Raja Adsense

Archive for May, 2008

Terima Kasih Diatas Sokongan Anda!

Thursday, May 8th, 2008

Megasale telah berlalu pada 7hb yang lepas. Siapa yang tertinggal tu,tunggu lagi tahun depan.Saya pasti dan yakin akan ada lebih banyak produk pada tahun hadapan. Saya kembali meneruskan agenda saya.Saya sebenarnya baru sahaja balik dari Kuala Kangsar bagi menguruskan beberapa perkara tentang majlis yang bakal saya hadapi.

Saya tak bergelar bujang lagi la lepas bulan 8 nanti. Sebab tu saya akan membuat beberapa persediaan untuk mengubah gaya hidup saya. Mesti banyak yang perlu saya buat ekjasmen nanti. Tidur awal. Biasanya saya tidur hampir pukul 3 atau 4. Pasni tak leh la buat mcm tu.

Saya menyambut hari lahir saya bersama keluarga tunang saya di Kuale. Semalam shopping barang & survey pakej pakej yang ada kat Kuala Kangsar & buat bajet. Tak banyak pilihan servis provider yang bagus kat sana. Tu susah skit. Terpaksa la mintak tolong mak sedara tunang saya rekemenkan yang mana yang okay.

Barang harga dah naik.Tu yang agak merisaukan saya.Katering nanti entah berapa pulak. Untuk majlis saya di terengganu tak kisah sebab kami dah prepare dah. Beras, tanam sendiri. Kami ada sawah padi. Lembu? Ayah saya meniaga & bela lembu. Katering? Tak guna katering kat kampung saya sebab semua gotong royong. Itu yang best bila dok kampung.

Budaya gotong royong masih ada dan kebanyakan masih jaga antara satu sama lain. Tiap malam ada kawalan kampung. Kalo balik, ada la sekali sekala lepak dengan orang jaga kampung ni.kebanyakannya budak budak muda kampung & kawan kawan saya. Tiap malam, ada giliran wat makanan untuk orang berjaga.

Terima kasih buat semua. Tanpa anda semua, siapa lah saya.

Megasale Tinggal 24 Jam Sahaja Lagi

Tuesday, May 6th, 2008

Tinggal lagi 24 jam sebelum saya menamatkan Megasale Ulang Tahun Kedua dan Hari Jadi Saya. Tawaran ini mungkin akan ada lagi pada tahun hadapan. Hari ini,saya secara rasminya berusia 25 tahun. Dah bertambah lagi usia saya. Banyak lagi matlamat yang belum tercapai.

Saya berharap dapat mencapainya pada tahun ini seperti menulis buku. Ia azam saya dari tahun lepas. Saya akan cuba realisasikannya pada tahun ini jugak.

Sila layari http://www.rajaadsense.com/megasale/ 

Laporan Penipuan di Internet Updated!

Monday, May 5th, 2008

Dulu saya pernah menulis tentang penipuan di internet. Kini saya telahpun update sedikit kandungan laporan tersebut. Saya telah menambah 2 lagi penipuan internet yang semakin berleluasa. Apa yang menariknya, ia juga menarik minat wartawan BERNAMA yang meminta kebenaran untuk menyiarkannya dalam artikel tentang penipuan di internet nanti.

Saya sedang menunggu soalan soalan yang perlu saya jawab berkenaan langkah mengatasi penipuan di internet yang semakin canggih dan berleluasa. Mungkin 2,3 hari lagi saya akan dapat soalan berkenaan. Saya pasti ia pasti mencabar untuk jawab soalan wartawan ni.

Ia akan disiarkan di laman web BERNAMA dan juga akhbar tempatan lain.  Bagi saya ia adalah promosi percuma dalam pembinaan kredibiliti di mata masyarakat.

Jika mereka yang belum membacanya, anda boleh download di ruangan download blog ini. Ia adalah percuma je. :) . Anda tidak perlu daftar apa apa. Hanya download dan baca. Anda boleh edarkannya jika anda mahu. :)

Bersama kita membanteras penipuan di internet ini.

Bagaimana Buat Duit Dengan Clickbank?

Friday, May 2nd, 2008

Clickbank dah buka penyertaan Rakyat Malaysia dalam program mereka. Saya pasti ramai yang tertanya tanya, bagaimana pulak nak buat duit darinya? Bagaimana nak promosi dan sebagainya. Saya pasti ramai yang nak tahu bukan?

Senangnya je sebenarnya. Apa yang perlu anda buat ialah daftar dengan ClickBank. Kemudian gunakan username anda untuk create hop link atau link affiliate anda. Pilih produk yang berkenaan dengan blog anda sahaja. Jika ianya topik marketing, jangan pulak pergi promote pasal games.

Jadi secara tidak langsung ia juga menambah pendapatan anda dari blog anda. Buatkan blog anda mempunyai multiple source income. Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan. Jadi anda tidak la kaget apabila adsense anda makin berkurangan.

Bagaimana nak promote kat blog? Anda boleh letakknya di sidebar/sebelah blog anda atau menulis review tentangnya. Cara yang paling berkesan ialah tulis review.Study sales letter produk berkenaan dan tulis la review anda dengan penuh perasaan. Betul. Jika anda menulis dengan perasaan, pembaca dapat merasainya.. Sebab itulah blogger boleh mempengaruhi seseorang.

Pada review tersebut, letak la link affiliate anda. Jika orang beli, anda dapat la komisen.

clickbank

Saya akan cuba satu teknik nanti. Iaitu mengunakan landing page dan juga kaedah PPC untuk traffic generation. Cuma tak berkesempatan untuk buat. Saya akan sibuk buat masa sekarang disamping badan yang kurang sihat. Keje tetap kena keje beb. :)

Cara lain yang boleh anda cuba ialah Squidoo,Viral Marketing, BUM Marketing dan banyak lagi.Kebanyakanya  memerlukan menulis.

Tu akaun Clickbank saya daftar dengan alamat Malaysia. Saya ada satu lagi akaun dengan alamat US.Jadi pasni, ada la peluang dapat cek dari Clickbank di rumah sendiri. Tak perlu pakai VO dah. Kalau clickbank dah buka lama kat malaysia kan senang. Apa apa pun, selamat berjaya kepada anda semua untuk buat duit dengan clickbank.

BTW, saya dah sent link download ebook rajaadsense mereka yan beli dari April sehingga Julai 2006. Lepas tu saya akan bagi untuk batch seterusnya.

Batch Pertama Akan Menerima Ebook Baru

Thursday, May 1st, 2008

Kepada pelanggan RajaAdsense.com yang telah membeli ebook bermula april,mei dan jun 2006 akan menerima link download baru pada hari ini atau esok. Jadi bersedialah untuk membaca email dari saya. Saya dah pun update ebook tersebut menjadi 111 muka surat dah.

Tambah skit lagi tentang Clickbank dan juga affiliate marketing dengan blog anda. Megasale telah masuk hari yang kedua pada hari ini. Tinggal lagi 5 hari untuk tamat.  Saya dah mula menulis manuskrip buku pertama saya. Saya dah pun mengenalpasti penerbit yang bakal menerbitkannya. Tapi bila dah siap manuskrip tersebut la.

Sebab tu saya akan berehat selepas tamat megasale ini untuk merehat kejap minda ni. Sebab ia akan digunakan secara maksima nanti. Tajuk? Anda akan menyukainya. Saya takkan announce sehingga la ia diterbitkan nanti. :)

Want to subscribe?

 Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:  
Find entries :