Archive for June, 2008
Friday, June 27th, 2008
Clickbank telah membuka kembali kepada rakyat Malaysia pada 20 April lepas. Anda dah berjaya buat duit dengan clickbank? Saya baru skit. Yang pasti jika anda nak buat duit dengan clickbank, anda kena keluarkan duit la skit untuk promosi. Cara percuma tak boleh? Boleh tapi susah skit la.

Saya mendapat satu lagi sales tanpa saya sedari. Ini adalah kerana saya telah mengunakan YSM untuk create satu kempen. Saya terus lupakannya bila saya login akaun clickbank semalam. Aik..Ada sales $47.50. Saya pun cek la,affiliate apa yang dapat sales ni.
Baru la saya tahu.Ia adalah recurring plak tu.Jadi selagi orang tu tak unsubcribe,saya akan dapat la $47.50 setiap bulan. Kos saya kat YSM hanya $2.20.Saya masih membiarkannya terus running tanpa mengubah papa setting. Saya sedar, orang lebih membeli di YSM berbanding Adwords.Saya akan buka akan MSN Adcenter plak kot. Saya nak uji keberkesanan MSN plak.
Oh..lupa plak.Saudara Fai ada jual tools untuk siapa yang nak buat duit kat ClickBank. Anda boleh layari http://www.cbmalaysia.com .
Bagi saya, kalau nak buat duit dengan clickbank.Saya wajibkan keluarkan modal untuk PPC tidak kiralah Adwords,YSM atau Adcenter. Kena keluarkan duit juga untuk buat landing page. Itu adalah kemestian kalo anda serius untuk buat duit dengan clickbank. Tiada benda yang free je kan?
Nak buat duit kenalah kuar modal skit. Jangan kedekut!
Selamat berjaya buat duit dengan clickbank ye. All the best.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cari Duit, Perniagaan, Promosi | 4 Comments »
Wednesday, June 25th, 2008
Percaya atau tidak, tiada jalan pintas untuk berjaya dalam perniagaan internet. Saya mengambil masa selama hampir 2 tahun untuk mengalami dan mengkaji sendiri bagaimana perniagaan internet dijalankan. Malah saya pun pernah tertipu! Ya. Itulah adalah fakta. Saya pernah tertipu dengan segala macam perkara yang dikatakan “buat duit di internet”.
Tapi saya mengangap ia adalah satu learning process untuk saya lebih maju dan memahami konsep perniagaan internet yang sebenar. Dan tidak semua perniagaan internet yang saya lakukan berjaya. Jadi saya dapat memahami permintaan dan kemahuan market perniagaan tersebut.
Untuk mendapat pengalaman berkenaan, ianya tiada jalan pintas. Jika kita buat silap, perbaikinya. Jangan diulang lagi. Jika kita terbeli ebook yang hampeh, selepas ini kaji dulu sebelum membeli. Tetapi jangan jadikannya ia halangan untuk anda menambah ilmu.
Sesetengah orang mudah putus asa dengan membeli atau membaca satu ebook! Saya dah membaca ratusan ebook sejak 2004. Setelah 4 tahun, saya sudah memahami banyak perkara. Satu ebook sebenarnya tidak mencukupi kerana ilmu dalam perniagaan internet sangat besar. Anda tidak mungkin akan berjaya dengan hanya membaca satu buku.Setiap pakar dalam sesuatu bidang membaca sekurang kurangnya 100 buku dalam bidang mereka ceburi. Jika tidak cukup 100 buku, anda masih belum pakar. Saya sendiri belum mencapai 100 buku berkenaan. Tetapi dah 70 lebih kot buku tentang perniagaan dan motivasi. Sekali lagi, jika anda membaca sekali sahaja buku berkenaan, anda tidak akan mendapat extract semua ilmu yang ada dalam buku berkenaan. Kita masih perlu membacanya beberapa kali untuk memahami sepenuhnya kandungan buku tersebut. Itupun pasti ada yang tertinggal.
Ingat tiada jalan pintas untuk berjaya! Anda tetap perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat anda.
Tips Membeli Ebook:
Nasihat saya sebelum membeli ebook, pastikan penulis berkenaan berani menunjukkan wajah mereka dan nombor untuk dihubungi. Jangan beli jika mereka tidak berani untuk menunjukkan wajah mereka. Kemungkinan untuk penulis yang menyembunyikan wajah mereka berniat untuk menipu atau mengambil kesempatan diatas kealpaan andayang kekurang ilmu.
Pastikan juga terdapat nombor telefon untuk anda hubungi. Ini akan memudahkan anda untuk bertanya dan menunjukkan anda sedang berurusan dengan usahawan yang sebenar dan bukan penyamar. Anda boleh cuba untuk sms atau kol nombor berkenaan.
Ingat tiada jalan pintas. Anda perlu belajar dari kesilapan yang anda buat. Ini akan membuatkan anda menjadi usahawan yang pasti akan berjaya.
Teruskan membaca buku dan ebook. Ia akan menambahkan ilmu anda yang sedia ada.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Motivasi, Panduan, Perniagaan, Tips | 5 Comments »
Thursday, June 19th, 2008
Ebook percuma yang baru untuk anda semua. Saya dah announce benda ni kat blog saya yang satu lagi. Ia adalah panduan bagaimana untuk anda mengeluarkan wang dari paypal dengan mengunakan debit kad. Ia khas untuk usahawan internet sahaja la.
Yang belum bergelar usahawan internet, anda boleh membacanya bagi menambah pengetahuana anda sebelum terlibat dalam perniagaan di internet. Paypal adalah payment gateway yang paling ramai digunakan di dunia dan digunakan oleh kebanyakan usahawan internet dari Malaysia.
Ini adalah kerana ia mudah dan percuma. Apa yang menjadi masalah ialah bagaimana untuk mencairkan wang didalam akaun Paypal. Suatu masa dahulu ramai yang menjual paypal mereka dan ada yang mengunakannya untuk membeli belah. Ada yang boleh cairkannya tetapi ia memerlukan mereka membuka akaun bank US dimana prosedurnya yang ketat.
Kini tidak lagi, kita sudah boleh mengeluarkan Paypal fund ke Debit Kad atau Kad Kredit yang mempunyai logo Visa. Hanya Visa kad sahaja! Mastercard tak boleh lagi. Jadi jika kad debit anda boleh digunakan bagi transaksi internet dan mempunyai logo visa. Anda boleh keluarkan duit dari paypal anda ke Debit Kad.
Saya lebih gemar jika ia terus dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Ia sebenarnya boleh dilakukan jika bank menyediakan kemudahan berkenaan. Anda akan belajar bagaimana untuk melakukannya di dalam panduan tersebut.
Anda boleh download panduan in di
http://www.shamsuriyadi.com/Paypal_ke_Debit_Kad.zip
Tak perlu daftar pape. Hanya download dan baca. Harap ia memberi manfaat kepada anda.
Anda boleh mengedarkannya kepada subcriber anda jika anda mahu. Anda juga boleh letakkannya di blog anda dan memberi panduan kepada pembaca blog anda.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Panduan | 8 Comments »
Tuesday, June 17th, 2008
Dah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Sekarang saya sebenarnya berada di kampung bagi menguruskan beberapa perkara. Sebelum balik baru ni saya ada melancarkan satu laman web yang hanya untuk mengumpul list sahaja. Saya hanya mengunakan Google Adwords sahaja.
List building sangat sesuai untuk membuat promosi program Affiliate dan sebagainya. List terbaru yang sedang saya kumpul sekarang ialah list bagi niche kesihatan dan juga rumah tangga. Terus terang ia fokus pada topik mereka yang dah berkahwin (ehem..saya bakal berkahwin) . Kesannya?
Lebih daripada 170 subciber dalam masa 3 minggu dan 22 orang bertindak atau pun 13% CR! Kos? Hanya rm20 je setakat ni. Terdapat beberapa cara untuk anda membina list anda sendiri. Ya..Money is in the list! Jangan abaikannya!
Cara 1:
Bina landing page. Ia adalah satu laman web semata mata untuk orang subcribe. Nak contoh? Nah.. http://www.jomduit.com. Ia adalah projek eksperimen saya bagi keberkesanan list building dalam pemasaran Adwords. Ia sangat berkesan!
Cara 2:
Bina free membership site. Ia agak teknikal untuk newbie. Contoh terbaik ialah VideoPercuma.com, mereka mempunyai lebih daripada 1oK subcriber tanpa ragu ragu.
Cara 3:
Berikan FreeBies. Itulah yang biasa yang kebanyak IM lakukan.Mereka berikan sample, ebook percuma,tips percuma dan sebagainya dengan syarat orang subcribe. Contohnya ialah laman web RajaAdsense.com sendiri la.
Cara 4:
Pre Lauched atau pra pelancaran. Biasanya IM akan buat havoc dulu kemudian mereka akan buat pra pelancaran. Subcriber akan tahu apabila produk berkenaan dilancarkan. Mereka biasanya akan berikan diskaun untuk subcriber sebelum menaikkan harga. Contohnya ialah SistemKedaiOnline.com yang dilancarkan Saifulsham baru baru ini.
Cara 5:
Joint Venture atau kerjasama. Anda perlu mempunyai produk untuk cara ini. Ini adalah kerana anda akan tawarkan sesuatu kepada rakan JV anda nanti. Ia juga banyak dilakukan oleh hampir kesemua usahawan internet yang berjaya. Mereka meminjam list rakan JV lain menerusi affiliate. Dalam masa yang sama, mereka capture lead yang baru!
Itu adalah antara teknik yang boleh dilakukan newbie untuk membina list mereka. Jangan SPAM! Jangan beli LIST secara pukal. Bina sendiri list anda.
Apa yang perlu anda ada ialah laman web dan juga autoresponder. Itu sahaja. Anda sudah boleh mula membina list sendiri. Membina list juga sangat berkadar langsung dengan pembinaan kredibiliti dan juga kepercayaan. Dengan list orang akan menghormati anda jika anda sentiasa memberikan tips dan nasihat berguna kepada mereka.
Bagi yang ingin membuat promosi di Adwords. Ia adalah cara terbaik kerana anda boleh menjual produk yang berlainan kepada list yang sama. Jadi ia tidak merugikan anda. Saya mempunyai beberapa belas ribu subcriber dari beberapa niche. Saya juga membina list ini daripada 0. Jadi anda pun boleh lakukannya.
Jangan hanya memberikan alasan. Bertindak!
p/s:Saya sedang mengumpul bahan untuk update ebook Panduan Adwords. Sales letter saya akan ubah skit nanti.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Cari Duit, Panduan | 3 Comments »
Saturday, June 7th, 2008
Seperti yang sedia maklum harga bahan api dah meningkat. Kebanyakan peniaga kecil pasti akan mula senak perut sebab terpaksa tahan lapar demi membolehkan anak anak makan. Apa yang akan jadi kepada mereka yang pernah disiarkan dalam program BersamaMu? Mereka akan kembali melarat…
Sales produk Maklumat sejak pilihanraya yang lepas telah menurun secara konsisten..huhuhu.. Ia pasti akan terus menurun kerana kuasa beli pun telah menurun jugak kerana kenaikan harga bahan api. Sebagai usahawan, perjuangan mesti diteruskan. Apa yang perlu dibuat ialah cari lubang lubang pendapatan untuk menampung kenaikan kos sara hidup.
Kos pengiklanan pun meningkat kerana tiada orang yang respon. Walaupun mereka melayari laman web kita tetapi mereka tidak membeli kerana kekurangan wang. Jadi apa yang perlu kita buat? Mulakan kempen berjimat cermat dalam keluarga. Amalkan budaya merancang ketika membeli belah. Jangan membeli sesuka hati. Ingat! Bajet anda semakin terhad.
Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Elakkan impulse buying sebagai contoh anda ke pasaraya. Anda suka berkhemah dan anda nampak khemah dijual dengan separuh harga. Jadi, anda membelinya walaupun dah berpuluh tahun anda tidak berkhemah. Ia satu pembaziran kerana ia hanya akan menyemakkan stor rumah anda. Mungkin khemah tersebut akan menjadi sarang yang paling best buat tikus dalam stor rumah anda. Akhirnya anda membuangnya kerana telah berlubang ditebuk tikus.
Mula berjimat dan tingkat usaha untuk menambah pendapatan anda. Itu sahaja jawapan bagi masalah kenaikan harga bahan api sekarang ini.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Posted in Berita, Cabaran | 8 Comments »