Penyelesaian Terakhir Harga Minyak Naik
Seperti yang sedia maklum harga bahan api dah meningkat. Kebanyakan peniaga kecil pasti akan mula senak perut sebab terpaksa tahan lapar demi membolehkan anak anak makan. Apa yang akan jadi kepada mereka yang pernah disiarkan dalam program BersamaMu? Mereka akan kembali melarat…
Sales produk Maklumat sejak pilihanraya yang lepas telah menurun secara konsisten..huhuhu.. Ia pasti akan terus menurun kerana kuasa beli pun telah menurun jugak kerana kenaikan harga bahan api. Sebagai usahawan, perjuangan mesti diteruskan. Apa yang perlu dibuat ialah cari lubang lubang pendapatan untuk menampung kenaikan kos sara hidup.
Kos pengiklanan pun meningkat kerana tiada orang yang respon. Walaupun mereka melayari laman web kita tetapi mereka tidak membeli kerana kekurangan wang. Jadi apa yang perlu kita buat? Mulakan kempen berjimat cermat dalam keluarga. Amalkan budaya merancang ketika membeli belah. Jangan membeli sesuka hati. Ingat! Bajet anda semakin terhad.
Elakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Elakkan impulse buying sebagai contoh anda ke pasaraya. Anda suka berkhemah dan anda nampak khemah dijual dengan separuh harga. Jadi, anda membelinya walaupun dah berpuluh tahun anda tidak berkhemah. Ia satu pembaziran kerana ia hanya akan menyemakkan stor rumah anda. Mungkin khemah tersebut akan menjadi sarang yang paling best buat tikus dalam stor rumah anda. Akhirnya anda membuangnya kerana telah berlubang ditebuk tikus.
Mula berjimat dan tingkat usaha untuk menambah pendapatan anda. Itu sahaja jawapan bagi masalah kenaikan harga bahan api sekarang ini.




8 Responses to “Penyelesaian Terakhir Harga Minyak Naik”
By tian on Jun 9, 2008 | Reply
hehe. bila dah naik harga minyak. mula la kita berjimat cermat sekarang. Hehe..
By kita on Jun 9, 2008 | Reply
i rasa orang takkan berjimat cermat jugak..kalau dah biasa boros tetap boros..tu pendapat i ler..bila dah tak der duit baru nak berjimat
By mus on Jun 10, 2008 | Reply
memang kita perlu untuk jimat…
bagaimana pula jika pendapatan cukup cukup untuk makan….kira orang miskinlah…susah jg o.
Kena cari pendapatan sampinganlah….yang halal
By espoint on Jun 11, 2008 | Reply
betul cakap kita tu. Kalau dah biasa boros. Memang akan boros gak. Kalau betul niat nak jimat, kene wat betul2. Minum air je kt rumah. Jangan beli air tin kat luar..
By smartzul on Jun 11, 2008 | Reply
Kesian orang Malaysia, dah tak tahu apa lagi yg perlu dijimat cermatkan.
Pendapat saya, kalau anda mahu berbelanja seperti biasa, tambah-tambah lah pendapatan. Kalau sekarang belanja dah meningkat RM1000 sebulan, usahalah cari pendapatan sebanyak tu untuk sebulan. So boleh lah berbelanja seperti biasa.
By Abdul Rashid Basar on Jun 12, 2008 | Reply
Rata-rata blog membincangkan tentang kenaikan harga minyak termasuklah blog saya sendiri. daripada kita pening memikirkan harga minyak ada baiknya kita fikirkan dan terokai kaedah IM yang lebih berkesan bagi meningkatkan perniagaan kita. Jika perniagaan kita meningkat, dapatlah kita cover kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang tinggi. Betul tak?
ARB Dagang.Com
http://www.informasi.arbdagang.com
By SyedHafidz on Jun 15, 2008 | Reply
Yups, memang betul abg sham..
jualan eBook dah menurun sejak akhir2 nie..
pening gak kepala memikirkannya..
sekarang ni ramai orang dah mla berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan pembelian online..
By titan on Jun 27, 2008 | Reply
Yap. Agak menurun kalau harga ebook kita atas dari RM30. Kalau bawah dari itu + promosi yang bagus. Insya-Allah still leh dapat sales.