya akan cuba simplify untuk mereka yang mengalami masalah komunikasi ini. Mungkin ia akan mengubah persepsi orang terhadap MLM. Ada yang nak join test kaedah ini?




9 Responses to “Multi Level Marketing, Apa kata anda?”
By Han on May 30, 2008 | Reply
Sham,
saya setuju dgn pendapat sham…
memang byk pun skim cepat kaya bertopeng MLM…hehe
kalau MLM yang betul, saya nampak cosway, amway dan CNI…(ni mlm btl)
kalau mcm yg cari downline dpt duit tu memang skim dah tu…
kalau org yg join MLM ni biasanya pandai bercakap…
Han
By smartzul on May 30, 2008 | Reply
MLM?
Saya lebih suka panggil perniagaan MLM yang sebenar sebagai perniagaan berangkaian. Manakala downline pula dipanggil sebagai business partner atau rangkaian perniagaan.
Kalau atas kertas, memang kita akan nampak atas ke bawah, tapi hakikatnya, ia adalah berangkaian di antara satu sama lain. Orang takut pada MLM sebab mereka salah faham konsep asas ni lah..
Berbeza dengan skim cepat kaya, itu adalah PIRAMID. Ada unsur penindasan di dalam pelan pemasaran mereka. Sebab tu haram dalam Islam.
Ciri-ciri MLM yg saya suka ialah:
1) Lebih menghampiri nilai-nilai Islamik. Tak perlu semua ‘adat’ atau budaya dalam MLM Barat perlu ditiru bulat-bulat.
2) Harga produk tak terlalu tinggi. Harganya biar padan dengan produk.
3) Bonus bukan berdasarkan cari orang, tapi berdasarkan jualan produk (Untung runcit, bonus..).
4) Tiada unsur penindasan terutama kepada downline.
5) Mendidik ahli-ahlinya ke arah membina bisnes yg betul. Bukan hanya menanamkan keinginan buat duit semata-mata.
Saya ni biasanya akan say good bye terus kepada sesiapa yg datang kat saya dan cerita pasal buat duit riban-riban dgn bisnes MLM mereka. Jangan umpan orang dgn janji buat duit banyak, sebaliknya bimbing mereka bina bisnes yg kekal lama.
Saya dah banyak survey company MLM, dan ada satu company ni memenuhi beberapa ciri2 di atas. Salah satu ciri yg saya suka ialah harga produk mereka. Boleh dikatakan amat murah berbanding company lain.
——————–
Kepada mereka yg mahu bantu membantu antara satu sama lain, kita kan ada takaful. Join je lah takaful. Itu baru namanya membantu dengan betul. Sebaliknya, bukan dengan skim derma menderma yg mengayakan si pemula skim.
Atau paling mudah, sedekahkan sahaja kat sesiapa yg kita mahu. Nak sedekah ni tak perlu join skim derma menderma pun. Tak gitu? Bak kata Sham, kenapa derma perlukan balasan balik? Tu bukan derma namanya.
p.s. Saya pelik, ada company besar yg claim mereka company MLM, tapi dengan bebasnya mengamalkan pelan binari yang kerajaan haramkan. Kenapa ini berlaku? Ada something wrong ke?
By Labanon on May 31, 2008 | Reply
Saya pernah ceburi MLM ketika form 3 ha ha ha! Sangat susah nak cari downline maklumlah rakan-rakan pun budak sekolah lagi… nak yakinkan orang dewasa agak susah sebab kita budak lagi hrmm…
Tetapi banyak pengalaman menarik sepanjang bergiat dengan MLM… hehe tiap2 hari berangan nak pakai kereta besar
p/s: Angan-angan nak isteri besar takde
By titan on May 31, 2008 | Reply
Ehm..aku pernah join mlm gak. CUma CNI je aku mampu bertahan. Yang lain. Aku tak mampu. Aku suka pakai salah satu syampu CNI. Wangi dan source dia herba. Sampaila nih, klu beli barang. Aku mesti angkut syampu tu. Tapi barang dia memang mahal sket. Produk kesihatan. Memang mahal.
Yang lain. Aku kurang percaya sangat. Tapi untuk MLM. Downline+ Upline main peranan. Takleh wat sorang2.
MLM menemui jalan mati jika kita buat secara persendirian.
By mus on May 31, 2008 | Reply
tidak dinafikan ada yang menggunakan title MLM tapi menjalankan skim cepat kaya…yang banyak terkena ialah mereka yang menjalankan secara online..
sy tidak mengatakan semuanya tak betul..tp kita perlu berhati-hati
seperti Labanon…sy juga pernah menyertai MLM secara offline…syarikat apa tak payah sebut lah..Tp syarikat yang cukup terkenal dan masih bertahan sehingga sekarang. Boleh dipercayai
Memang amat susah mendapatkan ahli…tp itu satu pengalaman yang berguna.
By sham on May 31, 2008 | Reply
At least dapat pengalaman berguna dalam dunia MLM kan?
Saya pulak nak test teknik pemasaran. Dulu takde ilmu pemasaran lagi. Sekarang dah ada skit ilmu nak try aplikasikan bagi MLM. Kalo berjaya,ia boleh membantu ramai orang.
By Abdul Rashid Basar on Jun 13, 2008 | Reply
Pada prndapat saya kita kena lah berhati-hati, yang mana satu MLM dan yang mana satu skim cepat kaya.
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
By efhiezesmael on Apr 8, 2010 | Reply
ND LALA NETWORK(MLM) guna sistem hybrid.pakej bibing samapi berjaya oleh NDLALA sendiri dari RM2500-RM8000.pakej tanpa bimbingan RM550-RM3500.Bayaran sekali seumur hidup.penerangan khas oleh NDLALA PERCUMA walaupun tak sertai lagi.berminat hubungi atau sms saya di 0173091875 HAFIZ.terima kasih.
By Farah on May 11, 2010 | Reply
Berminat Menjadi Usahawan ePendidikan?
Peluang perniagaan yang menarik, mudah dan lumayan melalui model perniagaan ‘network marketing’ dengan menaja minimum empat orang rakan niaga.
Melalui model perniagaan ini, Usahawan e-Pendidikan berpeluang menjana pendapatan secara aktif dan pasif di antara RM 3000 hingga RM 30,000 sebulan atau lebih dalam tempoh seawal tiga bulan dari tarikh mula sertai.
Kelebihan perniagaan ini:
• Diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE)/ Dr. Shukri Abdullah (Pakar Motivasi Belajar)/ Cikgu Rokiah Alias (Bekas Pengetua Cemerlang) serta 8 orang menteri yang lain
• Pihak syarikat telah disahkan kepatuhan syariah pada 7 Januari 2010 dalam menjalankan perniagaan ’Network Marketing’
• Testimoni pelajar cemerlang setelah menggunakan SCORE A Programme dibuktikan dari tahun 2002-2009 (selama 7 tahun)